Rabu, 1 Februari 2012

"13 ALaSaN WaNiTa TiDaK MeNuTuP AuRaT..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


1. "Semua yang tutup aurat tu masuk Syurga ke?"

Rasulullah SAW bersabda;
"Aku telah melihat di dalam Neraka kebanyakkan penghuninya adalah wanita disebabkan mereka sedikit yang patuh pada Allah dan Rasul-Nya, kurang taat pada suaminya dan kerana banyak tabarruj mendedahkan aurat dan berhias-hias."


2. "Tudung labuh pun bukannya baik sangat, buat dosa juga (mengumpat, memfitnah dan sebagainya)."

Tatkala Iblis tidak mahu sujud kepada Adam, dia telah menyalahkan perintah Allah.
Firman Allah SWT;

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."
(Al-A'raaf : 12)

Sama seperti tudung, yang bertudung pula dipersalahkan.


3. "Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku, kau dulu lagi jahat!"

Dari Abu Hurairah r.a., Rasululullah SAW bersabda;
"Barangsiapa yang menyeru ke jalan kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak dikurangi sedikitpun daripaa pahala amal-amal mereka sama sekali."


4. "Walaupun kami pakai seksi, tapi hati kami baik."

Rasululullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah dirinya, jika buruk daging itu maka buruklah dirinya. Ketahuilah daging itulah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


5. "Pakaian jarang atau ketat, itu hak kami! Kalau tak suka, jangan tengok!"

Allah SWT berfirman;
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An-Nur : 30)

Pandangan mata itu adalah anak panah beracun daripada anak panah Iblis sebagaimana firman Allah SWT ;

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya,."
(An-Nur : 31)


6. "Kami rasa pakaian kami tidak seksi, terpulanglah kepada individu yang memandang kami."

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;

"Dan hendaklah mereka menutupkan kain keludung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."

Di dalam Kaedah Fiqh ada menyebut tentang 'Sadd Addazarra'iy' yang bermaksud 'menutup pintu-pintu maksiat' bertujuan untuk mengelakkan terjadinya perkara yang dilarang oleh Islam.


7. "Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap solat dan berpuasa."

Rasululullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka itu adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang condong ke arah maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga bahkan tidak dapat mencium bau Syurga!"
(Riwayat Bukhari & Muslim)


8. "Suka hati kami la nak pakai macam ni, kami tak susahkan hidup orang lain!"

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab : 59)

Ini adalah perintah Allah, bukannya perintah Nabi ataupun ustaz/ustazah.


9. "Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan!"

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku."
(Az-Zaariyyat : 56)

وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api Neraka sedang dia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan."
(An-Nisa : 14)


10. "Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan pengarah filem @ jurugambar untuk disesuaikan dalam scene demi mencari rezeki yang halal."

Diceritakan ketika Nabi Ayub a.s sedang mandi, tiba-tiba Allah telah mendatangkan kepadanya seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengannya agar belalang itu jatuh.

Lantas Allah SWT berfirman; "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?"
Nabi Ayub a.s. menjawab; "Ya, benar wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu, apalah gunanya kekayaan tanpa keberkahan-Mu."

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti jika tiada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang sedikit akan terasa mencukupi. Sebaliknya jika tanpa keberkahan, rezeki yang banyak akan terasa sempit dan menyesakkan.


11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, tapi belum sampai seru je.."

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Al-A'raaf : 26)

Jadi, siapa lagi yang beralasan belum sampai seru lagi??


12. "Takkan nak buat perubahan secara drastik, slow-slow la."

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air mani, kemudian dari segumpal darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian kami (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu (Allah melakukan kejadian sedemikian) supaya kami sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
(Ghafir : 67)


13. Menutup aurat itu bagus, tapi kami tak nak populariti, biarlah kami ikhlas."

Maka tatkala anak itu sampai (pada umurnya) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Dia menjawab: "Hai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas peha(nya), (nyatalah kesabaran keduanya).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu," sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik."
(Ash-Syafaat : 102 - 110)

Renung-renungkan hikmah kisah di atas...


Semoga muslimah-muslimah di luar sana dapat menjaga diri mereka dan keluarga mereka daripada bahang panasnya api Neraka..

Ingatlah duhai wanita.. Tutuplah auratmu, kasihan kepada bakal suamimu kerana hak mereka telah dilihat oleh orang yang tidak sepatutnya...

Salam sayang dan pesanan ikhlas dari Mr Dean..
Mohon sebarkan mesej ini, semoga ada manfaat buat kita bersama.. Insya-Allah...~


Wallahualam...~


p/s : Sungguh, Mr Dean seorang yang kuat cemburunya! Mr Dean tak nak bakal isteri sentiasa diperhatikan orang dan melayan ramai lelaki tanpa sebab!"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

copy? :)

Mr Dean berkata...

silakan, moga-moga Mr Dean pun dapat saham dakwah juga :)