Jumaat, 11 Disember 2009
KiSaH 4 OrAnG AsLi SoLaT
Bacalah kisah yang lucu ini sebagai pengajaran buat kita bersama...
Di sebuah perkampungan Orang Asli, ada empat orang asli yg baru memeluk Islam ingin menunaikan solat Zohor secara berjemaah..
Kebetulan pada masa itu ada seorang pemuda yang sengaja ingin melawat perkampungan itu turut serta berjemaah bersama mereka..
Keempat-empat orang asli tadi mempelawa pemuda tadi menjadi Imam untuk solat mereka..
Tetapi pemuda itu menolak kerana menyangka mereka semua pasti lebih berilmu memandangkan usia mereka lebih tua daripadanya..
Dipendekkan kisah, salah seorang daripada empat orang asli tadi menjadi Imam solat mereka..
Setelah Imam mengangkat takbir, ketiga-tiga orang asli serta pemuda yg berjemaah bersamanya itu pun mengangkat takbir..
Ketika solat, salah seorang jemaah daripada orang asli itu bersuara;
Orang Asli A bertanya; "Sekarang solat Zohorkan?"
Pemuda tadi terkejut kerana orang asli itu bertanya padanya..
Tiba-tiba, Orang Asli B menjawabnya; "Masa solat mana boleh bercakap..!"
Orang Asli C pula mencelah; "Fuh! Nasib baik aku tak bercakap..!"
Sedang pemuda itu terkedu dengan perkara itu
tiba-tiba, Imam di hadapan pula melenting dengan kuat;
"Kamu bertiga semua batal!!!"
Pemuda tersebut tercengang dan terus menghentikan solatnya serta-merta
oleh kerana hilang kekushyukkannya dalam solat itu lantaran peristiwa tersebut...
Lantas pemuda itu solat Zohor secara sendirian saja...
Pengajaran yg boleh kita ambil berdasarkan kisah lucu ini;
"Seseorang itu haruslah berilmu sebelum menegur kekhilafan seseorang,
kerana adakala teguran itu boleh diibaratkan,
'Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.."
dan..
"Janganlah kita melihat seseorang itu dari sudut luarannya saja,
kerana adakala luaran tidak memcerminkan dalaman.."
Wallahualam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan