Rabu, 26 Mei 2010

"TaKwA DaN PeRpAdUaN AsAs KeSeLaMaTaN Di AkHiR ZaMaN..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Hadis Pertama

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat..."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan
Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:


Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.


Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.


Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitu berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal-jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.


Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).


40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

p/s: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat..."
-Baginda SAW-

Isnin, 24 Mei 2010

"TiGa GoLoNgAn YaNg BeRbEzA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Apabila kita mengadakan kenduri kahwin, terdapat 3 golongan manusia yang akan menghadiri kenduri kita...

Golongan pertama adalah mereka yang dijemput dengan panggilan melalui mulut atau hebahan daripada jiran-jiran sebelah rumah dan mereka ini terdiri daripada sanak-saudara, kawan-kawan kita serta jiran sekampung, mereka tidak perlu diberitahu dengan menggunakan kad jemputan dan mereka datang memang untuk bekerja dan menolong kita semasa kenduri tersebut...

Golongan kedua mereka yang diberitahu dengan menghulurkan kad jemputan kenduri dan golongan ini akan datang pada waktu tengahari, pada masa ini makanan baru sahaja siap dan masih berasap, mereka datang tepat dan terus makan dengan lahap sekali...

Akhirnya golongan ketiga adalah golongan yang datang bersama rombongan pengantin, mereka akan duduk di meja yang paling baik dan makan lauk pengantin. Kadang-kadang selepas makan terus balik, tuan rumah pun mereka tidak sempat hendak bersalaman...



Inilah perumpamaan 3 golongan manusia yang datang ke masjid, apabila azan dilaungkan golongan pertama tadi akan terus menuju ke masjid tanpa dipaksa ataupun disuruh, maka golongan ini adalah golongan yang Allah SWT akan memberi kerja untuk menjaga dan memelihara Islam...

Golongan kedua adalah mereka yang datang ke masjid apabila ada kuliah atau program apatah lagi selepas kuliah itu ada jamuan makanan, jika kuliah tiada maka batang dan lubang hidung pun tiada...

Akhirnya golongan yang ketiga adalah mereka akan ke masjid apabila ada Pembesar dan Menteri datang,maka golongan yang ketiga ini adalah golongan manusia yang paling tidak berguna sekali...!!!

Justeru itu, marilah kita sama-sama menjadi golongan pertama tadi apabila azan dilaungkan terus berlari 100 meter ke masjid tanpa banyak bicara. Maka golongan pertama ini diberi jaminan oleh Allah SWT untuk menjaga dan memelihara agama melalui tangannya.
Mereka ini yang bakal memperjuangkan dan menegakkan agama Allah ini di tingkat teratas. Dunia tidak melalaikan mereka kerana mereka tahu barang yang dikejar adalah benda yang jauh sekali. Akhirat adalah matlamat yang direbut demi mengapai redha dari-Nya...

Cuba kita bayangkan jika kita berhutang dengan orang, maka orang itu sedang mencari kita, pada masa itu apa yang kita rasa? Pastilah kita rasa seolah-olah orang yang cari kita itu berada dekat sangat dengan kita, betul atau tidak??? Tanya diri...~

p/s: Masjid Didahulukan... Solat Jemaah Diutamakan...
Wallahualam...~ (^_^)

Jumaat, 21 Mei 2010

"OpEn BaNaNa..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."




Sengaja saya buat tajuk itu untuk entri kali ini... Hehe..~
Ehm.. Sebenarnya semalam (21/05/10) saya ke sekolah setelah salah seorang sahabat, Ain menjemput saya untuk menyertai aktiviti Pengawas Pusat Sumber (PPS)...
Turut serta bersama saya ke sana, Aezriani dan Vilvamalar..

Aktiviti yang dijalankan cukup menghiburkan dan cukup membuatkan saya terkenang kembali 'zaman pemerintahan' saya di perpustakaan itu dahulu, hehe..~
Salah satu aktivitinya ialah 'Tarian Banana'.. (tak tahu nama tarian itu,huhu)

"Open Banana.. Open Banana...
Cut Banana.. Cut, Cut Banana...
Eat Banana.. Eat, Eat Banana...
Throw Banana.. Throw, Throw Banana...
Close Banana.. Close, Close Banana..."

Agak lucu cara tariannya dan saya juga diminta untuk turut serta dalam aktiviti itu...
Rasa bagaikan menjadi budak sekolah kembali, hehe..~

Kemudian, kami diminta untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang mentadbir perpustakaan itu... Semasa mahu perkenalkan diri, sengaja saya menguji ingatan
'anak-anak buah'.. Ternyata masih ada yang mengingati nama penuh saya, terharu sungguh!

'Bendahari Kehormat'!
Ya! Itulah gelaran bagi jawatan saya dahulu dan ternyata jawatan itu pun masih ada yang mengingatinya...hehe..
Banyak cerita, kisah dan pelbagai lagi yang saya dengar dari mulut budak-budak itu,huhu..
Mereka semua begitu 'sporting' dengan saya walaupun ada yang tidak pernah mengenali saya sebelum ini... Kata mereka, "Saya pernah nampak Abang Rafie kat pasar malam hari Jumaat!" Namun hakikatnya, saya sendiri pun tak pernah berjumpa dengan mereka! Haha..

Usai berkongsi pengalaman, kami bertiga diminta untuk 'interview' bakal-bakal pemimpin PPS...
Pelbagai ragam dan kerenah hingga ada yang buat saya terkenang waktu saya menemuduga 'anak-anak buah' saya dahulu,hehe..
Cikgu Afifah, selaku Guru Penasihat PPS turut hadir untuk memantau aktiviti itu...

Sungguh, saya amat tidak sangka kerana berpeluang melalui pengalaman itu semula... Jutaan terima kasih kepada Ain atas jemputannya dan jika ada kelapangan ingin sekali pergi ke sana lagi... Hehe...~

Kata orang,
"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bergurau senda..." (^_^)

p/s: Sengaja kuambil kesempatan yang ada tuk menjernihkannya... Alhamdulillah, ia berhasil... (^_^)

Selasa, 18 Mei 2010

"AnJiNg MuSaFiR..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Diceritakan bahawa pada suatu hari Abdullah bin Jaafar*
sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang,
dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang
hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut.

Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing
berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa
makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.


Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong
makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya
pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih
belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya
untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua
bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.


Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu
sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya
kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?”
Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.”
Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri
akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin
dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu
dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari
ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus!
Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”


Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya
masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar
membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian
dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya.
Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan
perjalanannya...



(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib
lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana
dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga
Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW. Ketika Nabi
SAW membai'atnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut
bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru
tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah
bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh
ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka
kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Abdullah
bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

p/s: Bersedekah itu boleh menolak bala yang bakal menimpa ke atas penderma dan sedekah itu juga menjadi penghalang diri dari menjadi bahan bakar api neraka kelak... ~ Baginda SAW~

Sabtu, 15 Mei 2010

"MaDaH BuAt GuRu..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah di Hujung Desa
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Buat tatapan guru-guru sepanjang hayatku ini;

SK Wangsa Maju, Seksyen 2 (1998-2001)
Darjah 1 : Puan Jamaliah
Darjah 2 : Puan Kuntum
Darjah 3 : Cik/Puan Atnawati
Darjah 4 : Puan Rokiah

SK Taman Seri Pagi, Senawang (2002-2003)
Darjah 5 : Puan Azieda
Darjah 6 : Puan Rohimah

SMK Taman Melati, Setapak (2004-2008)
Tingkatan 1 : Puan Dayang Norhaida
Tingkatan 2 : Puan Aida
Tingkatan 3 : Ustaz Ramli
Tingkatan 4 : Puan Awatif
Tingkatan 5 : Puan Hasni
Sejarah : Encik Mansur
K. Hidup : Cik Farah
B. Malaysia : Puan Suhiliah
Pend. Seni : Puan Azizah Kasmuri
Biologi : Puan Marhamah
PK HEM : Puan Majidah
Sains : Cik Mariam
B. Malaysia : Cik Najayati
Kimia : Puan Afifah
Sains : Nik Kalsom
G. Disiplin : Puan Shamsiah
Pend. Islam : Ustazah Zamani Halili
Pend. Islam : Ustazah Sharimah
Pend. Islam : Ustaz Fauzi
P. Jasmani : Encik Faisal
Matematik : Puan Noryati
Matematik T.: Encik Vijayan
B. Malaysia : Puan Amnah
*serta ramai lagi........



