Jumaat, 4 Jun 2010

"DuNiA KoSmO...!!!"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Rabu minggu lepas (26/05/10), saya dan sahabat-sahabat ke Cosmo's World, Times Square...
Antara yang pergi ialah Redzuan, Safwan, Kamil, Niyanta dan Idham..
Cadangan awal bertolak 10 pagi, tapi biasalah 'janji Melayu' maka bertolak jam 11.. Hehe..

Sengaja kali ini saya terbitkan entri ini untuk mengabadikan memori kami di sana...
Sepatutnya entri ini sudah lama saya terbitkan, tapi disebabkan masalah 'line beruk band' yang kurang memuaskan, maka baru sekarang dapat diterbitkan.. Huhu~

Inilah antara gambar yang sempat kami rakamkan...

Dari kiri: Redzuan, Idham, Kamil, Rafie & Safwan

Idham & Kamil


Dari kiri: Redzuan, Idham, Kamil, Niyanta & Rafie

Foto saya memandu 'Bumper Car'
(Maaf foto tak jelas, jurufoto tak berpengalaman, hehe)

Redzuan, Safwan & Kamil
(Dalam 'Cawan Pusing', hehe~)



Saya di atas 'Kuda Pusing', hehe~

Idham dalam 'Bulat Pusing', haha!

Safwan dengan muka selambanya, hehe~

Idham & Niyanta (White & Black, haha!)

Dalam 'Jam Car'..hehe~

Dalam 'Mini Kereta Api'


Dalam 'Roller Costle'
(Sebelum berlepas dan berteriak, haha!)

Saya & Safwan bersama 'Popo', hehe~


Kami pulang dalam jam 5 petang selepas solat Asar...
Saya dan Idham balik dengan motor, yang lain dengan LRT...
Tapi terkandas kerana kesesakan yang amat sangat kerana pulang waktu orang balik kerja, salah 'time', haha! Saya sampai ke rumah tepat waktu azan Maghrib berkumandang..
Mereka yang menaiki LRT sampai ke rumah jam 9 malam, sedih~ huhu..

p/s: Semoga ukhwah antara kami sentiasa berkekalan tanpa berkesudahan...
Insya-Allah... (^_^)

8 ulasan:

*Laut China Selatan* berkata...

wahhh. bes nye. jeles nih! :)

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid berkata...

haha! memang bestnya!
rugi kau x pergi sekali..haha!
:-p

Redz91 berkata...

Salam,
"Cadangan awal bertolak 10 pagi, tapi biasalah 'janji Melayu' maka bertolak jam 11"
- Siapa yg dtg lambat sebenarnya ni ?sampai berjanggut aku tunggu korang smua...

Time nak balik tu, Stesen LRT Dang Wangi menghadapi masalah teknikal(tayar LRT pancit kot,haha), menyebabkan seluruh sistem operasi LRT tertangguh.
Kami terpaksa berjalan kaki ke KLCC dan alhamdulillah, sempat menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah di Masjid As-Syakirin, KLCC.
Terlanjur di KLCC, sempat kami (saya,safwan dan niyanta) bergambar di perkarangan KLCC (yela...bukannya selalu dtg KLCC malam-malam)
Jadi kesimpulannya, semua perkara yg berlaku, ada hikmahnya...hehe

Rafi, len kali kita g naik keta jelah....

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid berkata...

W'salam...
Hehe.. no comment about that..huhu~

Yup! Betul tu, pasti ada hikmah-Nya!
Mengenai naik kereta tu, nantilah biar aku fikir dan buat istikharah dulu..haha!
(^_^)

NurTruth berkata...

kenapa nak wat istikarah?

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid berkata...

hehe..
yela, abg rafi nak cari keputusan yg terbaik sama ada perlu atau tidak untuk bawak kereta tu..huhu~
Kan kita disarankan beristikharah kalau x tahu nak buat keputusan yg terbaik.. (^_^)

Siti Athirah binti Hasanul basori berkata...

salam,
ana pernah sampai kat theme park tu..mmg seronok bila dapat bercuti,main2 ngan kengkawan..tapi yang tak bestnya,pelbagai ragam manusia yang kitaorang jumpa..:(

Mr Dean berkata...

wassalam..
itu lumrah la tu..
maan2 tempat pun pasti ada pelbagai ragam manusia..
(^_^)