Sabtu, 8 Oktober 2011

"SaaT Mr DeAn BeRbiCaRa SoAL KhiTbAh (PeRtUnAnGaN)..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Dup... Dap... Dup... Dap...
Berdebar-debar hati ini saat mencoretkan soal hati...
(^_^)

Dalam meniti usia yang kian merangkak dewasa rasanya tak salah kalau Mr Dean mula berbicara soal hati.. Hal ini bagi sesetengah pihak mengatakan tidak wajar memikirkannya selagimana belum tiba saatnya. Tapi, bohonglah jika langsung tidak terdetik walaupun sedikit perasaan itu dalam hati sanubari setiap insan yang sempurna akal fikirannya.. Hal ini fitrah dan lumrah kita... Huhu... :p

Apa itu 'Khitbah'...?
Khitbah bererti 'peminangan'. Tafsiran lafaz atau perkataan peminangan ini juga dapat dikaitkan dalam adat-istiadat orang Melayu iaitu 'pertunangan'. Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal (ta'aruf) antara satu sama lain sebelum menikah, baik dari segi zahiriah mahupun batiniah.



Dari Mughirah bin Syu'bah berkata; "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda; "Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua." (Hadis Riwayat Nasa'i, Ibn Majah dan Tirmidzi)

1. Jumhur Ulama' berpandangan : Boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat muka dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui tentang kecantikan wanita itu.

2. Ibnu Daud mengatakan : Boleh melihat seluruh anggota.

3. Imam Abu Hanifah berpendapat : Boleh melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.


Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW bersabda; "Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah atau berkahwin, maka lakukanlah!"
Berkata Jabir (perawi hadis ini), "Aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari diri/tubuh badan wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahinya."



Hukum Berkaitan Pertunangan

Imam As-Syafie mengatakan hukum pertunangan adalah 'al-istihbab/sunat' berdasarkan kitab 'Mughni Al-Muhtaj'.


Apabila seorang wanita bersetuju menerima lamaran dari seorang lelaki, maka jatuhlah hukum tunang baginya dan tidak boleh untuk orang lain datang melamarnya lagi berdasarkan hadis dari Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Nasa'i)



Haram hukumnya jika meminang di atas pinangan orang lain. Jika seorang lelaki itu tidak tahu bahawa wanita itu sudah bertunang dan dia datang melamarnya, maka tidak ada dosa baginya melainkan dia mengetahui tentang itu. Namun jika pihak wanita menerima pula tunangan orang lain sedangkan dia dalam tempoh bertunang, maka dosa terletak ke atas tanggungannya.


Adab Dalam Pertunangan

Rasulullah SAW mengingatkan kita;
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkan) perkahwinan."
(Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair ra.)


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-Adawi 'Ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Antara hikmah lain menyembunyikan pertunangan;

1. Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang menentukan).

2. Antara kedua pihak, masih lagi ajnabi maka untuk mengelakkan fitnah dan perbualan umum.

3. Mengelakkan dari niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.

Begitu juga sebagai seorang sahabat yang mengetahui tentang pertunangan sahabatnya yang lain, perlu juga merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan pada orang lain sama ada secara langsung ataupun dalam bentuk kiasan. Pentingnya untuk menjaga kerahsiaan ini, tambahan lagi ia suatu hal yang privasi dalam kehidupan sahabat kita yang telah bertunang.


Begitu juga bagi gambar-gambar yang diambil semasa majlis pertunangan, sekiranya benar-benar ingin menjaga kerahsiaan dalam pertunangan, maka perlu diawasi dari segala aspek sama ada dari sudut diri sendiri, keluarga serta sahabat-sahabat. Sesuatu perkara yang dilakukan atas syariat Islam sememangnya terkandung banyak dugaan dan ujian untuk menguji kekuatan iman kita untuk menanganinya.

Bagi Mr Dean, cukuplah sekadar kita khabarkan pada orang lain yang kita sudah bertunang, tidak perlu rasanya untuk mendedahkan siapa tunangan kita itu. (^_^)


Tempoh Pertunangan

Tempoh masa dalam pertunangan telah disepakati oleh jumhur ulama' iaitu tidak terlalu lama atau panjang masanya. Jumhur ulama' berselisih pandangan dalam menentukan/ mentafsirkan makna 'tempoh panjang' itu. Berapa hari, minggu, bulan, atau tahun??? Maka tempoh itu semua ditentukan berdasarkan urf' (adat) setempat. Bergantung pada keselesaan masing-masing.


Bold
Hikmah Pertunangan

Antara hikmah pertunangan ialah untuk pasangan itu saling kenal-mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Tidak salah untuk berhubung selagimana ia tidak terdorong ke arah maksiat, bahkan harus untuk berhubung untuk kita saling bertanya khabar supaya lebih mendapat ketetapan hati dengan syarat tidak melanggar hukum-hukum dan batas-batas yang digariskan oleh syarak.


Matlamat pertunangan adalah pernikahan, maka hikmah pertunangan ini adalah supaya pasangan itu saling bersedia untuk menerima segala kelebihan dan kelemahan bakal pasangan hidup masing-masing. Jika sudah ada persamaan dan keserasian maka harmonilah rumah tangga yang bakal dibina itu, insya-Allah...


Kalau diikutkan, pertunangan ini sebenarnya sangat mudah pada dasarnya. Cukuplah dengan kata-kata 'penerimaan/persetujuan' pihak wanita apabila pihak lelaki datang melamarnya, maka terikatlah pertunangan. Tidak perlu diadakan majlis besar-besaran. Untuk apa dihebahkan sedangkan belum pasti 'si dia' itu milik kita. Hanya Dia yang menentukan...



Secara kesimpulannya, pertunangan itu adalah salah satu dari syariat Islam. Jika inginkan keharmonian dalam rumah tangga yang bakal dibina... Maka bersederhanalah dalam majlisnya. Usah ada unsur riak atau tabarruj dalam berbelanja..Carilah keredhaan Allah, bukan kemurkaan-Nya... Rahsiakan pertunanganmu kerana dalam pertunangan pelbagai onak dan duri akan ditempuhi sebelum melangkah ke alam perkahwinan pula... (^_^)


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menjadikan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir..."
(Ar-Ruum : 21)

Wallahualam...~


p/s: Ada yang bertanya; "Mr Dean dah bertunang ke?" "Err..rahsiakan pertunangan..." jawab Mr Dean.. Kuikuikui... :p

Selasa, 13 September 2011

"SeBeNaRnYa KaMu HaNyaLaH DiUji..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Zaman dahulu kala, ada tiga orang Bani Israil. Orang pertama berkulit belang (sopak), yang kedua berkepala botak dan yang ketiga buta. Allah ingin menguji ketiga-tiga orang itu dengan mendatangkan seorang malaikat.

Malaikat mendatangi orang yang berpenyakit sopak dan bertanya;
"Apakah yang ingin engkau minta?"

Si Sopak menjawab; "Warna dan kulit yang bagus serta hilangnya dari diri saya sesuatu yang membuatkan orang lain jijik kepada saya."

Lalu malaikat mengusapnya dan seketika itu hilanglah penyakitnya yang menjijikkan itu. Kini dia memiliki warna kulit yang bagus. Kemudian malaikat itu bertanya lagi; "Harta apa yang paling engkau sukai?"

Orang itu menjawab; "Unta!"


Akhirnya orang itu diberikan seekor unta yang bunting seraya didoakan oleh malaikat;
"Semoga Allah memberimu berkah untukmu dengan unta ini."

Kemudian malaikat mendatang si Botak dan bertanyakan hal yang sama;
"Apakah yang ingin engkau minta?

Si Botak menjawab; "Rambut yang indah dan hilangnya dari diri saya penyakit yang kerananya aku dijauhi manusia."

Malaikat pun mengusapnya lalu hilanglah penyakitnya dan diberikan kepadanya rambut yang indah. Malaikat bertanya lagi; "Harta apa yang paling engkau sukai?"

Orang itu menjawab; "Sapi!"


Akhirnya Si Botak diberikan seekor sapi betina yang bunting dan malaikat mendoakannya;
"Semoga Allah memberkahinya untukmu."

Kemudian malaikat mendatangi Si Buta dan bertanya kepadanya; "Apa yang paling engkau sukai?"

Si Buta menjawab; "Allah mengembalikan penglihatan saya sehingga saya boleh melihat manusia."

Malaikat pun mengusapnya sehingga dia boleh melihat semula dan bertanya kepadanya;
"Harta apa yang paling engkau sukai?"

Orang itu menjawab; "Kambing!"


Akhirnya diberikan seekor kambing yang bunting kepadanya dan malaikat turut mendoakannya sama seperti Si Sopak dan Si Botak.


Disingkatkan cerita setelah sekian lama, haiwan-haiwan ternakan mereka berkembang biak dengan baik. Si Sopak mempunyai satu lembah unta, Si Botak mempunyai satu lembah sapi dan Si Buta pula mempunyai satu lembah kambing.