Kolej Islam Pahang (2009-Kini)
Ustaz Sapawi Hamdan : Fiqh Semasa
Ustaz Nizam Jamaludin : Fiqh
Ustaz Salman : Tahfiz
Ustaz Haizuran : Tahfiz
Ustaz Nazri : Aqidah Islam
Ustaz Hanif : Bahasa Arab
Encik Hishamudin : Aplikasi Komputer
Sir Nazha : English
Ustazah Hasiah : Qawaid Fiqhiyyah
Ustazah Hidayah : Pengantar Fiqh
Madam Shuhada : English
Madam Azriana : Pengantar Undang2 Islam Malaysia
Madam Yusliha : Pengantar Undang2 Islam Malaysia
Cik Dina : Aplikasi Komputer
Puan Mariam : Asas Pengurusan
Puan Azrianie : Pustakawan
*serta ramai lagi.........

Puan Werdah : Guru Motivasi*

Sepanjang Hayat
Ibu : Puan Noraini bt Itam
Ayah: Encik Zainal Rasid bin Abdul Wahab


" Jika Hari Ini Sultan Membisu Tak Bersuara,
Jika Hari Ini Pemimpin Gila Kuasa,
Jika Hari Ini Hakim Buat Kerja Macam Orang Gila........
Semua Ini Bukan Salah Guru Semata,
Tapi Dia Orang Tak Dengar Apa Yang Guru Kata "

SELAMAT HARI GURU...........
Guru Pembina Negara Bangsa.......
Terima Kasih Cikgu.......
Jasamu Tak Pernah Ku Lupakan....


p/s: "Tugas guru itu menyamai tugas para Anbia..." (^_^)

Khamis, 13 Mei 2010

"DoN't JuDgE ThE BooK By It CoVeR...!"

"Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Apa yang anda nampak pada gambar di atas dan apa yang anda fikirkan tentangnya..?
Ya! Sudah pastilah di atas itu sebuah buku Doraemon yang di dalamnya ada cerita-cerita yang menarik! Haha! Itulah perkiraan saya yang pertama!

Saya ada kisah menarik yang amat melucukan namun ada pengajarannya...hehe..

Saat semua jemaah di surau sedang membaca Yasin seperti biasa di malam-malam Jumaat, Atuk yang amat aku kasihi masuk dan duduk tidak jauh dariku...
Perlahan-lahan Atuk mengeluarkan sesuatu dari poket jubahnya...

'Jeng... Jeng... Jeng...'

Ya Allah! Apa kena Atuk ni? Orang baca Yasin, dia baca 'Doraemon..!!!
Haha! Aku bermonolog sendiri... Aku perasan jemaah yang lain pun sedar tentang perkara itu.. Ada yang mula tersenyum, hehe..
Budak-budak pun ada yang tergelak kecil...

Apa tidaknya, kalau budak kecil yang baca buku itu sesuai la..
Ini Atuk!!! Hahaha!

Usai bacaan Yasin, aku menghampiri Atuk...
"Tok, buku apa tu..? hehe.."
"Buku Yasin la..." Jawab atuk dengan wajahnya yang selamba...
"Hah...???" Aku terkesima...



Haha! Aku tergelak sendiri...
"Buku ni dah lama, sebelum Atuk duduk KL lagi... Jadi kulit dia dah buruk, Atuk balutlah dengan kulit buku ni..." terang Atuk padaku seolah-olah dapat membaca pemikiranku sewaktu itu..

Owh, baru aku mengerti disebalik kulit buku itu ada Yasin yang rasanya lebih berusia dariku...

Sungguh, aku tersilap dalam mentafsir!
Maka benarlah kata pepatah orang Barat;
"Don't Judge The Book By It Cover!" huhu..~

Inilah Atuk yang aku maksudkan itu...

Err..anda pun jangan salah mentafsir juga...
Atuk itu yang berjubah putih ya..saya yang berjubah kuning..
JANGAN SILAP! haha!

Maka pengajaran yang dapat saya petik dari peristiwa itu tadi ialah;
"Kita tidak seharusnya menilai sesuatu itu hanya pada luarannya saja, lihatlah dalamannya..."

"Kadang sesuatu yang kita sangka buruk itu pada hakikatnya adalah baik kerna kita tidak mentafsir sedalamnya tentang sesuatu itu, maka jangan terburu-buru dalam menilai..."

p/s: Suatu perkara yang amat aku suka dengan Atuk ini, dia suka mengucapkan 'Terima Kasih' walau apa jua perkara sekalipun orang hanya bersalaman dengannya...
"Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Atuk ini sehingga sempat dia melihat aku 'bersalaman dengan Tok Kadi'... Ameen.."
Hihi...
(^_^)

Sabtu, 8 Mei 2010

"HaRi IbU, HaRaMkAh...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Dewasa ini, kita sering mendengar dan melihat orang meraikan 'Sambutan Hari Ibu'...
Namun, ada pendapat mengatakan ia adalah HARAM!

