Ahad, 22 Ogos 2010

"Ya ALLaH! AkU YaNg BeRsALaH!!!"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Suatu hari sebuah bot telah karam nun ditengah lautan, habis semua penumpangnya mati melainkan seorang lelaki sahaja yang terselamat kerana dia berjaya berpaut pada sekeping papan...

Dengan jiwa yg kental maka berenanglah si lelaki itu dengan papannya sehingga sampai ke sebuah pulau.

Tapi alangkah sedih dan pilunya lelaki itu kerana pulau itu...nun jauh dan tidak dapat dilihat oleh orang lain yang lalu di sekitar laut itu...


Maka dengan sedih lelaki itu masuklah ke dalam hutan kecil pulau dan mencari kayu untuk dibina pondok kecil yang tidak seberapa..

Maka di atas pondok itulah setiap hari, tidak kira siang dan malam bermunajatlah pemuda itu kepada Allah agar dirinya diselamatkan,
merintih dan merayu dia dengan penuh kekhusyukan...mengharap pertolongan Allah.

Suatu pagi di hari ketiga lelaki tersebut di pulau itu, dia masuk ke dalam hutan kecil untuk mencari makanan...tiba-tiba dilihatnya api menjulang tinggi..
Berlarilah dia dengan laju kerana pondoknya telah terbakar...apabila sampai dilihatnya pondoknya habis menjadi debu....


Maka di dalam keadaan yang amat kecewa keluarlah kata-kata yang tidak sepatutnya dari bibirnya...
"Wahai Tuhan inikah balasan-Mu apabila aku bermohon kepada MU??? Tidakkah engkau tahu hanya pondok inilah sahaja yang aku ada untuk aku beristirehat, inipun engkau mahu mengambilnya dari aku? Engkau langsung tidak kasih padaku Tuhan!!! Jerit lelaki itu dengan kuat, meluahkan rasa marahnya kepada Allah...


Tiba-tiba tanpa diduga dia didatangi oleh sebuah bot peronda polis dan terdengar laungan... "Adakah sesiapa di sini?" Segeralah lelaki itu berlari ke arah mereka, dia kehairanan...lalu bertanya lelaki itu kepada polis peronda tersebut, "Bagaimana encik tahu di sini ada orang???"

Jawab polis itu... "Tadi kami nampak api dan asap berkepul- kepul dari pulau ini...sebab itu kami ke sini..."


Ya Allah...terduduk lelaki itu...memandang pasir bahkan terasa berat mahu diangkat mukanya,
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha Mendengar, Ya Allah... Ampunkan aku Ya Allah... Sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima nikmat dari-Mu.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Menangis berlinangan lelaki tersebut di atas sangkaan buruknya pada Allah...


Moral: Ingatlah sahabat, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah tidak akan menganiayai hamba-Nya... Bersangka baiklah pada Allah...

p/s: "Maka nikmat Tuhan yang manakah ingin kau dustakan???"

2 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Rafie.

Allah berfirman :"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). (al-Anbiya' [21] : 37)

Sifat manusia bila terjadi sesuatu yang menyusahkan cepat-cepat menuduh Allah tak adil pada hal itulah yang sebenarnya hikmah di sebalik musibah.

"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah [2 ]: 216)

Selamat berpuasa.

Mr Dean berkata...

W'salam Mak Cik..

Ya..itulah manusia..
Kita sendiri pun kadang terlepas kata,
"Mengapa begini..tidak begitu.."
"Kalaulah...pasti...."
Kata2 ini juga menunjukkan kita tidak redha dengan ketentuan-Nya..
Moga Allah lindungi kita dari perkataan yang sia-sia..

Selamat Berpuasa juga..
(^_^)