Isnin, 1 Februari 2010

"KiSaH BeRkAt MeMbAcA BiSmiLLaH..."




Ada seorang wanita tua yang sangat taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu melakukan kebaikan.

Wanita itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.” Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Pada hari yang berikutnya, suaminya itu memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpanlah duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, disamping itu suaminya melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya mengambil duit tersebut lalu mencampakkan beg yang berisi duit itu ke dalam perigi di belakng rumah mereka.

Beberapa hari kemudian, si suami bertanya pada isterinya tentang wang yang diberikannya tempoh hari. Isterinya itu pergi ke tempat wang disimpannya itu diikuti suaminya dari belakang dan dengan berhati-hati isterinya membuka tempat simpanan wang itu dengan membaca, “Bismillahirahmanirrahim”. Lantas Allah SWT menghantar Malaikat Jibril untuk mengambil duit tersebut dan menyerahkan kepada suaminya kembali.

Alangkah terkejut suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala kesalahannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mengerjakan segala perintah Allah, dan dia juga membaca ‘Bismillah’ setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara.

Pengajaran yang boleh kita ambil;
“Mulakanlah segala sesuatu itu dengan membaca, ‘Bismillah’… Insya-Allah pekerjaan kita itu lebih diberkati oleh Allah SWT.”

Wallahualam…

Tiada ulasan: