Selasa, 19 Februari 2013

"TiPs BuAt SuAmi IsTeRi YaNg SuKa BeRgAdUh..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam...~"

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.


Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagikan dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak (jangan lupa anak mereka tiga orang). Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua!

-Gambar di atas sekadar hiasan-
Credit for: http://abunuha.wordpress.com/tag/menumbok/

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun. Apabila Allah mengizinkan penceraian mereka, Allah akan memberikan tambahan satu anak. Jadi, mereka akan mempunyai 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

"Sesungguhnya, ulama' itu pewaris Nabi..." -At-Tirmidzi-

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

"Siapa tak suka kalau dapat anak kan?? He..he.."

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya :
"Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?". 

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, 
maka gugurlah dosa-dosa mereka melalui celahan jari-jemari mereka." -Hadis-

Sang Suami lalu menjawab : 
"Allah Maha Pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi. Jadi kami memutuskan untuk tidak bercerai". 

"Bagaimana Allah memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak. Anak kembar!!"

"Kita merancang, Allah juga merancang..
Dan Allah sebaik-baik Perancang!" -Al Imran : 54-

Moral of the story : 

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Jangan bila kaki tangan dah naik, baru hendak menyesal.

2. Mampu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW menekankan 'laa taghdhab' (jangan marah) kepada sahabatnya. 

3. Kisah di atas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan atau hadiah yang akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya. 

"Bila suami isteri saling bermaafan sangat sweet..." (^_^)

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran itu seperti api. Ketika kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan.

5. Untuk mengelakkan berlakunya penceraian, buatlah anak sekerap yang mungkin.! Kah.. Kah.. Kah!!
Ok, yang ini aku tambah. Err.. Tapi tak mustahil kan..? Kiki... :P

"Selamat Berbahagia Hingga Ke Syurga..." (^__^)

Wallahu'alam..

p/s: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu rasa cenderung dan tenteram kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir..." -Surah Ar Rum : 21-

Ahad, 10 Februari 2013

"SeTaHuN SuDaH BeRLaLu...~"


"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam

Tanpa kusedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri...~

Gambar sekadar hiasan.. :P

He..he.. Sengaja Mr Dean mulakan entri kali ini dengan lirik lagu kumpulan 'Alleycats' di atas. Antara sebabnya adalah kerana sudah setahun Mr Dean tak 'update' blog, hu..hu.. Kali terakhir Mr Dean 'update' blog adalah pada bulan Februari tahun lepas, so memang kenalah lirik lagu di atas. Cumanya bait-bait akhir lirik di atas tiada kaitan dengan Mr Dean melainkan hanyalah untuk penambah seri saja... (buuweeekkk) :P

Okay, let we go..!!!

Sebenarnya, pada tahun ini Mr Dean berazam untuk sentiasa 'update' blog ini untuk tatapan umum.. (tahun lepas pun azam macam ni juga.. ptuuiihh..huhu..) Untuk entri kali ini, Mr Dean sekadar nak menulis santai-santai saja.. Yelah, baru nak 'warming up'..dah setahun 'tidur'.. Hu..hu...

Mr Dean nak berceloteh sikit tentang mana datangnya asal-usul nama 'Mr Dean' ni?? Aaa....haha!!
Kadang-kadang tu rasa macam nak saja lempang laju-laju orang yang panggil Mr Dean ni dengan 'Mr Bean'! Huh!!!

Sebenarnya, 'Mr Dean' ini ada maksud disebaliknya..
"Apa korang ingat suka-suka hati je aku guna nama ni?? Ptuuiihhh..~"

'Mr Dean' is stand for :-
M : Muhammad
R : Rafie
Dean : Din

See... Itulah makna nama Mr Dean... Atau senang kata Mr Dean itu adalah singkatan nama bagi Muhammad Rafieudin iaitu nama rasmi Mr Dean.. Huhu...

So.. Lepas ni kalau ada lagi makhluk yang panggil Mr Dean ni Mr Bean....................
"Aku kunyah-kunyah kau macam makan kacang!!"

Oraitt!! Cukup sekadar itu untuk perkongsian kali ini, berjumpa lagi dalam tulisan yang akan datang!!
"Citt! Poyo je.. macam la ada orang nak tunggu sangat tulisan kau ni... Huhu.."

Salam hormat dari Mr Dean, semoga bahagia bersama keluarga tercinta... Tataaaa....!!!

Wassalam...

p/s : Dalam setahun ni, sangat banyak peristiwa yang kulalui.. Pahit manis, masam masin, tawar pedas semua aku lalui.. Tetapi belum sempat atau mungkin takkan sempat tuk aku coretkan dalam blog ini.. Kerna sesungguhnya, aku ini seorang yang 'pemalas' update blog.. Kikiki.. :p