Sabtu, 25 Disember 2010

"BeRsAmA ULaMa' NuSaNtArA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk saya menulis di pagi Ahad yang tenang ini.. Ehm..sudah lama juga diri ini tidak menulis..bukan dek kerana kekangan masa, tapi lebih kepada 'malas' hendak menaip.. Hu..hu.. (^_^)


Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah yang bermakna buat diri ini..
Hari Selasa yang lepas (21/12/2010), tempat saya menuntut ilmu dikunjungi oleh seorang Ulama' Nusantara yang mempunyai anak murid yang ramai di Timur Tengah iaitu Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

(Para jemaah menyambut kedatangan Ulama')


Pada awalnya, saya memang tidak tahu siapakah beliau kerana saya memang jarang menyelidiki tentang Ulama'-ulama' ini.. He..he.. Tapi setelah berjumpa dengannya saya kini lebih tertarik untuk mengenali Ulama'-ulama' dunia dengan lebih lagi! Insya-Allah..~


Kehadirannya ke tempat kami telah menarik hampir seribu orang jemaah(anggaran saya)! Saya yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mengenalinya telah 'menyelinap' di celahan orang ramai dan akhirnya dapat solat Maghrib selang tiga saf dibelakangnya.. Hu..hu..

(Jemaah khusyuk mendengar ceramah)


Tajuk ceramahnya cukup mudah! Hanya mengupas mengenai pengertian 'Huwa (bagi lelaki) wa Hiya (bagi perempuan) yang sentiasa berada dalam kebersamaan' dan hati saya begitu tersentuh mendengar tegurannya mengenai adab berada di dalam majlis ilmu dan dalam 'Rumah Allah'! Tiap-tiap bait ayatnya cukup berkesan menggetarkan jiwa ini.. Allahuakbar...~
Amatlah rugi buat pelajar-pelajar di tempat saya yang keberatan untuk bersama di dalam majlis itu.. :'(

(Gaya Syeikh Nuruddin ketika menyampaikan ceramahnya)


Suatu hal yang pasti tidak akan dilupakan saya ialah saat ingin menunaikan solat Isyak.. Sewaktu Bilal melaungkan iqamah, sebahagian jemaah berundur ke belakang kerana sewaktu ceramah mereka duduk terlalu rapat sehingga melebihi sejadah Imam.


Saya yang bangun agak lewat sedikit terkejut kerana tempat yang saya duduk itu betul-betul di atas sejadah Bilal! Saya lihat ke belakang, saf sudah penuh! Jadi saya pun mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari situ! Hu..hu..


Tanpa saya jangka, Sheikh Nuruddin berdiri di sebelah kanan saya untuk solat berjemaah dan salah seorang anak muridnya di sebelah kiri saya! Subhanallah!~ Kemudian saya lihat Bilal di hadapan yang telah selesai iqamah terpaksa mencari pintu keluar dan berlari ke saf belakang.. Maaf sangat-sangat..peluang ada di hadapan mata tidak akan saya lepaskan! He..he..

(Para jemaah berebut-rebut untuk bersalam dengannya)


Kebetulan malam itu saya mengenakan jubah hitam dan berkopiah putih, sama pula seperti pakaian Imam..jadi jemaah lain dan mungkin Syeikh Nuruddin itu sendiri pasti menyangka saya adalah seorang Imam di masjid itu! Hu..hu.. (^_^)

(Kalau diikutkan, saya bukannya AJK Makanan..tapi sengaja guna kesempatan untuk menyedok nasi untuk Syeikh.. Alang-alang boleh tengok cara dia makan sekali, huhu~)


Pengalaman berjemaah di sebelah Ulama' terkemuka dunia itu cukup menggembirakan hati ini dan yang paling menarik Sheikh itu membuka kain serbannya lalu dibentangkan menjadi sejadahnya dan beliau memberi saya sedikit ruang untuk sujud bersama di atas kainnya itu! Allahuakbar! Harum sungguh kain serbannya itu! :')

(Pen yang digunakan itu adalah pen saya, walaupun murah tapi saya akan menyimpannya sebab Syeikh Nuruddin pernah menggunakannya, hehe)


Usai solat, saya mengambil kesempatan berulang kali untuk bersalaman dan memeluk beliau! Bukan mudah hendak berjumpa dengan tokoh Ulama' sebegini...

(Dato' Hashim, Presiden KIPSAS memberikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Syeikh Nuruddin dan diapit oleh Ustaz Halim, pensyarah KIPSAS)


Moga dengan sedikit keberkatan daripadanya dapat mengubah diri ini untuk lebih mencintai ilmu di dunia dan lebih-lebih lagi mengenai ilmu akhirat..~

Alhamdulillah...~

(Sweet memory...)

p/s: Harap sangat dapat berjumpa dengan Ulama'-ulama' yang lain pula selepas ini.. Satu pengalaman yang begitu berharga buat diri ini... (^_^)
-Mr Dean-

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Rafi,

Alhamdulillah, beruntunglah akhi dapat bertemu ulama' tersohor dunia...
Mudah-mudahan ilmu yang akhi dapat daripada ulama' tersebut dapat dikongsikan bersama kami yang jarang-jarang mendapat peluang keemasan seperti sedemikian...insyaAllah

Mr Dean berkata...

W'salam..

Alhamdulillah, tanpa dirancang..semuanya dalam ketentuan-Nya.. :)
Insya-Allah, sy suka berkongsi ilmu-ilmu sebegini.. sebagai saham di sana kelak! insya-Allah..
Syukran atas komennya..
(^_^)

Tanpa Nama berkata...

alhmdulillah...saudara berpeluang berjumpa dan bertentang mata dgn sheikh Nuruddin.buat pengetahuan saudara Sheikh Nuruddin setiap bulan dtg ke tempat saya untuk mengajar ilmu di masjid as salam bkt sentosa.