"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam...~"
Sepasang
suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak,
terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka,
sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan
rumah tangga mereka secepat mungkin.
Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta
sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya
sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset
harta mereka dapat dibahagikan dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.
Hanya
satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak (jangan lupa anak mereka tiga orang). Baik si suami mahupun si isteri,
sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak
mungkin dibelah dua!
-Gambar di atas sekadar hiasan-
Credit for: http://abunuha.wordpress.com/tag/menumbok/
Akhirnya
mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang
harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak,
iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus
menambah satu orang anak selama satu tahun. Apabila Allah mengizinkan
penceraian mereka, Allah akan memberikan tambahan satu anak. Jadi, mereka
akan mempunyai 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka
berdua.
"Sesungguhnya, ulama' itu pewaris Nabi..." -At-Tirmidzi-
Kerana si
suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan
berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.
"Siapa tak suka kalau dapat anak kan?? He..he.."
Setahun
kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami
isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam
bertanya :
"Apakah
kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian
batal bercerai?".
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan,
maka gugurlah dosa-dosa mereka melalui celahan jari-jemari mereka." -Hadis-
Sang
Suami lalu menjawab :
"Allah Maha Pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga
memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi. Jadi
kami memutuskan untuk tidak bercerai".
"Bagaimana
Allah memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.
"Allah
memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak. Anak
kembar!!"
"Kita merancang, Allah juga merancang..
Dan Allah sebaik-baik Perancang!" -Al Imran : 54-
Moral of
the story :
1.
Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang
sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda
sesuatu yang ingin kita lakukan. Jangan bila kaki tangan dah naik, baru hendak
menyesal.
2.
Mampu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW
menekankan 'laa taghdhab' (jangan marah) kepada sahabatnya.
3. Kisah
di atas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada
kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah
untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan atau hadiah yang akan
membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya
suaminya/isterinya.
"Bila suami isteri saling bermaafan sangat sweet..." (^_^)
4.
Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat
keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan
menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan
suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran
itu seperti api. Ketika kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan.
5. Untuk
mengelakkan berlakunya penceraian, buatlah anak sekerap yang mungkin.! Kah.. Kah.. Kah!!
Ok, yang ini aku tambah. Err.. Tapi tak mustahil kan..? Kiki... :P
"Selamat Berbahagia Hingga Ke Syurga..." (^__^)
Wallahu'alam..
p/s: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu rasa cenderung dan tenteram kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir..." -Surah Ar Rum : 21-