"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut."

Namun disebalik pengharaman itu wujudnya HARUS...

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.

Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.

Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

*********************************************************************

Namun, bila dikatakan harus, bukan bermakna mesti buat atau afdal dibuat...

Dalam Islam memanglah wajib berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan dan seorang Muslim yang baik sepatutnya tak memerlukan Hari Ibu untuk berbakti pada ibunya kerna cukup Al-Quran dan Hadis nabi sebagai sumber motivasi.

Tapi adakah bermakna jika seorang itu hendak menghargai ibunya pada Hari Ibu, salah dalam Islam atau haram? Bagi saya tidak kerna hukumnya HARUS. Alasannya telah dijelaskan tadi...

Hanya kerna sesuatu itu dimulakan oleh orang bukan Islam tak bermakna semestinya ia adalah dilarang. Dari manakah bermulanya sambutan Hari Asyura? Tidakkah ia bermula dari tradisi orang yahudi yang kemudiannya diendorse oleh nabi? (sila lihat dakwah@sunnah)

Kalau hendak buat hari lain, itu terserah masing-masing.

Kaedah Fiqh mengatakan "Al-umur bimaqasidiha" - hukum sesuatu perkara bergantung pada niat dan tujuannya.. kira macam tepuk dada tanya imanlah :) dan kaedah ni, pada saya, sesuai bagi persoalan ini...

*****************************************************************************

Tak perlu untuk kita semua bersepakat dalam hal ini dan tak perlu juga nak berkeras untuk tidak bersetuju.

Jika asal usul sahaja menjadi sandaran tentang boleh dan tak boleh, lihat hadits di bawah.
Rasulullah membaik dan menyesuaikan, dan bukan meninggalkan.

Dari Ibnu ‘Abbas, ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah dia melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Nabi saw bertanya: ‘Apakah ini?’

Orang-orang Yahudi berkata: ‘Ini hari yang baik. Pada hari inilah Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa a.s. berpuasa pada hari itu.’

Kata Nabi saw.: ‘Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.’ Maka Nabi pun melakukan puasa dan menyuruh orang untuk melakukannya juga.” (Riwayat Al-Bukhari)

Maksudnya : “Ketika mana Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.

Para sahabat berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.”

Lalu Nabi saw bersabda : “Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan.”

Seterusnya Ibn ‘Abbas menceritakan : “Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)

WALLAHUALAM BI SAWAB...

*Sekadar berkongsi ilmu...

('SAYA' di atas ialah USTAZ MUHAMMAD HANIFF HASSAN)

Selasa, 4 Mei 2010

"ImBaSaN SiLaM..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Semalam (4/5/10) aku pergi ke sekolah setelah agak sekian lama meninggalkannya..


Masih segar dalam ingatanku bagaikan baru kelmarin aku masuk ke sekolah menengah...
Masih tajam dalam ingatanku kala mengenangkan detik pertama berkenalan dengan rakan kelas...
Masih kukuh dalam ingatanku pabila mengingatkan hal-hal persekolahan...
Ehm..2 tahun.. Masa pantas berlalu..


Tujuan utamaku pergi ke sekolah untuk mengambil sijil SPM...
Sambil itu meninjau sekitar sekolah melihat perubahan dan berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mendidikku...
Aku ke sana dengan Redzuan dan Safwan...

Usai mengambil sijil SPM, aku dan yang lain sengaja melintas di hadapan kamar guru...
Dari atas,jelas kedengaran suara Cikgu Marhamah (Guru Biologi) mengajar di makmal Bio di tingkat bawah dengan menggunakan mikrofonnya..

Terimbas kembali zamanku dulu, kelas inilah antara yang aku paling minat kerana cikgunya amat prihatin terhadap masalah pembelajaranku...


Kami singgah ke Makmal Bio setelah minum di kantin...
Cikgu Marhamah menjemput aku dan Redzuan masuk dan menunjukkan tempat duduk aku dan Redzuan dahulu...
"Ha..sila duduk, itu tempat Rafie..sebelah tu tempat Redzuan..."

Perasaan aku ketika itu terharu dan sedikit sebak...
Terharu dek kerana cikgu masih mengingatinya walaupun sudah lama tak mengajarku..
Sebak disebabkan terkenang waktu kelasku dulu, bagai baru semalam ia berlaku...

Agak lama bersembang, kami ke Makmal Kimia pula berjumpa Cikgu Afifah, Guru Kimia kami dan juga merupakan Guru Pusat Sumber yang amat rapat dengan kami...


Puas berbual dengan cikgu, kami meminta diri...
"Nanti apa-apa bagitau la cikgu, kalau kahwin nanti jangan lupa ajak..."
Hehe.. Cikgu Afifah sempat berseloroh sebelum kami meninggalkan makmal Kimia...

Sungguh, aku amat rindu zaman sekolahku...
Benar kata-kata orang dahulu, zaman sekolahlah yang paling indah!
Ya, aku akuinya!
Maka, kepada yang masih dibangku sekolah.. Nikmatilah zaman ini sepuasnya dengan sebaik mungkin! Zaman ini mustahil tuk berulang kembali...

Dan nikmat yang terbaik ialah persahabatan di zaman persekolahan...


p/s: Gembira dapat berjumpa dengan ahli-ahli PMR setelah sekian lama tidak bersua..
Huhu... (^_^)

Ahad, 2 Mei 2010

"HaRi JaDi, BoLeHkAh...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Dewasa ini, jika ada saja ulangtahun kelahiran seseorang pasti adanya sambutan...
Namun, adakan sambutan ulangtahun kelahiran ini dibenarkan dalam Islam..?

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad SAW. Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Pun begitu, hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama Kristian.
"Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu."

Sesetengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
"Sesiapa yang berselawat ke atasku (Nabi Muhammad SAW) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.."


Siapa yang wajar untuk diraikan..???

Kalau diikutkan logik akal, pastilah tuan empunya diri yang wajar diraikan kerana hari itu ialah hari ulangtahun kelahirannya...

Namun hakikatnya tidak! Bukan tuan empunya diri yang wajar diraikan...
Tetapi IBUnya!

Kerana ibunya yang telah melahirkannya pada tarikh keramat tersebut...
Ibunya yang telah bergadai nyawa demi melahirkannya...
dan ibunya yang telah membesarkannya sehingga ke tarikh keramat ini!

Setujukah anda dengan pendapat saya ini..???

Jika setuju, maka seharusnya untuk kita menghiburkan hatinya pada hari ulangtahun kelahiran kita.. Hal ini wajar dilakukan setiap masa dan bukan khusus pada hari ulangtahun kelahiran saja, cuma kita lebihkan sedikit masa kita untuk menghiburkan hati bonda kesayangan kita..!

Dengan cara ini, barulah benar etika menyambut ulangtahun kelahiran kita...
Bukan kita yang diraikan, tetapi bonda kita yang harus diraikan!

p/s: Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Renung-renungkanlah...~


"Selamat Ulangtahun Kelahiran khusus untuk temanku pada hari ini..."

Sabtu, 1 Mei 2010

"ApA MaKsUd-NyA...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Baru-baru ini pada pagi Isnin dalam jam antara 3 hingga 5 pagi (26/4/10), aku bermimpikan sesuatu hal yang aneh.. Dalam mimpiku, aku berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan sempat berbual mesra dengannya...


Dalam mimpi tu, lepas bersembang aku tengok Tuan Guru mengajar budak-budak mengaji sambil duduk di kerusi rotan..
Tiba-tiba, ada bom meletup kat rumah dia..
Bom tu meletup dan terkena Tuan Guru..
Beliau mati serta-merta! Aku menangis sepuas hati..
Yelah, baru saja berjumpa dah meninggal dunia...
Satu Malaysia meratap kesedihan atas pemergian beliau...

Aku dapat tahu, bom itu ialah bom tinggalan zaman perang Jepun dulu...
Rumah Tuan Guru kan rumah kampung, maka bom itu ada di bawah rumahnya...
Tapi itu sekadar igauan ngeri... Nauzubillah!

Baru-baru ini pula, ada berita mengenai ugutan bunuh ke atas Tuan Guru dalam laman 'Facebook' oleh Mohd Safuan Hilmi!


Manusia ini tidak menghormati Tuan Guru sebagai Ulama'!
Dia kata, sanggup digantung sekiranya dapat bunuh NIk Aziz!
Huh! Biadap sungguh!


Inilah yang terjadi di akhir zaman apabila ulama' tidak dihormati lagi..
Ini bukan soal politik! Ini soal agama!
"Para Ulama' itu adalah pewaris Nabi!"

Aku tidak tahu sama ada perkara ini ada kena-mengena dengan igauan ngeri itu atau tidak...
Moga Allah melindungi Tuan Guru Nik Aziz!
Allahuakbar!

Wallahualam...