Ahad, 24 Oktober 2010

"TeGuRaN HaRuS PaDa TeMpAtNyA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Ehm..agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini..huhu..
Terlalu sibuk dengan berbagai-bagai program hingga tidak berkesempatan hendak berkongsi dalam blog ini..
Entri kali ini sengaja saya buat tajuk seperti di atas untuk sama-sama kita renungkan...

Apabila kita berniat untuk menegur seseorang, haruslah kena pada tempatnya. Jangan sesekali memalukan atau menjatuhkan air muka orang itu di khalayak ramai.. Cara itu bukan mengubahnya malah menjatuhkan dan merosakkan dia lagi!

Saya berkongsi kisah yang telah saya lalui untuk hari ini (24/10/2010). Sengaja saya masukkan ke dalam entri kali ini bukan berniat untuk meraih simpati atau memalukan orang lain..tetapi hanya sekadar melahirkan rasa kesal dengan apa yang terjadi.


Sewaktu sedang mengajar sekumpulan manusia tentang sesuatu perkara, tiba-tiba datang seorang hamba Allah ini dan terus memaki dan memarahi anda tidak tentu pasal.. Pasti anda dan hadirin terkejut dan pasti anda tersangatlah malu kerana maruah anda sebagai pendidik semasa itu diinjak.. Begitulah perasaan saya..


Hanya kerana sedikit salah faham dan tanpa usul periksa sama ada kenyataan itu benar atau sebaliknya dia terus menghukum saya! Kalau betul pun itu salah saya, tidak perlulah memekik dan memaki hamun saya di hadapan para pelajar yang saya didik! Itu cukup menjatuhkan kredibiliti saya!


Kejadian seperti itu bukan pertama kali yang dilakukannya, tetapi sudah acap kali dan saya bersabar dengannya.. Cuma kali ini sudah terlalu melampau! Hanya fikir dirinya saja yang sempurna, orang lain semuanya tidak betul dan perlu turut arahan dia! Maaflah, saya tidak akan sekali-kali berada di bawah urusan kerja awak! Orang lain mungkin awak boleh kuasai, tapi dengan saya tidak sama sekali!


Sudahlah memalukan dan mengaibkan saya di hadapan orang ramai, setelah mengetahui hal dan kedudukan yang sebenar dia langsung tidak meminta maaf atas kesilapannya! Teruk sungguh manusia ini! Saya memang tidak dapat menerima cara dia! Tindakannya memang tidak wajar!


Hanya kerana saya memikirkan hubungan antara kami memang tidak dapat dielakkan oleh kerana berada dalam posisi yang sama, saya terpaksa berpura-pura baik dengannya walaupun dalam hati ini jelas terguris hati demi menjaga hubungan kerja antara kami...

Harus diingat, jika hendak menegur seseorang.. Awak sepatutnya memanggil orang itu dan tegur atau soal dia secara peribadi dan bukan di khalayak ramai.. Kalau awak tersalah, awak sendiri yang akan dipandang hina oleh orang atas sebab perangai awak itu sendiri! Marah tidak bertempat...!!!

Maaf, entri kali ini terlalu peribadi sebab saya hanya mahu meluahkan isi hati saya yang terguris.. Dan harapan saya, janganlah anda yang membaca mempunyai perangai buruk sebegini..


Sabda Baginda SAW; "Dua sifat tidak akan bertemu dalam diri seorang mukmin iaitu kikir (bakhil) dan akhlak yang buruk." (HR. Ahmad)

Semoga anda yang membaca ini dapat berubah dan bertaubat kerana Allah menyukai orang-orang yang mengubah dirinya untuk kebaikan dirinya dan orang lain...

Dari Anas ra; bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat." (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Wallahualam...~ :'(


p/s: Secara tidak sedar, anda telah menunjukkan perwatakan sebenar anda di khalayak ramai.. Anda fikir cara anda betul, tetapi percayalah orang ramai memerhati anda dan mereka bijak dalam menilai...~