Jumaat, 27 Mei 2011

"TaNmiYaTuL Ma'RiFaH..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."








Baru-baru ini Mr Dean telah menerima jemputan daripada Kelab Anak-Anak Utara KIPSAS untuk mengikuti program Tanmiyatul Ma'rifah di SMA Darussaadah, Jitra, Kedah..

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu melibatkan hampir semua para pelajar dari tingkatan 3 hingga 5.. Saya yang terlalu excited hendak ke sana terus menerima jemputan itu bagi mewakili MPP KIPSAS! He..he..



Perjalanan kali ini, saya memilih untuk menaiki kereta api dari KL Sentral dan bertolak pada hari Selasa (03/05/11) pada jam 9.15 malam. Berada dalam kereta api sendirian cukup membosankan! Tambahan lagi dengan keadaan yang sejuk membuatkan saya tidak lena untuk tidur dan sering berulang-alik dari kepala kereta api hingga ke ekornya.. Haha!






(Stesen Kereta Api Alor Setar, Kedah)



Mr Dean tiba di Stesen Kereta Api Alor Setar tepat jam 7.10 pagi dan dari situ saya bertolak terus ke rumah Pengarah Program Tanmiyatul Ma'rifah, Mozaid dengan menaiki kereta Setiausaha Program, Farhani..



(Tu dia orang Penang bawa kereta kecut perut cheq no.. Huhu..~)



(Tu dia.. Kiri kanan bendang no.... Huhu..~)







(Merata orang Penang ni bawa cheq pi 'berjalan', hehe..)


Pada waktu malam, kami bermusyawarah bagi membincangkan agenda-agenda program..








(Hampir jam 1.00 pagi juga baru selesai, huhu..~)




Esoknya (05 Mei 2011), pagi lagi saya sudah bersiap.. Melihat sahabat yang lain masih 'syahid', saya pun keluar bersiar-siar melihat kawasan sawah padi sambil menunggu matahari terbit, huhu.. Subhanallah! Cantik sungguh pemandangan!



(Awat la lagu tu Mr Dean oii.. Hihi..~)









(All praises to Allah..~ So amazing!)



Banyak lagi gambar dan cerita yang hendak dikongsi sebenarnya tetapi memandangkan Mr Dean ini agak 'rajin' juga orangnya maka setakat itu sajalah ya, he..he..~ Lagipun kalau cheq tulis panjang-panjang pun, hampa bukannya baca sangat pun.. Huhu..~




Ok, sekarang malas nak cerita panjang.. Kita lihat pula gambar-gambar sepanjang program berjalan di sana..




(Inilah antara sebahagian peserta-pesertanya..)




(Masa ni sambil tunggu azan Maghrib, cheq pi tengok matahari terbenam.. Subhanallah!!!)




(Antara ahli kumpulan lelaki Mr Dean)



(Ini anak-anak buah cheq yang perempuan.. Kot siapa2 yang dah berkenan habaq mai la kat cheq! Ha..ha..!)







(Time ni depa kena denda pasal lambat bergerak! He..he..)



(Mr Dean di hadapan Istana Anak Bukit)



(Bersama Ayiey.. Pi rumah dia cheq pekena mempelam cicah kuah rojak.. Perghh..!! Tu dia..!!!)




(Bergambar sebelum bertolak pulang)



Alhamdulillah, masa hendak pulang ke Kuala Lumpur saya dipelawa untuk menumpang van KIPSAS. Fuh! Save budget den, haha! Terima kasih buat Abang Sani atas kesudian menumpang saya sehingga ke rumah, huhu..~


Masa dalam perjalanan, kami singgah di RnR Tapah atas pelawaan Syafika yang mengajak kami berhenti rehat di gerai buah ayahnya. Kenyang kami malam itu makan buah saja! Hehe..



Sudahlah makan pun free, dapat 'buah tangan' lagi tu untuk bawa balik rumah! Terima kasih sangat-sangat Ika! Huhu..



Setelah menempuh perjalanan hampir 10 jam, akhirnya saya sampai ke rumah tepat jam 7.30 pagi. Tapi sebelum itu sempat juga membelanja Abang Sani dan kawan-kawan MPP lain bersarapan di Taman Melati, hehe.. Bukan apa, kesian kat depa hantar cheq sampai ke rumah, huhu..~



(Anak-anak buah Mr Dean.. Hampa semua jangan lupa cheq no.. Hehe..)


