Jumaat, 31 Disember 2010

"AsAm GaRaM 2010..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

You made me cry and laugh...
You gave me memories...
You taugh me many things about life...
You may not be the best year...
But you are still memorable...
Now it's time to 'Move On'...
I'll be missing you...
:'(

Subhanallah...
Tahun 2010 sudah berakhir semalam..
Masa pantas berlalu, sungguh lalai kita sehingga tidak menyedarinya...
Inilah tanda-tanda dari Allah Azza wa Jalla bahawa kehidupan kita di dunia ini kian berakhir.. Masa semakin lama semakin singkat dirasakan...

(Hampir dua dekad telah berlalu)

Terlalu banyak peristiwa suka duka, asam garam yang telah kita lewati.. Segala pengalaman yang kita lalui pasti akan sentiasa tersimpan rapi di sudut hati masing-masing...
Alhamdulillah, azam saya tahun lalu hampir tercapai objektifnya... Jika dikira secara peratus, hampir 80% telah tercapai..

Kehidupan di bumi KIPSAS banyak mengajar saya erti berdikari, berdisiplin dan berusaha untuk mematangkan diri dalam menempuhi ranjau yang kian mencabar!
Tugas sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan di bawah Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS adalah tanggungjawab yang paling besar dan berat buat diri ini!

(Barisan Kepimpinan MPP KIPSAS)

Peranan saya adalah memastikan agar para pelajar KIPSAS sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan di dalam kolej. Setiap amanah yang saya pikul akan saya cuba sedaya upaya menggalasnya dengan sebaik mungkin! Saya tidak ingin didakwa di sana kelak atas kelalaian saya dalam tugas yang diamanahkan! Nauzubillah...~

Dalam meniti layar kehidupan sebagai seorang pelajar dalam jurusan Syariah dan Undang-undang, saya banyak menimba ilmu yang baru dan belum pernah saya menemuinya.. Soal hukum-hakam, batasan aurat dan pergaulan hinggakan larangan berpasangan sebelum bernikah juga adalah isu-isu yang hangat dibicarakan di sini!

(Open your eyes, hearts and minds)

Meniti usia dewasa ini, pasti saya juga tidak terlepas dari perasaan 'jatuh hati' pada seseorang.. Mustahil jika seseorang itu mengatakan dia tidak pernah 'jatuh hati' pada orang lain! Kerana soal hati dan perasaan itu adalah fitrah manusia biasa... Namun, disebalik semua itu saya bersyukur kerana telah ditarbiah sebelum terus hanyut dalam 'cinta duniawi'...~

(^_^)

Pernah seorang sahabat bertanyakan pada pensyarah kami,
"Apakah yang perlu kita buat jika kita suka pada seseorang?"
Pensyarah kami menjawab, "Tahan perasaan itu. Jatuh hati pada seseorang adalah lumrah.. Jangan sesekali kita menzahirkan perasaan kita pada orang itu. Takut nanti terbitnya unsur kelalaian dan kemaksiatan.."
"Bagaimana saya ingin meluahkan perasaan ini agar hati ini kembali tenang?"
"Luahkan pada orang yang rapat dengan awak, orang yang boleh dipercayai dan pandai menyimpan rahsia. Itu sudah memadai..."