Kemudian malaikat yang sama datang kepada mereka dengan wajah yang berbeza. Malaikat mendatangi Si Sopak dan berkata; "Aku seorang musafir yang miskin dan terputus bekalan dan kini aku memerlukan pertolongan Allah dan pertolongan kamu. Saya memohon kepada kamu yang telah diberikan oleh Allah warna kulit yang cantik dan harta yang banyak supaya memberikan seekor unta sahaja yang dapat menghantarkanku pulang dalam perjalanan ini."


Si Sopak menjawab; "Hak-hak orang masih banyak."

Malaikat bertanya kepadanya; "Saya seperti kenal kamu. Bukankah kamu dahulu seorang yang berpenyakit sopak dan dijauhi manusia kerana penyakit jijikmu itu dan kamu juga merupakan seorang yang fakir dan miskin?"

Dengan angkuhnya Si Sopak itu menjawab; "Aku mewarisi harta ini daripada orang-orang tuaku!"

Maka malaikat berkata kepadanya; "Jika benar kamu berdusta, Allah akan mengembalikan kepadamu seperti keadaan yang asal."



Setelah itu, dengan rupa seperti seorang yang susah dan miskin, malaikat itu pergi berjumpa dengan Si Botak. Malaikat berkata kepada Si Botak hal yang sama seperti Si Sopak. Ternyata Si Botak turut memberi jawapan yang sama seperti Si Sopak.

Maka malaikat pun berkata kepadanya; "Jika benar kamu berdusta, Allah akan mengembalikan kepadamu seperti keadaan yang asal."



Kemudian malaikat mendatangi pula Si Buta dengan rupa yang miskin dan susah lalu berkata kepadanya; "Saya seorang yang miskin dan Ibn' Sabil yang telah kehabisan bekalan dan ingin meneruskan perjalanan, hanya kepada Allah sahaja tempat untukku meminta pertolongan dan juga hanya kepada tuan juga saya memohon bantuan. Saya memohon kepada tuan yang telah Allah mengembalikan kepadamu penglihatan supaya memberikan kepadaku seekor kambing sahaja supaya dapat untuk saya meneruskan perjalanan ini."

Maka Si Buta berkata; "Dahulu saya seorang yang buta dan Allah telah mengembalikan penglihatan saya. Maka ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkanlah apa yang kamu tidak suka. Demi Allah saya tidak keberatan untuk memberikan kepadamu dengan apa yang kamu ambil kerana Allah."


Lalu malaikat berkata kepadanya; "Jagalah harta kekayaanmu. Sebenarnya kamu hanyalah diuji dan Allah telah redha kepadamu dan murka kepada dua orang sahabatmu."


Demikianlah kisahnya, Allah sentiasa menguji hamba-hamba-Nya sama ada ketika susah mahupun senang. Dalam kisah di atas, ada dua perkara yang menjadi ujian iaitu kesihatan dan harta. Mudah-mudahan kita adalah dalam golongan yang lulus ujian daripada-Nya sama seperti Si Buta. Jika kita ingin menjadi seperti Si Buta, maka kita haruslah berusaha menjadi orang-orang yang bersyukur dan sentiasa merasakan adanya pengawasan Allah dalam diri kita (muroqobatullah).

Wallahualam...


p/s: "Orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan mereka berkata; "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami akan dikembalikan." Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayah-Nya..." (Al-Baqarah: 156-157)

Rabu, 3 Ogos 2011

"SiApA YaNg KaMu SeDaNg RiNdU..?"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


"Hari yang penuh emosi bagi Mr Dean setelah membaca kisah-kisah di bawah ini...
Allahurabbi.. Dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma, kita seringkali alpa dengan pengorbanan para pejuang agama Allah yang terdahulu.. Mr Dean harap, pembaca semua dapat merenungkan kisah-kisah ini..." :'(

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan…, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah dilantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…


Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati diseksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang dipancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...



Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...


Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, mereka baru belajar erti rindu.



Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!



Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
”Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....



Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.



Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”


Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! “

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…



Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..



Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.



Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesungguhnya, dalam kedamaian sahur dan kemeriahan berbuka puasa serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah.. :'(



p/s: Mr Dean menyeru agar semua pembaca dapat bersama bermuahasabah diri.. Layakkah kita mendapat tempat di Syurga atas pengorbanan kita yang tak setanding mereka...??? Allahurabbi... :'(

Jumaat, 27 Mei 2011

"TaNmiYaTuL Ma'RiFaH..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."








Baru-baru ini Mr Dean telah menerima jemputan daripada Kelab Anak-Anak Utara KIPSAS untuk mengikuti program Tanmiyatul Ma'rifah di SMA Darussaadah, Jitra, Kedah..

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu melibatkan hampir semua para pelajar dari tingkatan 3 hingga 5.. Saya yang terlalu excited hendak ke sana terus menerima jemputan itu bagi mewakili MPP KIPSAS! He..he..



