Jumaat, 17 September 2010

"MaJLiS RaMaH MeSrA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Hari Rabu, 15hb September 2010 bersamaan 06 Syawal 1431H yang baru berlalu, keluarga saya telah mengadakan 'Majlis Jamuan Raya' atau biasanya disebut 'Open House' ... Sudah menjadi kebiasaan bagi saya sekeluarga mengadakan majlis sebegini pada setiap tahun di musim perayaan Aidilfitri..

Majlis yang bermula selepas solat Zohor dimulakan dengan bacaan 'Doa Selamat' oleh Imam Surau As-Sakinah, Pak Mat dan antara tetamu yang terawal datang ialah Safwan, Redzuan, Shahril, Kamil, Haslam, Akmal, Idham, Niyanta dan Abu Ayyub.. Terima kasih kerana datang awal dan turut bersama dalam majlis 'Doa Selamat' itu.. (^_^)

Tepat jam 3 petang, tetamu perempuan mula datang dan antara yang terawal ialah Bella Saari, Mahani, Malar dan Priya.. Memang sengaja saya asingkan waktu antara lelaki dan perempuan demi mengelakkan percampuran.. Tambahan lagi dalam keadaan ruang rumah kami yang kecil tidak mungkin mampu memuatkan semua orang jika tidak ditetapkan waktu yang sesuai... Jika dalam rancangan saya, waktu sahabat-sahabat lelaki ialah dari jam 1 sehingga 3 petang, manakala perempuan dari jam 3 sehinggalah 5 petang.. Namun, biasalah.. Kita hanya merancang.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka hadir juga...

Majlis semakin rancak apabila tetamu yang hadir semakin ramai.. Saya malas hendak bercerita panjang dan saya akan tulis nama-nama tetamu yang hadir ke majlis saya.. Antaranya ialah;
Harpan, Bella Yusof, Amalia, Nayim, Izzudin Panjang, Hakimah, Arina, Mariam Si Ungu, Alya, Syafiza, Izzudin Bulat, Najihah Samsuddin, Hassan, Syakir, Syafie, Dada, Lasinda, Cik Zubir, Cik Mat, Abg Khairul, Cik Ani, Cik Siti, Cik Wan dan Cik Nab...


Najihah Wahab, Ain Wahab, dan Wahida adalah tetamu ekspress! Ha..ha.. Baru duduk tak sampai 3 minit terus hendak balik sebab bondanya telefon ajak keluar.. Kasihan tengok Jiha, dapat merasa seketul saja biskut.. Hu..hu.. Ain dengan Wahida lagi sedih, langsung tak sempat menjamah apa-apa! Ha..ha..! Takpe, nanti datang lagi ya, he..he..

Fatin Amalina, Shoibah, Nadiha dan dua orang lagi lain pula kisahnya.. Mereka berlima sudah sampai ke pintu rumah saya, tapi bila tengok ramai orang terus balik.. Alasannya malu dan takut! Haha! Sebelum dia pulang, Amalina 'miss call' handphone saya sebab hendak saya menjemput mereka masuk.. Tapi masa itu saya terlalu sibuk, 'miss call' itu saya endahkan saja,huhu.. Maaf sangat-sangat ya.. Hi..hi.. :-p

Selepas solat Asar, tetamu terus berkunjung.. Alin bersama abangnya Hazami dan kawan-kawannya Izzati, Hidayah dan Melissa Nazor datang sewaktu rumah kami lengang.. Kemudian disusuli dengan kehadiran Pak Lah, Ameerul, Jamil sebagai tetamu akhir bagi sesi kawan-kawanku.. Hu..hu..

Usai itu, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jiran tetangga kami; Cik Nor, Pian, Cik Ani dan lima orang ahli keluarganya, Mak Dah dan anak-anaknya... Kawan-kawan dari Shell, tempat kerja lama saya sebelum sambung belajar juga turut datang iaitu Auntie Rajesh dan Mahadir..

Malam selepas Maghrib, jiran-jiran masih berkunjung.. Antaranya; Ustazah Lin, Cik Dah dan anak-anaknya, Cik Ju dan anaknya, Cik Anoi juga bersama anaknya, hehe.. Suasana semakin lengang..