Semoga program Tanmiyatul Ma'rifah ini dapat memberi seribu satu manfaat buat para peserta dan dalam kalangan fasilitator juga.. Sungguh! Saya sangat seronok ke bumi 'Tanah Bendang' ini dan saya teruja sekiranya dapat ke sini lagi, huhu..~



Terima kasih kepada AJK-AJK Kelab Anak-Anak Utara yang sudi menjemput saya untuk turut serta! Sangat terharu.. :')



Wallahualam...



(p/s: Cheq rasa pi sana banyak berjalan ja.. Seronok sangat! Orang-orang Utara, satgi bila padi masak jangan lupa ajak cheq no.. Hehehe..~)

Ahad, 3 April 2011

"SiApAkAh YaNg TeLaH MeNcUri HaTi Mr DeAn..??"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Fuuhhhhh...!!!!!!!!!!!

Sebelum Mr Dean memulakan penulisan pada entri kali ini, izinkan Mr Dean untuk membuang habuk-habuk yang berdebu dalam blog ini. Hehe..~

Ok, dah settle.. (^_^)


Ehm.. Mr Dean tak pasti sama ada tajuk dan entri kali ini akan menjadi isu atau tidak, tetapi Mr Dean akan terus juga menulis tentang apa yang terbuku di sudut hati ini. Huhu..~


"Siapakah yang telah mencuri hatiku???"


Mr Dean tidak pernah bercinta.. Jauh sekali untuk bercouple! Tetapi, tidak dapat dinafikan yang Mr Dean pasti pernah terjerat dalam 'fall in love'.. Huhu..~

Ya, pasti! Acap kali Mr Dean ada perasaan seperti itu tetapi semuanya tersimpan di dalam hati kerana hati Mr Dean setia kekal pada yang satu iaitu ALLAH!

Bila bercakap pasal cinta Allah, ada orang bertanya;

"Cinta pada Allah itu suatu kewajiban tapi takkan takde sedikit pun ruang cinta untuk manusia wahai Mr Dean??"


Hehe..~ Kelakar juga soalan itu! Haha!

Ya! Sudah pasti ada ruang untuk cinta manusia dalam hati Mr Dean ini..

*Saya pun manusia juga, ada kemahuan dan kehendak.. Huhu..~


Tetapi, Mr Dean ada sebab mengapa tidak membuka ruang itu! Satu prinsip yang dari dulu Mr Dean pegang sehinggalah kini iaitu;

"Tidak pernah ber'couple' dan takkan pernah ber'couple'!

Dengan izin Allah, mudah-mudahan prinsip itu kekal sehinggalah sampai seru-Nya...~

NIKAH!

Itulah matlamat sebenar sebuah perhubungan antara Adam dan Hawa.

Tetapi bukan dengan cara ber'couple' sebelum bernikah! Jika kita ber'couple', kita telah membuka ruang untuk si laknat Syaitan untuk masuk menjerat ke dalam hati kita!


Pernah dulu kufikirkan..

Tanpa cinta tak mengapa...~


Tiba-tiba teringat pula salah satu lagu Almarhum Sudirman, 'Nilai Cintamu'.. Hehe..~


Ya! Dulu saya pernah berkata pada seorang sahabat;

"Aku takkan pernah jatuh cinta pada sesiapapun! Tapi kalau aku jatuh cinta, aku takkan sesekali meluahkan isi hatiku ini pada orang itu! Melainkan diluahkan pada orang-orang yang aku percaya saja supaya hati ini tenteram sedikit setelah diluahkan.."


Sekarang, Mr Dean telah jatuh hati pada seseorang yang memang dari dulu Mr Dean memasang impian untuk mencari insan sepertinya.


"Dalam aku 'berlari', dia makin 'mengejar'...

Bila aku 'menolak, dia makin 'bertandang'..."


Bila Mr Dean suka pada seseorang, Mr Dean akan cuba menjauhkan diri daripadanya. Tetapi hairannya, semakin jauh Mr Dean 'berlari'..semakin rapat pula bersamanya..

Mungkin Allah sengaja ingin menguji betapa kukuhnya prinsip Mr Dean ini! Wallahualam..~

Dan dalam masa yang sama si laknat Syaitan akan menjalankan tugasnya untuk merosakkan hati Mr Dean! Mr Dean takut.. Takut melanggar prinsip dan takut semakin jauh dari rahmat-Nya!



