Sabtu, 11 September 2010

"SaLaM LeBaRaN.. MiNaL AiDiN WaL FaiDziN..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Assalamualaikum...
Dikesempatan 3 Syawal 1431H ini, rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan;
"SaLaM AiDiLfiTri.. MaaF ZaHiR dan BaTiN..." buat semua pelawat-pelawat blog saya yang dhaif ini... Mohon seribu kemaafan andai selama saya menulis di blog ini ada yang terguris hati atau terasa hati dengan kata-kata penulisan saya.. Maklum sajalah, saya hanyalah insan biasa, he..he..

Moga segala amalan kita di Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT dan moga kita mampu meneruskan amalan-amalan yang mulia itu di hari-hari yang mendatang...

Dalam Lebaran ini, marilah bersama kita menyambutnya dengan keriangan dalam penuh kesyukuran kepada Illahi...
Dan dalam kemeriahan kita bergembira, usah dilupakan saudara kita yang lain yang tidak senasib dengan kita dan masih berduka... Kongsilah kegembiraan bersama mereka dengan menghulurkan bantuan semampunya... Sungguh! Allah SWT memuliakan orang-orang yang memuliakan saudara seakidahnya!

Bagi keluarga saya, pada tahun ini kami sepakat memilih tema raya warna hijau! He..he..

(Gambar diambil guna 'handphone' saja, hehe~)

Pada tahun ini, kami sekeluarga hanya beraya di Kuala Lumpur.. Saya dan ayah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau As-Sakinah, surau di bawah rumah saya...

(Ustaz Hj Faizal, Khatib Aidilfitri)

Usai solat sunat Aidilfitri di pagi 1 Syawal, setelah selesai kami bersalaman dan saling bermaafan, tempat pertama yang kami ziarah ialah di 'Photo Zoom' Taman Melawati, ambil gambar keluarga! Hu..hu.. Tapi gambar itu hanya boleh diambil selepas 10 hari..


(My Lovely; Ibu & Ayah)

(Ampunkan Rafie, Ibu... Huhu~)

Setelah selesai bergambar, kami sekeluarga ke rumah saudara yang terdekat..

(Pemanduan yang berhemah di pagi raya, hehe~)

Lebaran kali ini jatuh pada hari Jumaat, maka bagi Muslimin khutbah ada dua kali untuk 1 Syawal 1431H tahun ini... Selepas solat Jumaat, kepenatan melanda diri setelah mengunjungi rumah jiran-jiran terdekat dan akhirnya saya tertidur kepenatan.. Itulah rentetan peristiwa yang terjadi pada hari Lebaran yang pertama buat saya, he..he..

Sebelum saya berhenti menulis, saya dengan berbesar hati menjemput anda semua yang mempunyai kelapangan ke majlis 'Rumah Terbuka' saya pada 15hb September 2010 bersamaan 06 Syawal 1431H hari Rabu.. Sekiranya anda tidak tahu alamat rumah saya tetapi berhajat hendak menziarahi saya, sila hantar email anda ke rafiezainal@yahoo.com...
Insya-Allah, moga ukhwah antara kita berkekalan hendaknya...

Dari Abu Hurairah ra: Rasulullah saw bersabda;
"Hak seorang Muslim terhadap saudara Muslimnya yang lain ada 5 iaitu;
menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, MENYAHUT UNDANGAN (datang ke jemputan majlis), menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kuburan.."
-Hadis Riwayat Muslim-

(Si Baju Hijau.. Hehe~)

Sekali lagi saya dan keluarga memohon seribu kemaafan atas segala jenis kekhilafan yang mungkin ada secara sedar mahupun tidak... Semoga Lebaran kali ini memberi seribu makna keinsafan dan kegembiraan buat kita bersama... Insya-Allah..

Wallahualam...~

p/s:
Entri kali ini mengenai saya dan keluarga.. Sekadar berkongsi kisah dalam blog peribadi... (^_^)

Tiada ulasan: