Rabu, 29 September 2010

"KePeNaTaN DaLaM KeGeMbiRaaN..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Pada 24~26 yang baru sahaja berlalu, saya telah mengikuti program 'Kem Bina Insan' anjuran Jabatan Perniagaan KIPSAS di SMA Al-Basriah, Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.
Saya sebagai wakil dari Jabatan Syariah & Undang-Undang telah diberi mandat untuk menjadi fasilitator dalam program itu.

Program yang melibatkan para pelajar tingkatan 1 & 2 sekolah itu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.

(Sewaktu hendak bertolak)

(Aina, Izzatul, Ain & Munirah)

(Hairi, Ikbal & Kakak Fasi, Zuliana)

(Ahli2 Kumpulan 'Islamic Banking di bawah pengawasan saya)

(Sewaktu sesi LDK berlangsung)

(Persembahan hasil kerja dari kumpulan kami)

(Sewaktu Tazkirah Subuh)



(Gotong-Royong membersihkan kawasan sekolah)

Kumpulan kami diamanahkan untuk membersihkan kawasan surau dan persekitarannya. Gambar di atas diambil sewaktu saya sedang tekun membersihkan karpet, huhu...~




Gambar di atas sewaktu saya sedang memotong rumput selepas tugas di surau diserahkan sepenuhnya kepada adik-adik peserta, hehe.. Pengalaman pertama menggunakan mesin rumput, memang agak janggal juga, huhu...~

(Peserta2 perempuan yang begitu komited)
(Peserta2 lelaki yang sangat ramah dengan saya)

(Barisan anak buah saya)

(Sewaktu senaman pagi)

(Majlis Penutup)


(Para peserta menyanyikan lagu tema program,
"Demi Matahari")



Kenangan terakhir bersama kumpulan kami :'(

(Para peserta bergambar bersama AJK2 program & Pensyarah2 pengiring)

Allah Maha Kuasa... Kami merancang untuk bertolak pulang pada jam 3 petang, namun tiba-tiba salah satu pintu penyimpan barang di bahagian bawah bas tercabut dan kami terkandas sehingga hampir jam 5.30 petang baru kami mula bertolak...

Sementara menunggu pemandu bas dan pembantunya membaiki pintu itu, adik-adik peserta program tidak melepaskan kesempatan itu untuk bergambar kenang-kenangan lagi dengan kami, huhu...~






(Ragam AJK2 program yang kepenatan, he..he)

(Lambaian terakhir, hu..hu)

(Lambaian terakhir dari para peserta)


Kami sampai ke kolej tepat jam 7.55 malam... Perjalanan yang jauh dan memenatkan itu meninggalkan seribu kenangan manis kami di sana.. Saya cukup seronok dalam program itu..

Namun kepenatan saya tidak berakhir di situ sahaja. Pada malam yang sama, Jabatan Syariah & Undang-Undang tahun 2 akan bertolak ke Istana Kehakiman, Putrajaya untuk mengadakan lawatan di sana.. Saya adalah salah seorang nama yang terpilih dan sukar untuk saya melepaskan peluang yang jarang didapati itu!

Perjalanan yang dirancang bermula jam 12 tengah malam itu membuatkan saya tidak cukup waktu untuk berehat.. Kisah pengalaman saya ke sana akan saya masukkan di entri yang lain, insya-Allah...

p/s: Kenangan di SMA Al-Basriah telah menggamit memori saya ketika melakukan program yang sama di SMA Al-Wosto di Temerloh pada bulan yang lalu... Semoga segala ilmu yang saya sampaikan dapat dimanfaatkan oleh adik-adik peserta dengan baik.. Ameen Ya Rabb... (^_^)

Jumaat, 17 September 2010

"MaJLiS RaMaH MeSrA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Hari Rabu, 15hb September 2010 bersamaan 06 Syawal 1431H yang baru berlalu, keluarga saya telah mengadakan 'Majlis Jamuan Raya' atau biasanya disebut 'Open House' ... Sudah menjadi kebiasaan bagi saya sekeluarga mengadakan majlis sebegini pada setiap tahun di musim perayaan Aidilfitri..