Kadangkala perkara ini berlaku dalam keadaan Mr Dean tidak sedar dan menyangka hal itu suatu perkara yang tidak menjadi masalah.. Walhal, masa itulah si laknat Syaitan melompat kegirangan kerana berjaya melemahkan iman ini! Naudzubillah!!!


I praise Allah for sending me you my love


You found me home and sail with me


And I'm here with you


Now let me let you know


You've opened my heart


I was always thinking that love was wrong


But everything was changed when you came along


And theres a couple words I want to say...


For the rest of my life


I'll be with you


I'll stay by your side honest and true


Till the end of my time


I'll be loving you...


Loving you....~



Mr Dean terpaksa menukar status kepada 'enganged' atas sebab hanya Mr Dean dan beberapa orang saja yang tahu.. Hakikatnya, I'm still single, ok.. Hehehe..~


Semoga dengan cara itu, Mr Dean dapat menjaga hati ini dari terus lalai...



AKU MALU DENGAN TASBIHNYA LANGIT LUAS,


AKU MALU DENGAN ZIKIRNYA LAUT,


AKU MALU DENGAN KETAATAN FAJAR,


KERANA TASBIHKU, ZIKIRKU, & KETAATANKU PADA ALLAH HANYA SETITIK AIR YANG PENUH DOSA....


Allahuakbar...~ :'(



p/s: Mr Dean redha atas segala ketentuan-Nya...~

Isnin, 28 Mac 2011

"MeNgApA 2 BuLaN Mr DeAn MeNyEpi..??

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Alhamdulillah, Mr Dean masih diberi kesempatan untuk menulis kembali. Begitu banyak ingin dicoretkan, ingin diluahkan dan ingin dikongsikan bersama... Tetapi bukan semua yang mampu dizahirkan, cukuplah sekadar secara kiasan saja... Moga ada yang mengerti makna yang tersirat disebalik yang tersurat...~



25 -27 Februari 2011


Sepanjang bulan lepas, saya sangat sibuk dengan program yang telah diamanahkan dari Ketua Jabatan Syariah & Undang-undang untuk saya laksanakan iaitu program 'Tautan Mahabbah' yang telah berjaya dilaksanakan di SMA Maran, Pahang.


Syukur, berkat kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan aktiviti ini, program yang memakan masa selama 3 hari 2 malam itu berjaya disempurnakan setelah lebih 3 bulan merancangnya! Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua jawatankuasa program 'Tautan Mahabbah' yang seramai 43 orang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Pengarah Program iaitu Saudari Khairunnisa Farah Adiba kerana banyak membantu saya selaku Pengarah Program bagi melaksanakan misi yang telah diamanahkan kepada kami ini. Semoga segala jasa baik kalian mendapat ganjaran yang besar disisi-Nya. Insya-Allah..



4 - 6 Mac 2011

Seminggu setelah program 'TAUBAH' selesai, saya diamanahkan untuk pergi mengikuti kem perkhemahan di Air Terjun Jerangkang selama 3 hari 2 malam anjuran Kelab Kembara KIPSAS.


Pada awalnya, saya diberi tugas sebagai pemerhati untuk rekod dalam fail Exco Disiplin di bawah pimpinan saya. Tetapi ketika di sana, nama saya telah dimasukkan sebagai peserta biasa. Hal itu cukup mengecewakan saya kerana apabila nama saya terletak sebagai peserta, maka pergerakan saya terbatas dan saya perlu mengikuti segala aktiviti sebagai seorang peserta! Namun, saya cuba berfikiran positif supaya laporan yang akan saya buat kelak tidak berdasarkan emosi saya semata-mata tetapi biarlah ia telus.


Pada hari kedua di sana, kami mendaki bukit melalui air terjun dan sewaktu aktiviti itu dijalankan, berlaku kemalangan kecil ke atas saya. Entah bagaimana saya boleh tergelincir dan terjatuh ketika melalui satu tempat yang agak licin. Pada ketika itu, saya hanya berfikir tentang mati kerana jika tidak disambut oleh peserta lain, sudah pasti saya terus terjatuh dan hanyut di bawa arus yang sangat deras! Astaghfirullah...~


Alhamdulillah, program itu berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedikit permasalahan yang timbul tetapi berjaya dikawal oleh barisan jawatankuasa program. Moga-moga program itu dapat mendidik nilai ketabahan dalam diri setiap peserta!