Perjalanan kali ini, saya memilih untuk menaiki kereta api dari KL Sentral dan bertolak pada hari Selasa (03/05/11) pada jam 9.15 malam. Berada dalam kereta api sendirian cukup membosankan! Tambahan lagi dengan keadaan yang sejuk membuatkan saya tidak lena untuk tidur dan sering berulang-alik dari kepala kereta api hingga ke ekornya.. Haha!






(Stesen Kereta Api Alor Setar, Kedah)



Mr Dean tiba di Stesen Kereta Api Alor Setar tepat jam 7.10 pagi dan dari situ saya bertolak terus ke rumah Pengarah Program Tanmiyatul Ma'rifah, Mozaid dengan menaiki kereta Setiausaha Program, Farhani..



(Tu dia orang Penang bawa kereta kecut perut cheq no.. Huhu..~)



(Tu dia.. Kiri kanan bendang no.... Huhu..~)







(Merata orang Penang ni bawa cheq pi 'berjalan', hehe..)


Pada waktu malam, kami bermusyawarah bagi membincangkan agenda-agenda program..








(Hampir jam 1.00 pagi juga baru selesai, huhu..~)




Esoknya (05 Mei 2011), pagi lagi saya sudah bersiap.. Melihat sahabat yang lain masih 'syahid', saya pun keluar bersiar-siar melihat kawasan sawah padi sambil menunggu matahari terbit, huhu.. Subhanallah! Cantik sungguh pemandangan!



(Awat la lagu tu Mr Dean oii.. Hihi..~)









(All praises to Allah..~ So amazing!)



Banyak lagi gambar dan cerita yang hendak dikongsi sebenarnya tetapi memandangkan Mr Dean ini agak 'rajin' juga orangnya maka setakat itu sajalah ya, he..he..~ Lagipun kalau cheq tulis panjang-panjang pun, hampa bukannya baca sangat pun.. Huhu..~




Ok, sekarang malas nak cerita panjang.. Kita lihat pula gambar-gambar sepanjang program berjalan di sana..




(Inilah antara sebahagian peserta-pesertanya..)




(Masa ni sambil tunggu azan Maghrib, cheq pi tengok matahari terbenam.. Subhanallah!!!)




(Antara ahli kumpulan lelaki Mr Dean)



(Ini anak-anak buah cheq yang perempuan.. Kot siapa2 yang dah berkenan habaq mai la kat cheq! Ha..ha..!)







(Time ni depa kena denda pasal lambat bergerak! He..he..)



(Mr Dean di hadapan Istana Anak Bukit)



(Bersama Ayiey.. Pi rumah dia cheq pekena mempelam cicah kuah rojak.. Perghh..!! Tu dia..!!!)




(Bergambar sebelum bertolak pulang)



Alhamdulillah, masa hendak pulang ke Kuala Lumpur saya dipelawa untuk menumpang van KIPSAS. Fuh! Save budget den, haha! Terima kasih buat Abang Sani atas kesudian menumpang saya sehingga ke rumah, huhu..~


Masa dalam perjalanan, kami singgah di RnR Tapah atas pelawaan Syafika yang mengajak kami berhenti rehat di gerai buah ayahnya. Kenyang kami malam itu makan buah saja! Hehe..



Sudahlah makan pun free, dapat 'buah tangan' lagi tu untuk bawa balik rumah! Terima kasih sangat-sangat Ika! Huhu..



Setelah menempuh perjalanan hampir 10 jam, akhirnya saya sampai ke rumah tepat jam 7.30 pagi. Tapi sebelum itu sempat juga membelanja Abang Sani dan kawan-kawan MPP lain bersarapan di Taman Melati, hehe.. Bukan apa, kesian kat depa hantar cheq sampai ke rumah, huhu..~



(Anak-anak buah Mr Dean.. Hampa semua jangan lupa cheq no.. Hehe..)


Semoga program Tanmiyatul Ma'rifah ini dapat memberi seribu satu manfaat buat para peserta dan dalam kalangan fasilitator juga.. Sungguh! Saya sangat seronok ke bumi 'Tanah Bendang' ini dan saya teruja sekiranya dapat ke sini lagi, huhu..~



Terima kasih kepada AJK-AJK Kelab Anak-Anak Utara yang sudi menjemput saya untuk turut serta! Sangat terharu.. :')



Wallahualam...



(p/s: Cheq rasa pi sana banyak berjalan ja.. Seronok sangat! Orang-orang Utara, satgi bila padi masak jangan lupa ajak cheq no.. Hehehe..~)