Majlis yang bermula selepas solat Zohor dimulakan dengan bacaan 'Doa Selamat' oleh Imam Surau As-Sakinah, Pak Mat dan antara tetamu yang terawal datang ialah Safwan, Redzuan, Shahril, Kamil, Haslam, Akmal, Idham, Niyanta dan Abu Ayyub.. Terima kasih kerana datang awal dan turut bersama dalam majlis 'Doa Selamat' itu.. (^_^)

Tepat jam 3 petang, tetamu perempuan mula datang dan antara yang terawal ialah Bella Saari, Mahani, Malar dan Priya.. Memang sengaja saya asingkan waktu antara lelaki dan perempuan demi mengelakkan percampuran.. Tambahan lagi dalam keadaan ruang rumah kami yang kecil tidak mungkin mampu memuatkan semua orang jika tidak ditetapkan waktu yang sesuai... Jika dalam rancangan saya, waktu sahabat-sahabat lelaki ialah dari jam 1 sehingga 3 petang, manakala perempuan dari jam 3 sehinggalah 5 petang.. Namun, biasalah.. Kita hanya merancang.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka hadir juga...

Majlis semakin rancak apabila tetamu yang hadir semakin ramai.. Saya malas hendak bercerita panjang dan saya akan tulis nama-nama tetamu yang hadir ke majlis saya.. Antaranya ialah;
Harpan, Bella Yusof, Amalia, Nayim, Izzudin Panjang, Hakimah, Arina, Mariam Si Ungu, Alya, Syafiza, Izzudin Bulat, Najihah Samsuddin, Hassan, Syakir, Syafie, Dada, Lasinda, Cik Zubir, Cik Mat, Abg Khairul, Cik Ani, Cik Siti, Cik Wan dan Cik Nab...


Najihah Wahab, Ain Wahab, dan Wahida adalah tetamu ekspress! Ha..ha.. Baru duduk tak sampai 3 minit terus hendak balik sebab bondanya telefon ajak keluar.. Kasihan tengok Jiha, dapat merasa seketul saja biskut.. Hu..hu.. Ain dengan Wahida lagi sedih, langsung tak sempat menjamah apa-apa! Ha..ha..! Takpe, nanti datang lagi ya, he..he..

Fatin Amalina, Shoibah, Nadiha dan dua orang lagi lain pula kisahnya.. Mereka berlima sudah sampai ke pintu rumah saya, tapi bila tengok ramai orang terus balik.. Alasannya malu dan takut! Haha! Sebelum dia pulang, Amalina 'miss call' handphone saya sebab hendak saya menjemput mereka masuk.. Tapi masa itu saya terlalu sibuk, 'miss call' itu saya endahkan saja,huhu.. Maaf sangat-sangat ya.. Hi..hi.. :-p

Selepas solat Asar, tetamu terus berkunjung.. Alin bersama abangnya Hazami dan kawan-kawannya Izzati, Hidayah dan Melissa Nazor datang sewaktu rumah kami lengang.. Kemudian disusuli dengan kehadiran Pak Lah, Ameerul, Jamil sebagai tetamu akhir bagi sesi kawan-kawanku.. Hu..hu..

Usai itu, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jiran tetangga kami; Cik Nor, Pian, Cik Ani dan lima orang ahli keluarganya, Mak Dah dan anak-anaknya... Kawan-kawan dari Shell, tempat kerja lama saya sebelum sambung belajar juga turut datang iaitu Auntie Rajesh dan Mahadir..

Malam selepas Maghrib, jiran-jiran masih berkunjung.. Antaranya; Ustazah Lin, Cik Dah dan anak-anaknya, Cik Ju dan anaknya, Cik Anoi juga bersama anaknya, hehe.. Suasana semakin lengang..

Tiba-tiba.. Usai solat Isyak, jemaah dari Surau As-Sakinah sampai untuk majlis 'Tahlil Arwah' seramai 13 orang dan kehadiran mereka serentak dengan ketibaan Cik Azhari dan lima ahli keluarganya, Wani dan ibunya, Kak Samirah, Kak Yan, Abg Bazli dan kawannya! Wah!! Kelam-kabut juga hendak mengawal situasi itu.. Terpaksa saya meminta mereka mendahulukan jemaah surau untuk majlis 'Tahlil Arwah'.. Alhamdulillah, setelah lebih setengah jam.. Baru selesai majlis itu, huhu..
Kasihan pada mereka yang terpaksa tunggu di luar..

Setelah jemaah surau pulang, Pak Haji Rahim dan Cik Ani, isterinya tiba.. Merekalah tetamu terakhir pada malam itu dan berakhirlah majlis 'Jamuan Raya' keluarga saya pada tepat jam 11.10 malam! Huhu~

Secara keseluruhannya, mengikut dari catatan saya.. Jumlah yang hadir melebihi 80 orang dan tidak termasuk jumlah kanak-kanak.. Alhamdulillah, saya menjangkakan jumlahnya hampir 100 orang yang hadir ke rumah saya pada hari itu! Satu jumlah yang tidak saya sangkakan!

Sengaja saya mencatat jumlah kehadiran supaya dapat menilai seberapa ramai yang hadir tahun ini supaya dapat saya sediakan bajet yang sesuai untuk yang akan datang.. Huhu..
Sebenarnya masih ramai yang tidak dapat hadir, mungkin mereka ada urusan yang jauh lebih penting di luar.. Tak mengapalah.. Saya lagi suka kalau orang yang saya terlupa hendak jemput datang juga! Satu orang membawa bersama 1000 rahmat dari-Nya!

Jadi, dikesempatan ini.. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang hadir ke majlis saya tempoh hari! Tanpa kehadiran anda, majlis kami tidak mungkin meriah dan objektif utamanya tidak pasti tercapai iaitu ingin merapatkan ukhwah antara kita... Mohon kemaafan juga sekiranya ada yang kurang di majlis itu dan sekiranya saya mengguris hati sesiapa saja di majlis itu.. Anggaplah semuanya sekadar gurauan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kita... :-)

Wallahualam...

p/s: Maaf, entri kali ini mungkin membosankan.. Sengaja saya terbitkan entri ini supaya nama-nama yang ditulis sentiasa tersemat rapi dalam blog ini agar mudah saya melihatnya di masa yang akan datang.. Gambar juga tidak dapat saya letak kerana memang tidak terlintas pun untuk saya mengambil gambar pada majlis itu disebabkan terlalu sibuk melayan tetamu, hu..hu.. (^_^)

Sabtu, 11 September 2010

"SaLaM LeBaRaN.. MiNaL AiDiN WaL FaiDziN..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Assalamualaikum...
Dikesempatan 3 Syawal 1431H ini, rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan;
"SaLaM AiDiLfiTri.. MaaF ZaHiR dan BaTiN..." buat semua pelawat-pelawat blog saya yang dhaif ini... Mohon seribu kemaafan andai selama saya menulis di blog ini ada yang terguris hati atau terasa hati dengan kata-kata penulisan saya.. Maklum sajalah, saya hanyalah insan biasa, he..he..

Moga segala amalan kita di Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT dan moga kita mampu meneruskan amalan-amalan yang mulia itu di hari-hari yang mendatang...

Dalam Lebaran ini, marilah bersama kita menyambutnya dengan keriangan dalam penuh kesyukuran kepada Illahi...
Dan dalam kemeriahan kita bergembira, usah dilupakan saudara kita yang lain yang tidak senasib dengan kita dan masih berduka... Kongsilah kegembiraan bersama mereka dengan menghulurkan bantuan semampunya... Sungguh! Allah SWT memuliakan orang-orang yang memuliakan saudara seakidahnya!

Bagi keluarga saya, pada tahun ini kami sepakat memilih tema raya warna hijau! He..he..

(Gambar diambil guna 'handphone' saja, hehe~)

Pada tahun ini, kami sekeluarga hanya beraya di Kuala Lumpur.. Saya dan ayah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau As-Sakinah, surau di bawah rumah saya...

(Ustaz Hj Faizal, Khatib Aidilfitri)

Usai solat sunat Aidilfitri di pagi 1 Syawal, setelah selesai kami bersalaman dan saling bermaafan, tempat pertama yang kami ziarah ialah di 'Photo Zoom' Taman Melawati, ambil gambar keluarga! Hu..hu.. Tapi gambar itu hanya boleh diambil selepas 10 hari..


(My Lovely; Ibu & Ayah)

(Ampunkan Rafie, Ibu... Huhu~)

Setelah selesai bergambar, kami sekeluarga ke rumah saudara yang terdekat..

