Memaparkan catatan dengan label Mutiara Hikmat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Hikmat. Papar semua catatan

Rabu, 28 April 2010

"PeReMpUaN YaNg AkU SaYaNgi..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam..."



Perempuan yang aku sayangi adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap menguasai perjalanan penghidupannya
dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya BERAKHIR...

Perempuan yg aku rindui
adalah perempuan yang di mata dan wajahnya terpancar sinar nur ILLAHI
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut kecil hatinya sentiasa membesarkn ALLAH...

Perempuan yang aku cintai
yang menutup auratnya dari pandangan mata lelaki ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
disanjung tinggi penduduk langit dan bumi...

Perempuan yang aku impikan
adalah yang mendekatkan hatiku AR-RAHMAN AR-RAHIM
yang sama-sama menasihatiku sewaktu aku kealpaan
yang membawa kepada keberkatan ILLAHI...

Perempuan yang aku kasihi
yang bersyukur apa yang ada
yang bersabar pd yang tiada
cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermata benda...

Perempuan yang aku sukai
menjadi pembimbing kepada orang disekelilingnya
menjadi idola kpd wanita solehah
menjadi pelita kepada masyarakat...

Perempuan yang aku dambakan
seorang yang beriman dan sentiasa ikhlas
dalam beramal...

ITULAH TANDA MUSLIMAH SEJATI!

Isnin, 19 April 2010

"AnDa SuDaH LaKsAnAkAn KeWaJiPaN...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..."



Kadang hati ini sayu bila melihat orang memperlekehkan bab solat...
Kadang hati ini sayu bila melihat orang yg mendengar azan tapi tidak mengendahkannya...

Kadang hati ini sebak melihat masjid2 & surau2 sunyi...
Kadang hati ini sebak melihat ramai yg lebih gemar ke pusat membeli-belah...

Kadang hati ini khuatir memikirkan nasib anak2 muda di masa akan datang...
Kadang hati ini khuatir memikirkan nasib sekalian kita di Akhirat akan datang...

Sudahkah kita menunaikan kewajipan..?
Sudahkah kita melaksanakan janji kita kepada-Nya..?

dan...

Sudahkah kita bersedia untuk 'PERGI MENEMUINYA'..???

-"SOLATLAH DI BELAKANG IMAM SECARA BERJEMAAH...
SEBELUM ANDA DISOLATKAN DI HADAPAN IMAM SECARA BERJEMAAH..!"

Sabtu, 10 April 2010

"HaRi PeRtUnAnGaNkU..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Baru
beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku
sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku
berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir
saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam
jatuh ke dalam gaung.

Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan
aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah
dengan tabah.Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang
teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku
juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia
lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli
mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku
bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa
bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti
manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir
al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam
berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi
pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan,
jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku
juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara
ini.Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji
wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila
melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya
tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.

Diam ku bukan
membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku
belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia
dalam penantian.Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila."Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.Beberapa
hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah
yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama...
Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku
menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang
menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia
tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang
lagi. Mudah-mudahan ya Allah...

Sejak hari pertunangan itu, aku
semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang
aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti
hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah
yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku
adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar,
aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik
pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih
mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian
sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan
keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.
"Berita
itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku
senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku
hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah
senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia
apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan
Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang
aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku
mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap
dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?
"Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."
Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau
enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!"
Itu saja pesanku..

Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan
pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan
terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia
ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan
tarikhnya..

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung
aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti
orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku
katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga
kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat,
bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh
debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus
mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,
itu sahaja....

.........................................."inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya,
aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai
yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar...

Hampir
setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara
sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya
pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih.
Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah,
telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan
dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang
menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang
alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku
hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.
Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu
tenang menjawab...
"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang
mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada
tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa
minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu
angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya "
Senaskah buku bertukar
tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam
Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan
sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.
Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu
cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan
aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada
ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama
Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu
dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari
namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan
setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Hidayah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai
hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana
sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan
dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi,
sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama
akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik
untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.....

Wallahua'lam...
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita...
Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia...
Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada...

Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga...

Setidak-tidaknya, (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya...
Arh...Untungnya... (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

Ahad, 6 Disember 2009

SeBaTaNg KaYu & SeBiJi BaTu...



Dalam hidup ini, kita pasti pernah memberi dan adakala menerima sesuatu pemberian daripada orang lain...
Walau apapun pemberian orang itu, sekalipun ia tidak berharga bagi kita..
Hargailah ia keranan mungkin bagi yg memberi sangat berharga..!
Sekalipun pemberiannya itu hanyalah 'Sebatang kayu atau Sebiji batu'...

KIta tidak tahu mungkin suatu masa kelak, pemberian orang itu sangat berguna buat kita..
Janganlah melihat sesuatu pemberian orang itu dari segi rupa..
Tapi, lihatlah dari hatinya yg ikhlas memberi..!
Pasti kita juga tidak mahu pemberian kita kepada orang lain tidak dihargainya...
Oleh itu, hargailah pemberiannya dengan ikhlas..

Saya pernah mengajukan soalan ini pada seorang teman..
"Kalau orang bagi awak sebatang kayu, apa yang akan awak lakukan dengan kayu tersebut..?"
Setelah sekian lama menunggu jawapan darinya, teman saya itu menjawab;
"Saya akan ukir nama orang yg memberi kayu itu dan nama saya sendiri dan simpan ia sebagai satu kenangan dalam sebuah persahabatan..!"

Wah! Cukup kagum saya mendengar jawapan yg sedemikian..!
Kebiasaannya jawapan yg saya terima daripada teman2 yg lain,
"Saya akan simpan saja kayu itu.."
"Tengoklah kalau kayu api, saya bakarlah.."
"Kalau kayu itu berguna untuk saya, saya simpan.. Kalau tidak saya buanglah.."

Bukan ini sebenarnya jawapan yg saya harap dan nantikan..
Tapi, jawapan yg diberi pada teman saya yg pertama di atas tadilah yg saya tunggu2 selama ini..

Teman saya itu mengajukan soalan yg hampir serupa pada saya pula;
"Kalau saya bagi awak sebiji batu, apa yg awak akan buat..?"

Geli hati saya kerana dia pun hendak menguji saya..hehe..
Pastilah jawapan yg saya berikan serupa dengan jawapan yg dia beri..!

Kesimpulannya'
Itulah erti 'Menghargai pemberian orang walaupun hanya sekadar sebatang kayu atau hanya sebiji batu..' Nilailah 'keikhlasan yg ada padanya...
Wallahualam...

Ahad, 8 November 2009

Ilmu Tanpa Amal....

Dalam dunia di akhir zaman ini, kita boleh melihat begitu banyak manusia yang berilmu tapi tidak mengamalkannya....
Mereka tahu tentang sesuatu hukum, tapi tetap melakukan perkara yang dilaknati di sisi Allah..!
Yang haram menjadi halal, yang halal menjadi haram..
Golongan sebegini yang paling kita takuti!
Mereka bukan saja merosakkan diri mereka...
Malah menjahanamkan umat Islam yang lain yang menjadikan mereka sebagai contoh tauladan yang harus diikuti..!!!
Golongan sebegini memang payah untuk kita menegahnya kerana mereka tahu tentang hukum sesuatu perkara tersebut, jadi mereka tidak mahu mendengar peringatan yang telah mereka tahu..
Oleh hal yang demikian, kita sebagai umat Islam yang sejati haruslah tabah menghadapi golongan seperti mereka ini..
Golongan seperti mereka ini layak digelar FASIK! kerana menzahirkan perkara yang baik tentang mereka tapi dalam masa yang sama melakukan kemungkaran dan menyembunyikannya..!
Mereka memberi ingatan kepada orang lain tentang sesuatu perkara...
Tapi mereka juga yang melakukan perkara tersebut..!
Jadi bagaimana orang yang mendengar ingatan mereka ini hendak mengikut apa yang diperkatakan..???
Semoga Allah swt melindungi kita dari golongan sedemikian dan tidak menjadi seperti mereka..
Nauzubillah..!!!

"Salam Ukhwah kepada para Pejuang Agama Allah..."

Ahad, 27 September 2009

Love....

Love is like a friendship caught on fire
In the beginning a flame, very pretty..
Often hot and fierce...

But still only light and flickering,
As love grows older..
Our heart mature,
And our love becomes as coals..

Deep-burning and unquenchable.......

"love you so much..!