Tiba-tiba.. Usai solat Isyak, jemaah dari Surau As-Sakinah sampai untuk majlis 'Tahlil Arwah' seramai 13 orang dan kehadiran mereka serentak dengan ketibaan Cik Azhari dan lima ahli keluarganya, Wani dan ibunya, Kak Samirah, Kak Yan, Abg Bazli dan kawannya! Wah!! Kelam-kabut juga hendak mengawal situasi itu.. Terpaksa saya meminta mereka mendahulukan jemaah surau untuk majlis 'Tahlil Arwah'.. Alhamdulillah, setelah lebih setengah jam.. Baru selesai majlis itu, huhu..
Kasihan pada mereka yang terpaksa tunggu di luar..

Setelah jemaah surau pulang, Pak Haji Rahim dan Cik Ani, isterinya tiba.. Merekalah tetamu terakhir pada malam itu dan berakhirlah majlis 'Jamuan Raya' keluarga saya pada tepat jam 11.10 malam! Huhu~

Secara keseluruhannya, mengikut dari catatan saya.. Jumlah yang hadir melebihi 80 orang dan tidak termasuk jumlah kanak-kanak.. Alhamdulillah, saya menjangkakan jumlahnya hampir 100 orang yang hadir ke rumah saya pada hari itu! Satu jumlah yang tidak saya sangkakan!

Sengaja saya mencatat jumlah kehadiran supaya dapat menilai seberapa ramai yang hadir tahun ini supaya dapat saya sediakan bajet yang sesuai untuk yang akan datang.. Huhu..
Sebenarnya masih ramai yang tidak dapat hadir, mungkin mereka ada urusan yang jauh lebih penting di luar.. Tak mengapalah.. Saya lagi suka kalau orang yang saya terlupa hendak jemput datang juga! Satu orang membawa bersama 1000 rahmat dari-Nya!

Jadi, dikesempatan ini.. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang hadir ke majlis saya tempoh hari! Tanpa kehadiran anda, majlis kami tidak mungkin meriah dan objektif utamanya tidak pasti tercapai iaitu ingin merapatkan ukhwah antara kita... Mohon kemaafan juga sekiranya ada yang kurang di majlis itu dan sekiranya saya mengguris hati sesiapa saja di majlis itu.. Anggaplah semuanya sekadar gurauan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kita... :-)

Wallahualam...

p/s: Maaf, entri kali ini mungkin membosankan.. Sengaja saya terbitkan entri ini supaya nama-nama yang ditulis sentiasa tersemat rapi dalam blog ini agar mudah saya melihatnya di masa yang akan datang.. Gambar juga tidak dapat saya letak kerana memang tidak terlintas pun untuk saya mengambil gambar pada majlis itu disebabkan terlalu sibuk melayan tetamu, hu..hu.. (^_^)

6 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Rafie.

Alhamdulillah.. Rasa rugi pula tak pergi.. sebenarnya konfius tarikh dan lupa nak tanya Jihah fasal ni.. takpa.. tak ada rezeki.. apa-apapun terima kasih kerana jempaut makcik dan maaf kerana tak datang.. Mudah2an Allah terima amalan kita.. Allahumma Amiin

Unknown berkata...

Salam,

Alhamdulillah, terima kasih krn sudi mengadakan majlis sebegini...mudah-mudahan ukhwah antara kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat...
insyaAllah...

tahun depan buat lagi ya (^_^)

p/s : ko lupa tulis nama Shahril

Mr Dean berkata...

W'salam Mak Cik;

Owh..yeke.. Takpe2.. Insya-Allah, next time mak cik mungkin berkesempatan..
Ameen, Ya Rabb!
(^_^)

Mr Dean berkata...

W'salam, Redz..

Alhamdulillah wa insya-Allah.. (^_^)

Ya Allah, yela..macam mana la nama member baik sendiri aku boleh lupa..huhu.. takpe2, nanti aku letak..hihi
Thanks coz ingatkan..

Hana berkata...

Salam..

A'ah tetamu ekspress..Sbrnyer ain nak mkan tapi jihh yang larang sebb dah nk blik.Whida,ikut jelah jhh,nnti dy balik sorang-sorang je..


Tak apelah,tak dapt mkan,lgpun perut kita orang masih kenyang,masa tu,mklumlah sblum 2 tu,ada open house umah kawan.


Terima kasih krna sudi terima lagi kunjungan pada hari ini,buat susah jer mak abg rafi masak.

Mr Dean berkata...

W'salam..

sama2...
Thanks juga sudi datang buat kali kedua.. (^_^)