12 Mac 2011

Jabatan Syariah dan Undang-undang KIPSAS telah menganjurkan program 'Bengkel Kemahiran Kepeguaman' khusus buat pelajar yang menuntut jurusan Syariah dan Undang-undang dengan kerjasama 'Law Professor' dari Selangor.


Antara institusi lain yang turut menyertai program ini ialah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi itu berakhir sehingga jam 5.30 petang. Dalam program itu, saya diberi tugas sebagai AJK Makanan dan secara tidak langsung terlibat juga sebagai peserta. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya mencari bahan-bahan kes yang telah disembunyikan oleh urusetia program sebagai bukti untuk di bawa ke dalam mahkamah.


Setelah itu, para peserta dibahagikan kumpulan untuk melakonkan aksi seolah-olah melaksanakan perbicaraan di dalam kamar mahkamah. Saya tidak sempat menghabiskan program itu mengikut tentatifnya kerana seawal jam 4 petang saya sudah pun mengundur diri untuk bersiap pulang ke rumah kerana tiket bas yang saya beli untuk ke Kuala Lumpur tepat pada jam 5.30 petang. Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi banyak manfaat buat diri saya dan juga peserta-peserta lain.



17 - 20 Mac 2011

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KIPSAS telah dipilih untuk mengikuti program 'Kursus Bina Negara' anjuran Biro Tata Negara (BTN) di Kem BTN Bukit Sagu selama 4 hari 3 malam. Program yang menghimpunkan seramai 70 peserta itu melibatkan hampir seluruh IPTS di sekitar Pahang yang melibatkan semua perwakilan pelajar dari setiap kolej.


Pada awalnya, saya agak keberatan untuk mengikuti program itu berikutan terlalu penat kerana setiap minggu menghabiskan masa dengan program dan secara kebetulan pada waktu itu saya tidak begitu sihat. Pelbagai alasan sudah diberi untuk mendapatkan pengecualian dari mengikuti program itu namun pihak atasan seboleh-bolehnya mahu semua MPP pergi mengikutinya.


Dalam program itu, kami dapat berkenalan dan saling bertukar pendapat dengan perwakilan pelajar dari kolej yang berlainan. Aktiviti yang dijalankan pun tidak begitu berat tetapi lebih kepada aktiviti di dalam kelas (LDK) dan pengisiannya lebih ditumpukan kepada unsur politik dan kerajaan. Maaf, 'no comment' untuk itu, huhu..~


Di sana, kami tidak dibenarkan langsung membawa kamera dan handphone dan barang-barang itu telah diambil untuk disimpan selama 4 hari. Maka terputuslah hubungan kami dengan dunia luar selama 4 hari, huhu..~ Semoga pertemuan kami dengan barisan kepimpinan perwakilan pelajar yang lain dapat mengeratkan ukhwah antara kami bersama dan memberi manfaat buat warga kolej yang lain.



Secara Umum...


Itulah jawapan bagi tajuk entri di atas. Menggalas jawatan sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan di bawah MPP KIPSAS ini cukup berat!


Pelbagai dugaan, rintangan dan halangan yang telah saya lalui sehingga ada ketikanya ingin sekali melepaskan segala jawatan yang disandang! Tetapi berkat doa kedua ayah ibu dan kata-kata semangat dari sahabat-sahabat menguatkan diri ini untuk melawan segala bentuk ujian.


Saya pernah diugut, difitnah, dicemuh, dihina dan pelbagai lagi tetapi disebalik semua itu ada kekuatan yang sentiasa menyokong saya supaya sentiasa berdiri teguh! Kekuatan itu tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kekuasan Allah yang sentiasa membantu hamba-Nya yang sentiasa sabar menghadapi ujian-Nya. Segala masalah yang terkandung dalam diri ini telah diluahkan kepada ibu yang sentiasa setia mendengar dan tidak luak memberikan kata-kata azimat dan semangat.


Disebalik segala permasalahan itu, saya juga meluahkan isi hati saya yang tersirat kepada ibu dan ternyata pemilihan ibu itu adalah yang terbaik. Semoga diri ini tidak tersilap langkah!


"Menunggu khabar pelangi di waktu tengahari yang terik..."

-3 March 2011; 07:17-


"Pelangi masih belum memberi khabar... Mungkin kerana mendung yang mendatang..."