Ok, tutup soal perbicaraan di atas! (^_^)
~~~
Buat pengetahuan semua, saya seorang yang sangat suka dan sayangkan kucing! (rasanya ramai yang dah tahu, he..he..)
Di kolej saja, semua kucing adalah di bawah 'kekuasaan' saya.. Hu..hu..
Tapi semenjak akhir-akhir ini, pihak pengurusan KIPSAS telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan kucing-kucing di sini. Saya sangat benci tindakan itu dan MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA IDEA 'STUPID' ITU! Maaf, bahasa kasar...~ (tengah marah ni, huh~)

(Irene bersama anak-anaknya sebelum dipisahkan
individu tidak bertanggungjawab!)

Perkara yang menyebabkan saya marah sangat-sangat ialah apabila mendapat tahu manusia-manusia yang menangkap kucing-kucing saya itu adalah pelajar-pelajar perempuan yang telah terhasut dengan 'habuan' yang bakal diperolehi sekiranya berjaya menangkap kucing!
Banyak sangat ke duit yang awak semua dapat?? Kalau setakat RM5 seekor, saya boleh bagilah!!!

Opss..maaf, terlebih sudah...~

Berbalik pada topik di atas, he..he..
Semoga tahun yang baru menjelma ini dapat memotivasikan diri saya bahawa hidup ini tidak kekal selamanya.. Suatu saat kelak, kita pasti akan bersemadi di perut bumi selamanya...~
Azam saya tahun ini ingin menjadi seorang yang lebih berdisiplin, menjaga akhlak, dan berbakti kepada orang tua... Semua itu pasti saya akan usahakan.......
coz Allah is always by yourside.. Insya-Allah...~ (^_^)

Good Bye 2010...~
Welcome 2011...~
(^_^)

p/s: Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu kerugian... Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan kesabaran...~
(Al-Asr: 1-3)

Sabtu, 25 Disember 2010

"BeRsAmA ULaMa' NuSaNtArA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk saya menulis di pagi Ahad yang tenang ini.. Ehm..sudah lama juga diri ini tidak menulis..bukan dek kerana kekangan masa, tapi lebih kepada 'malas' hendak menaip.. Hu..hu.. (^_^)


Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah yang bermakna buat diri ini..
Hari Selasa yang lepas (21/12/2010), tempat saya menuntut ilmu dikunjungi oleh seorang Ulama' Nusantara yang mempunyai anak murid yang ramai di Timur Tengah iaitu Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

(Para jemaah menyambut kedatangan Ulama')


Pada awalnya, saya memang tidak tahu siapakah beliau kerana saya memang jarang menyelidiki tentang Ulama'-ulama' ini.. He..he.. Tapi setelah berjumpa dengannya saya kini lebih tertarik untuk mengenali Ulama'-ulama' dunia dengan lebih lagi! Insya-Allah..~


Kehadirannya ke tempat kami telah menarik hampir seribu orang jemaah(anggaran saya)! Saya yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mengenalinya telah 'menyelinap' di celahan orang ramai dan akhirnya dapat solat Maghrib selang tiga saf dibelakangnya.. Hu..hu..

(Jemaah khusyuk mendengar ceramah)


Tajuk ceramahnya cukup mudah! Hanya mengupas mengenai pengertian 'Huwa (bagi lelaki) wa Hiya (bagi perempuan) yang sentiasa berada dalam kebersamaan' dan hati saya begitu tersentuh mendengar tegurannya mengenai adab berada di dalam majlis ilmu dan dalam 'Rumah Allah'! Tiap-tiap bait ayatnya cukup berkesan menggetarkan jiwa ini.. Allahuakbar...~
Amatlah rugi buat pelajar-pelajar di tempat saya yang keberatan untuk bersama di dalam majlis itu.. :'(

(Gaya Syeikh Nuruddin ketika menyampaikan ceramahnya)


Suatu hal yang pasti tidak akan dilupakan saya ialah saat ingin menunaikan solat Isyak.. Sewaktu Bilal melaungkan iqamah, sebahagian jemaah berundur ke belakang kerana sewaktu ceramah mereka duduk terlalu rapat sehingga melebihi sejadah Imam.


Saya yang bangun agak lewat sedikit terkejut kerana tempat yang saya duduk itu betul-betul di atas sejadah Bilal! Saya lihat ke belakang, saf sudah penuh! Jadi saya pun mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari situ! Hu..hu..


Tanpa saya jangka, Sheikh Nuruddin berdiri di sebelah kanan saya untuk solat berjemaah dan salah seorang anak muridnya di sebelah kiri saya! Subhanallah!~ Kemudian saya lihat Bilal di hadapan yang telah selesai iqamah terpaksa mencari pintu keluar dan berlari ke saf belakang.. Maaf sangat-sangat..peluang ada di hadapan mata tidak akan saya lepaskan! He..he..

(Para jemaah berebut-rebut untuk bersalam dengannya)


Kebetulan malam itu saya mengenakan jubah hitam dan berkopiah putih, sama pula seperti pakaian Imam..jadi jemaah lain dan mungkin Syeikh Nuruddin itu sendiri pasti menyangka saya adalah seorang Imam di masjid itu! Hu..hu.. (^_^)

(Kalau diikutkan, saya bukannya AJK Makanan..tapi sengaja guna kesempatan untuk menyedok nasi untuk Syeikh.. Alang-alang boleh tengok cara dia makan sekali, huhu~)


Pengalaman berjemaah di sebelah Ulama' terkemuka dunia itu cukup menggembirakan hati ini dan yang paling menarik Sheikh itu membuka kain serbannya lalu dibentangkan menjadi sejadahnya dan beliau memberi saya sedikit ruang untuk sujud bersama di atas kainnya itu! Allahuakbar! Harum sungguh kain serbannya itu! :')

(Pen yang digunakan itu adalah pen saya, walaupun murah tapi saya akan menyimpannya sebab Syeikh Nuruddin pernah menggunakannya, hehe)


Usai solat, saya mengambil kesempatan berulang kali untuk bersalaman dan memeluk beliau! Bukan mudah hendak berjumpa dengan tokoh Ulama' sebegini...

(Dato' Hashim, Presiden KIPSAS memberikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Syeikh Nuruddin dan diapit oleh Ustaz Halim, pensyarah KIPSAS)


Moga dengan sedikit keberkatan daripadanya dapat mengubah diri ini untuk lebih mencintai ilmu di dunia dan lebih-lebih lagi mengenai ilmu akhirat..~

Alhamdulillah...~

(Sweet memory...)

p/s: Harap sangat dapat berjumpa dengan Ulama'-ulama' yang lain pula selepas ini.. Satu pengalaman yang begitu berharga buat diri ini... (^_^)
-Mr Dean-