Ahad, 27 September 2009

Love....

Love is like a friendship caught on fire
In the beginning a flame, very pretty..
Often hot and fierce...

But still only light and flickering,
As love grows older..
Our heart mature,
And our love becomes as coals..

Deep-burning and unquenchable.......

"love you so much..!

2 ulasan:

Redz91 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Redz91 berkata...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum,

Pengertian cinta menurut Imam al-Ghazali :
-Kecenderungan membawa perasaan yang menyenangkan
-Tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai

Ibnu Qayyim al-Jauziyah pula berpendapat :
-Cinta merupakan sesuatu yg suci,tenang,mengasyikkan dan utuh
-Perasaan yg muncul apabila rindu orang yang dicintai

Sabda Rasulullah SAW:
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. HATI pula boleh berzina dgn MERINDUI, mengingati dan membayangi si dia
(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)

Firman Allah dlm Surah Al-Israa' ayat 32 :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

Cinta boleh dibahagi kpd dua, iaitu cinta sebelum berkahwin & cinta selepas berkahwin.

Cinta sebelum berkahwin adalah tidak digalakkan dlm Islam kerana boleh menjerumuskan ke lembah maksiat di samping melalaikan dan boleh mengundang kemurkaanNya. Hal ini kerana, apabila bercinta, sudah pastilah akan wujud rasa rindu(di dlm hati) kpd si dia dan secara tidak langsung ZINA HATI telahpun berlaku(sila rujuk hadis diatas).

Manakala cinta selepas pernikahan(perkahwinan) adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.Cinta selepas perkahwinan adalah Cinta yang DIREDHAI yang bakal menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Firman Allah dlm Surah Ar-Ruum ayat 21 :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

Oleh yg demikian, ana ingin berpesan kpd akhi dan juga diri ana sendiri,JANGANLAH hanyut dalam ilusi cinta palsu, yakni cinta sebelum mempunyai hubungan yg sah kerana ia bakal mengundang kemurkaanNya.Janganlah kamu mencintai orang yg tidak sah bagimu.Sebaliknya,cukuplah sekadar anda BERSAHABAT dengannya(dgn syarat menjaga segala batasan).Apabila anda sudah diijabkabulkan nanti, ubahlah PERSAHABATAN anda td kpd PERCINTAAN (sesama suami isteri).Islam mengiktiraf perasaan cinta kerana ia merupakan fitrah manusia.Namun, rasa cinta itu haruslah bertepatan dengan syariat Islam.Buat masa ini, luahkanlah rasa cinta kpd PENCIPTA kita dan RASULNYA.

Untuk pembacaan lebih lanjut,Sila rujuk :
http://pais-smktm.blogspot.com/2009/08/berbicara-mengenai-rindu-dan-cinta.html
http://permatainn.blogspot.com/2009/09/kita-kata-kita-cinta-allah-dan-rasulnya.html
dan
http://permatainn.blogspot.com/2009/10/aku-cinta-kamu-bukan-cinta-biasa-2.html

Sekian,
Wallahu'alam