Jumaat, 31 Disember 2010

"AsAm GaRaM 2010..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

You made me cry and laugh...
You gave me memories...
You taugh me many things about life...
You may not be the best year...
But you are still memorable...
Now it's time to 'Move On'...
I'll be missing you...
:'(

Subhanallah...
Tahun 2010 sudah berakhir semalam..
Masa pantas berlalu, sungguh lalai kita sehingga tidak menyedarinya...
Inilah tanda-tanda dari Allah Azza wa Jalla bahawa kehidupan kita di dunia ini kian berakhir.. Masa semakin lama semakin singkat dirasakan...

(Hampir dua dekad telah berlalu)

Terlalu banyak peristiwa suka duka, asam garam yang telah kita lewati.. Segala pengalaman yang kita lalui pasti akan sentiasa tersimpan rapi di sudut hati masing-masing...
Alhamdulillah, azam saya tahun lalu hampir tercapai objektifnya... Jika dikira secara peratus, hampir 80% telah tercapai..

Kehidupan di bumi KIPSAS banyak mengajar saya erti berdikari, berdisiplin dan berusaha untuk mematangkan diri dalam menempuhi ranjau yang kian mencabar!
Tugas sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan di bawah Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS adalah tanggungjawab yang paling besar dan berat buat diri ini!

(Barisan Kepimpinan MPP KIPSAS)

Peranan saya adalah memastikan agar para pelajar KIPSAS sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan di dalam kolej. Setiap amanah yang saya pikul akan saya cuba sedaya upaya menggalasnya dengan sebaik mungkin! Saya tidak ingin didakwa di sana kelak atas kelalaian saya dalam tugas yang diamanahkan! Nauzubillah...~

Dalam meniti layar kehidupan sebagai seorang pelajar dalam jurusan Syariah dan Undang-undang, saya banyak menimba ilmu yang baru dan belum pernah saya menemuinya.. Soal hukum-hakam, batasan aurat dan pergaulan hinggakan larangan berpasangan sebelum bernikah juga adalah isu-isu yang hangat dibicarakan di sini!

(Open your eyes, hearts and minds)

Meniti usia dewasa ini, pasti saya juga tidak terlepas dari perasaan 'jatuh hati' pada seseorang.. Mustahil jika seseorang itu mengatakan dia tidak pernah 'jatuh hati' pada orang lain! Kerana soal hati dan perasaan itu adalah fitrah manusia biasa... Namun, disebalik semua itu saya bersyukur kerana telah ditarbiah sebelum terus hanyut dalam 'cinta duniawi'...~

(^_^)

Pernah seorang sahabat bertanyakan pada pensyarah kami,
"Apakah yang perlu kita buat jika kita suka pada seseorang?"
Pensyarah kami menjawab, "Tahan perasaan itu. Jatuh hati pada seseorang adalah lumrah.. Jangan sesekali kita menzahirkan perasaan kita pada orang itu. Takut nanti terbitnya unsur kelalaian dan kemaksiatan.."
"Bagaimana saya ingin meluahkan perasaan ini agar hati ini kembali tenang?"
"Luahkan pada orang yang rapat dengan awak, orang yang boleh dipercayai dan pandai menyimpan rahsia. Itu sudah memadai..."

Ok, tutup soal perbicaraan di atas! (^_^)
~~~
Buat pengetahuan semua, saya seorang yang sangat suka dan sayangkan kucing! (rasanya ramai yang dah tahu, he..he..)
Di kolej saja, semua kucing adalah di bawah 'kekuasaan' saya.. Hu..hu..
Tapi semenjak akhir-akhir ini, pihak pengurusan KIPSAS telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan kucing-kucing di sini. Saya sangat benci tindakan itu dan MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA IDEA 'STUPID' ITU! Maaf, bahasa kasar...~ (tengah marah ni, huh~)

(Irene bersama anak-anaknya sebelum dipisahkan
individu tidak bertanggungjawab!)

Perkara yang menyebabkan saya marah sangat-sangat ialah apabila mendapat tahu manusia-manusia yang menangkap kucing-kucing saya itu adalah pelajar-pelajar perempuan yang telah terhasut dengan 'habuan' yang bakal diperolehi sekiranya berjaya menangkap kucing!
Banyak sangat ke duit yang awak semua dapat?? Kalau setakat RM5 seekor, saya boleh bagilah!!!

Opss..maaf, terlebih sudah...~

Berbalik pada topik di atas, he..he..
Semoga tahun yang baru menjelma ini dapat memotivasikan diri saya bahawa hidup ini tidak kekal selamanya.. Suatu saat kelak, kita pasti akan bersemadi di perut bumi selamanya...~
Azam saya tahun ini ingin menjadi seorang yang lebih berdisiplin, menjaga akhlak, dan berbakti kepada orang tua... Semua itu pasti saya akan usahakan.......
coz Allah is always by yourside.. Insya-Allah...~ (^_^)

Good Bye 2010...~
Welcome 2011...~
(^_^)

p/s: Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu kerugian... Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan kesabaran...~
(Al-Asr: 1-3)

11 ulasan:

Hana berkata...

Assalamualaikum..


Wah panjangnya cerita boleh buat karangan nii,hehe...


Semoga tahun 2011 memberi satu motivasii pada diri untukk terus maju dan berharap apa yang anda cita-citakan mnjdi realiti....

Mr Dean berkata...

Waalaikumussalam...

Hehe..sebenarnya panjang lagi tapi malas nak menaip je..hehe..

Insya-Allah, semoga azam tahun ni dapat memeberi perubahan buat diri ini!
Semoga azam jihah juga menjadi kenyataan.. Teruskan menuntut ilmu dalam apa jua bidang yg jihah ambil!
(^_^)

Hana berkata...

Wah,terima kasih bnyak-bnyakk..
Saya amat menghargainya :)

Mr Dean berkata...

sama-sama..
rajin2 la singgah di blog yg dhaif ni lagi ya..hehehe..
(^_^)

Hana berkata...

InsyaAllah,saya akan sentiasa rjin-rjinkan :)

rosnanie berkata...

salam dean...

selamat tahun baru...semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...

sentiasa mantapkan diri dengan pelbagai amalan sunnah. Baik untuk diri sebagai hambaNya dan sebagai seorang pelajar juga sebagai seorang anak.

Bercinta/jatuh hati...insya Allah boleh, tetapi biarlah tahu batas2nya. Andai rasa tidak mampu mengelak maksiat, wajar dielakkan, ttp jika mampu, cintailah seseorang dengan cara dan kaedah yang diredhai Allah. Ambil kesempatan itu juga utk mmbentuk gadis yang dicintai spy gadis itu layak menjadi isteri solehah nnti. Bkn kah seorang suami yg baik adalah suami yang dapat memimpin isterinya ke jalan Allah. Andai sudah berjumpa dengan jodoh, didiklah dia dari awal agar rumahtangga yang bakal dibina akan sejahtera dan harmoni.

pada saya, kedua2 kaedah iaitu menahan diri ataupun menzahirkannya adalah baik, hanya kita sahaja yang mampu mencoraknya menjadi yang lebih baik. Andai benar sudah jatuh hati pd seseorang dn kita merasakan yang dia benar2 jodoh kita, apa salahnya dinyatakan pd dia ttpi dengan berterus terang yang kalian hanya akan benar2 bercinta apabila masanya telah tiba iaitu apabila telah halal.

byk lg yg mahu dicoretkan ttp akn jd terlalu pjg...btw..it's just my 2 cents....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum..
Selamat melangkah ke tahun baru.. azam baru.. semoga segala yang baik dan buruk dapat dijadikan teladan dan sempadan..

Mr Dean berkata...

salam puan..

terima kasih sudi komen dan singgah blog sy..
dan syukran atas pandangan serta cadangannya..insya-Allah, sy cuba renungkan.. :)

kalau ada penambahan lagi, silakan la komen..sy suka tambah ilmu..hehe
Salam Tahun Baru..
moga hidup puan sekeluarga sentiasa bahagia sentosa dunia akhirat.. Insya-Allah..~
(^_^)

Mr Dean berkata...

Waalaikumussalam, mak dah..

Salam Tahun Baru juga..
moga kesihatan mak dah bertambah baik dan semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat dari Allah swt..
Insya-Allah..
(^_^)

Tanpa Nama berkata...

selamat maju jaya untuk tahun 2011. insyaAllah hikmah dalam tindakan akan menghasilkan kejayaan yang tidak disangka2

Mr Dean berkata...

terima kasih en hisyam.. :)
insya-Allah, setiap perancangan-Nya adalah yg terbaik.. (^_^)