-3 March 2011; 14:18-


"Matahari pagi merangkak perlahan dek dilindungi awan yang mendung.. Adakah sang pelangi akan menjelmakan diri di waktu tengahari yang hening nanti..? Hurm.."

-8 March 2011; 08:57-


"Bintang sudah mula memberi cahaya.. Tetapi sang pelangi seolah tidak mahu muncul kembali... Mungkin kerana awan tebal menyelubungi dirinya..."

-15 March 2011; 13:11-


"Pagi yang tenang ini cukup mendung.. Adakah itu petandanya pelangi tidak mahu muncul kembali?? Hurm.."

-21 March 2011; 09:14-



Ayat-ayat di atas adalah kiasan kepada sesuatu, hanya yang benar-benar memahami saja yang mengerti makna yang tersirat disebaliknya.

Cukuplah sekadar itu buat coretan kali ini, moga-moga diri ini sentiasa tabah mengharungi sisa-sisa kehidupan yang tidak pasti bila akan menemui 'nokhtahnya'. Mohon kepada semua yang membaca entri kali ini mendoakan saya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini yang akan bermula minggu ini.


Syukran kathir... Wallahualam bi sawab...~



p/s: Ternyata 'sang pelangi' tidak mahu muncul kembali kerana cuba menghilangkan diri..."

Selasa, 18 Januari 2011

"SoAL JaWaB MeNgEnAi QuNuT..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."




Pada entri kali ini, saya ingin membawa perbahasan mengenai hukum doa Qunut dalam solat yang menjadi pertikaian sesetengah pihak yang mengatakannya sesuatu amalan yang bida'ah.


Di dalam mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam sembahyang Subuh, pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dalam erti diberi pahala bagi orang yang mengerjakannnya dan bagi yang lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan untuk menggantikannya dengan sujud sahwi.


Tersebut dalam kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab, jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulama' salaf dan orang-orang yang sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua.


Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad-sanad yang sahih. Ramai orang yang termasuk tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."


Tersebut dalam kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata, maksudnya:
"Tak ada qunut dalam sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"


Tersebut dalam kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:
"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua daripada solat subuh dengan doa, Allahumahdini hingga akhirnya"


Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.


"ALASAN ORANG-ORANG YANG MENOLAK QUNUT"

Ada orang yang berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan sahaja berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagai hadith yang sahih kerana terdapat dalam kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yang menjadi permasalahan sekarang adalah kata: (thumma tarakahu = Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yang mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?


Untuk menjawab permasalahan inilah kita perhatikan baik-baik penjelasan Imam Nawawi dalam Al-Majmu' jilid3, hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dalam ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang-orang kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka sahaja. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran seperti ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dalam ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia' adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."

Imam Baihaqi meriwayatkan dari Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yang ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran seperti ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah r.a yang berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yang satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat Subuh!


2. Ada juga orang-orang yang tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada bapaku, wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di Kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut? Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bida'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith-hadith tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dalam kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dalam mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang sahaja yang mengatakan qunut itu sebagai amalan bida'ah.

Maka dalam kes ini berlakulah kaedah Usul Fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: “Orang yang menetapkan lebih didahulukan atas orang yang menafikan.”

Tambahan lagi orang yang mengatakan ADA jauh lebih banyak daripada orang yang mengatakan TIDAK ADA.


Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:
"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang-orang yang menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"


Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yang sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:

"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dalam solat Subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat, telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jangan pula ambil perhatian terhadap ucapan yang lain daripada itu."



Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dalam kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bida'ah menurut segala riwayat yang ada, maka yang bida'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula"

Dengan demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dalam masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Mas'ud yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dalam solat apa pun."


Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yang ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahl-ahli2 hadith. Tersebut dalam kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yang dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"


Imam Abu Hatim mengatakan: "Dalam waktu yang akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang." (Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dengan jawapan terdahulu bahawa orang yang mengatakan ADA lebih didahulukan daripada orang yang mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi"
maksudnya: Orang yang menetapkan lebih didahulukan atas orang yang menafikan.


4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bida'ah"


Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk (orang yang ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yang lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."


5. Ada juga yang membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."


Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.


Berkata Daruqutni: Ketiga-tiga orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.


Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70).


Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)



"PENDAPAT IMAM 4 MAZHAB MENGENAI QUNUT"


1. Mazhab Hanafi


Disunatkan Qunut pada solat witir dan tempatnya sebelum rukuk. Adapun Qunut pada solat Subuh tidak disunatkan. Sedangkan Qunut Nazilah disunatkan tetapi ada solat jahriyah saja.


2. Mazhab Maliki


Disunatkan Qunut pada solat Subuh dan tempatnya yang lebih utama adalah sebelum rukuk, tetapi boleh juga dilakukan setelah rukuk. Adapun Qunut selain Subuh yakni Qunut Witir dan Nazilah, maka keduanya dimakruhkan.


3. Mazhab Syafie

Disunatkan Qunut pada waktu Subuh dan tempatnya sesudah rukuk. Begitu juga disunatkan Qunut Nazilah dan Qunut Witir pada pertengahan bulan Ramadhan.


4. Mazhab Hambali


Disunatkan Qunut pada solat Witir dan tempatnya sesudah rukuk. Adapun Qunut Subuh tidak disunnahkan. Sedangkan Qunut Nazilah disunatkan dan dilakukan pada waktu Subuh saja.


Semoga kita dijadikan oleh Allah asbab hidayah bagi kita dan seluruh umat seluruh alam...

( http://www.scribd.com/Dalil-Shahih-Sunnah-Membaca-Qunut-Subuh/d/15886307 )


p/s: Kalau difikir secara logik akal, jika betul amalan doa Qunut itu suatu bida'ah.. Maka bagaimana pula dengan nasib sekalian kita termasuklah Imam-Imam kita? Bukankah amalan bida'ah itu dibenci Rasulullah???
Fikirkan sebelum berhujah jika anda masih tidak yakin dengan hujah-hujah yang dikemukakan di atas... Wallahualam...~

Ahad, 16 Januari 2011

"MaRRiEd, WaTaNiAh & IrEnE..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Sengaja kali ini, saya meletakkan tiga-tiga tajuk di atas sebab terlalu banyak program yang saya ikuti hingga tidak sempat nak 'update' blog, hu..hu..~


Kisah yang pertama mengenai 'Married'...
Pada 14 Januari 2011 (Jumaat), saya mengikuti satu program mengenai 'Cinta' di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.. He..he..
Speaker jemputannya ialah Ustaz Mohamad Ridhauddin, Pensyarah Usul Fiqh di UiTM Shah Alam mengupaskan tajuknya dengan bertemakan;
"Courting According To Al-Quran & Sunnah,
Promoting Islamic Practise!"


(Gaya bersahaja 'speaker'.. Maaf gambar sedikit kabur kerana menggunakan kamera handphone yang murah, hu..hu..)


Majlis yang bermula jam 9 malam itu dimulakan dengan alunan Al-Quran dari Surah Ar-Rum yang saya tidak pasti bilangan surahnya tetapi menceritakan mengenai pasangan lelaki dan wanita.
Berdasarkan pemerhatian saya, auditorium yang mungkin memuatkan 300 kerusi itu penuh sesak sehinggakan ramai juga yang berdiri! (Ramai yang minat tajuk kali ini, huhu..)

(Saya tidak faham, kenapa tajuk ceramah kali ini mendapat sambutan luarbiasa dalam kalangan wanita? Mungkin mereka golongan cenderung nak bernikah agaknya.. Hehe.. Jangan marah ya..)


Antara pengisian yang dapat saya kongsikan ialah;
1. Jika kita ingin berkahwin, perlu tetapkan matlamat sehingga bertemu di Syurga, bukan sehingga penghujung usia... :)

2. Setiap sesuatu perkara itu bermula dengan 'ending'. Maksudnya ialah, setiap perkara yang
kita lakukan, pasti kita sudah ada objektif atau matlamatnya.. Jika tidak, buat apa hendak melakukan sesuatu jika tidak ada tujuannya? :)

3. Hukum selepas bertunang masih sama dengan sebelum bertunang kerana pertunangan bukan cara menghalalkan pergaulan tetapi sekadar 'book' seseorang itu saja.. :)

4. Jangan gelojoh mencari pasangan hidup sebab Allah dah janji dalam Al-Quran yang setiap antara kita sudah disediakan pasangannya masing-masing. Jadi buat apa mencari, 'si dia' pasti datang sendiri dengan bantuan Allah.. :)

5. Siapa yang ber'couple', masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan kerana nikmat kemanisan perkahwinan akan hilang dan pudar jika berpacar sebelumnya.. :)

-Cukup sekadar itu bagi tajuk 'Married'-


Kisah yang kedua mengenai 'Wataniah'...
Semalam (16/01/2011), saya menyertai aktiviti 'Ekspedisi Mendaki Bukit Pelindung' di Kuantan anjuran kelab Wataniah KIPSAS. Tujuan penyertaan saya dalam aktiviti itu adalah sebagai 'Pemerhati' untuk dimasukkan ke dalam laporan tugasan saya sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan, MPP KIPSAS.

(Saya kat belakang, sebelah AAC.. Haha..)

(sebelum ambil gambar ni, saya seorang diri saja.. entah macam mana boleh terselit dua orang pula kat sebelah tu.. Haha!)


Pendakian yang mengambil masa hampir satu jam setengah itu cukup memenatkan dan melenguhkan saya! Huh~ Tak mampu nak daki bukit itu lagi.. Huhu..~

(Kepenatan, huhu~)


Kami hanya diberi makan sepotong roti setiap orang dan sebotol air mineral. Selepas selesai pendakian, kami berehat sementara menunggu ketibaan bas di Teluk Chempedak.

(ambil gambar sendiri saja, huhu..~)


Sementara menunggu ketibaan bas, peserta-peserta Wataniah ini melakukan 'tarian perang' yang menarik perhatian pengunjung-pengunjung di Teluk Chempedak itu! Huhu..~
Saya yang langsung tidak ada kena-mengena dengan Wataniah pun di'paksa' untuk menyertai tarian mereka.. Haha! Menarik juga!

(Sewaktu menurun bukit..)

(Seramai 37 orang peserta dan 17 AJK Wataniah turut serta..)


Pada awalnya, saya rasa keseorangan sebab kebanyakkan sahabat-sahabat saya yang menjadi AJK Wataniah mempunyai tugasan dan sibuk menguruskan peserta-peserta itu. Rupa-rupanya ada seorang lagi peserta pendakian itu yang juga bukan ahli Wataniah, tetapi Taekwondo!
Saya tabik dengan kegigihan dia (AAC) walaupun dalam keadaan yang lemah kerana tidak pernah menyertai aktiviti lasak, dia sanggup menghabiskan aktiviti itu!
p/s: Harap anda yang saya sebutkan di atas berbangga dengan kemampuan diri anda! Hehe..

(Barisan peserta2 wanita..)

(Barisan peserta2 lelaki..)


Kami bertolak pulang hampir jam 12 tengahari dan tiba di KIPSAS dalam jam 12.30 tengahari.. Usai itu, saya diberi peluang untuk berucap dan membentangkan hasil laporan sepanjang pemerhatian saya..

(Sewaktu perjalanan pulang..)


-Cukup sekadar itu bagi tajuk 'Wataniah'-


Kisah yang ketiga mengenai 'Irene'...
Kalau ada yang masih ingat tentang Irene, kucing kesayangan saya yang telah dibuang oleh seseorang yang 'jahat'! Irene mempunyai beberapa ekor anak yang baru saja lahir tetapi telah dipisahkan oleh seseorang yang tidak berperi'kebinatangan'! Geram ni..!!! Huh~

-Irene, tinggal kenangan.. :'( -


Malam semalam ( 16/01/2011), saya termimpi berjumpa dengan Irene di pondok 'guard' di hadapan kolej.. Keadaannya cukup kurus! Saya baru hendak menyentuhnya, tiba-tiba saya dikejutkan dengan laungan azan Subuh dari Masjid KIPSAS.. :'(


Usai pulang dari aktiviti Wataniah semalam, saya pergi meninjau keadaan anak-anak Irene yang dijaga oleh Anne, seekor ibu kucing yang baru saya jumpa dan juga baru melahirkan anak.. Sayu hati saya tatkala melihat salah seekor anak Irene sudah kaku keras tidak bernyawa..
Petang itu juga sebelum azan Maghrib, saya menguburkan bangkainya... :'(

(Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti merasai mati!)


Demikianlah sebahagian dari kisah-kisah aktiviti yang saya sertai.. Moga-moga setiap aktiviti yang saya sertai itu memberi manfaat dan kesan buat diri ini.. Kepada semua yang terlibat dalam segala kisah di atas, kenangan bersama kalian insya-Allah, akan sentiasa tersemat rapi di hati ini.. :)

Wallahualam...~


p/s: Maaf, entri kali ini mungkin terlalu panjang.. Saya sekadar hendak berkongsi.. He.he..~