(Pemanduan yang berhemah di pagi raya, hehe~)

Lebaran kali ini jatuh pada hari Jumaat, maka bagi Muslimin khutbah ada dua kali untuk 1 Syawal 1431H tahun ini... Selepas solat Jumaat, kepenatan melanda diri setelah mengunjungi rumah jiran-jiran terdekat dan akhirnya saya tertidur kepenatan.. Itulah rentetan peristiwa yang terjadi pada hari Lebaran yang pertama buat saya, he..he..

Sebelum saya berhenti menulis, saya dengan berbesar hati menjemput anda semua yang mempunyai kelapangan ke majlis 'Rumah Terbuka' saya pada 15hb September 2010 bersamaan 06 Syawal 1431H hari Rabu.. Sekiranya anda tidak tahu alamat rumah saya tetapi berhajat hendak menziarahi saya, sila hantar email anda ke rafiezainal@yahoo.com...
Insya-Allah, moga ukhwah antara kita berkekalan hendaknya...

Dari Abu Hurairah ra: Rasulullah saw bersabda;
"Hak seorang Muslim terhadap saudara Muslimnya yang lain ada 5 iaitu;
menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, MENYAHUT UNDANGAN (datang ke jemputan majlis), menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kuburan.."
-Hadis Riwayat Muslim-

(Si Baju Hijau.. Hehe~)

Sekali lagi saya dan keluarga memohon seribu kemaafan atas segala jenis kekhilafan yang mungkin ada secara sedar mahupun tidak... Semoga Lebaran kali ini memberi seribu makna keinsafan dan kegembiraan buat kita bersama... Insya-Allah..

Wallahualam...~

p/s:
Entri kali ini mengenai saya dan keluarga.. Sekadar berkongsi kisah dalam blog peribadi... (^_^)

Ahad, 5 September 2010

"IkLaN RaYa Tv3 SuKu..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri.

Konsep hari raya dalam Islam adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidil Fitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Saya terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, saya dapati iklan ini seolah-olah menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api. Ini seolah-olah hendak menyelitkan unsur Kristian, Hindu, Buddha secara halus. Ini merupakan satu taktik halus untuk mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang mengkhayalkan perkara ini.


Apakah motif sebenar mukasurat yang bertulisan Jawi terbalik ini?

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan. Bagi saya tidak sepatutnya dikaitkan ‘Aidil Fitri' dengan konsep agama lain, harap pihak pengurusan TV3/Media Prima mengambil tindakan segera menarik balik siaran iklan ini.

Berikut saya sertakan hujah yang saya perolehi dari sahabat 'facebook' yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri saya ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah saya print screen.
[Saya hanya sertakan gambar bagi setiap scene yang dibicarakan, untuk memudahkan rujukan. Ada yang berlebih-lebihan. Terutama dari segi konsep Ilmuniti dan Kristianiasi. Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pandangan berkaitan penerangan iklan ini. Saya tidak menyuruh anda semua menerima bulat-bulat, ia boleh dikaji dan dikemaskini, kemudian perbetulkanlah apa yang tidak betul, kemaskini yang mana boleh dikemaskini, tambah yang mana boleh ditambah, juga buang yang mana boleh dibuang. Teruskan memberi komen anda di dalam entri ini, dan jangan lupa 'share'. Kita menanti jawapan TV3 kenapa iklan ini boleh diluluskan.]


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi yang terbalik - Al-Quran dihinakan!

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Pelawaan menaiki beca - Pelawaan memasuki Kristian!

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a)
Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang 'pickup'. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, moden dan sebagainya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

a) Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.

b) Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang melintasi sebuah pulau
a) Pulau - Singapura lah


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tidak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh di sebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Sumber : http://u-jam.blogspot.com/2010/09/kontroversi-iklan-raya-aidil-fitri-tv3.html

Astaghfirullah! Kenapalah mereka tergamak menghiris perasaan umat Islam di negara ini? Dimanakah sentimen mereka terhadap isu ini? Pihak berwajib harus mengambil tindakan tegas sekeras-kerasnya terhadap Pengarah dan Penerbit iklan ini!
Moga iklan sebegini tidak berulang lagi. Syukur masih ada umat Islam yang prihatin dengan isu-isu sebegini walaupun bagi sesetengah pihak ia tampak remeh...

p/s: "Barangsiapa menipu umatku maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah pengertian tipuan umatmu itu?" Baginda menjawab, "Mengada-adakan amalan bida'ah, lalu melibatkan orang-orang kepadanya."
(HR. Daruquthin dari Anas).