"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."
Pada 24~26 yang baru sahaja berlalu, saya telah mengikuti program 'Kem Bina Insan' anjuran Jabatan Perniagaan KIPSAS di SMA Al-Basriah, Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.
Saya sebagai wakil dari Jabatan Syariah & Undang-Undang telah diberi mandat untuk menjadi fasilitator dalam program itu.
Program yang melibatkan para pelajar tingkatan 1 & 2 sekolah itu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.
(Gotong-Royong membersihkan kawasan sekolah)
(Para peserta bergambar bersama AJK2 program & Pensyarah2 pengiring)
Allah Maha Kuasa... Kami merancang untuk bertolak pulang pada jam 3 petang, namun tiba-tiba salah satu pintu penyimpan barang di bahagian bawah bas tercabut dan kami terkandas sehingga hampir jam 5.30 petang baru kami mula bertolak...
Kami sampai ke kolej tepat jam 7.55 malam... Perjalanan yang jauh dan memenatkan itu meninggalkan seribu kenangan manis kami di sana.. Saya cukup seronok dalam program itu..
Namun kepenatan saya tidak berakhir di situ sahaja. Pada malam yang sama, Jabatan Syariah & Undang-Undang tahun 2 akan bertolak ke Istana Kehakiman, Putrajaya untuk mengadakan lawatan di sana.. Saya adalah salah seorang nama yang terpilih dan sukar untuk saya melepaskan peluang yang jarang didapati itu!
Perjalanan yang dirancang bermula jam 12 tengah malam itu membuatkan saya tidak cukup waktu untuk berehat.. Kisah pengalaman saya ke sana akan saya masukkan di entri yang lain, insya-Allah...
p/s: Kenangan di SMA Al-Basriah telah menggamit memori saya ketika melakukan program yang sama di SMA Al-Wosto di Temerloh pada bulan yang lalu... Semoga segala ilmu yang saya sampaikan dapat dimanfaatkan oleh adik-adik peserta dengan baik.. Ameen Ya Rabb... (^_^)
4 ulasan:
selagi terdaya teruskan usaha murnimu, menyantuni generasi membina masyarakat Islamiy, sinar dakwah terus subur menerangi, InsyaAllah Islam sentiasa tertinggi.
-- kena rancang program follow up.
Insya-Allah..
akan cuba semampunya..
program follow up itu terserah pada pihak atasan program..sy hanya ajk kecil saja..
Salam Rafie.
MasyaAllah, tumpang seronok dengan semua aktiviti ya ng dilakukan, mudah2an mendapat banyak manfaat dariNya. Amiin.
W'salam..
Alhamdulillah..memang seronok, he..he..
Insya-Allah, mudah2an...
(^_^)
Catat Ulasan