Ahad, 16 Januari 2011

"MaRRiEd, WaTaNiAh & IrEnE..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Sengaja kali ini, saya meletakkan tiga-tiga tajuk di atas sebab terlalu banyak program yang saya ikuti hingga tidak sempat nak 'update' blog, hu..hu..~


Kisah yang pertama mengenai 'Married'...
Pada 14 Januari 2011 (Jumaat), saya mengikuti satu program mengenai 'Cinta' di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.. He..he..
Speaker jemputannya ialah Ustaz Mohamad Ridhauddin, Pensyarah Usul Fiqh di UiTM Shah Alam mengupaskan tajuknya dengan bertemakan;
"Courting According To Al-Quran & Sunnah,
Promoting Islamic Practise!"


(Gaya bersahaja 'speaker'.. Maaf gambar sedikit kabur kerana menggunakan kamera handphone yang murah, hu..hu..)


Majlis yang bermula jam 9 malam itu dimulakan dengan alunan Al-Quran dari Surah Ar-Rum yang saya tidak pasti bilangan surahnya tetapi menceritakan mengenai pasangan lelaki dan wanita.
Berdasarkan pemerhatian saya, auditorium yang mungkin memuatkan 300 kerusi itu penuh sesak sehinggakan ramai juga yang berdiri! (Ramai yang minat tajuk kali ini, huhu..)

(Saya tidak faham, kenapa tajuk ceramah kali ini mendapat sambutan luarbiasa dalam kalangan wanita? Mungkin mereka golongan cenderung nak bernikah agaknya.. Hehe.. Jangan marah ya..)


Antara pengisian yang dapat saya kongsikan ialah;
1. Jika kita ingin berkahwin, perlu tetapkan matlamat sehingga bertemu di Syurga, bukan sehingga penghujung usia... :)

2. Setiap sesuatu perkara itu bermula dengan 'ending'. Maksudnya ialah, setiap perkara yang
kita lakukan, pasti kita sudah ada objektif atau matlamatnya.. Jika tidak, buat apa hendak melakukan sesuatu jika tidak ada tujuannya? :)

3. Hukum selepas bertunang masih sama dengan sebelum bertunang kerana pertunangan bukan cara menghalalkan pergaulan tetapi sekadar 'book' seseorang itu saja.. :)

4. Jangan gelojoh mencari pasangan hidup sebab Allah dah janji dalam Al-Quran yang setiap antara kita sudah disediakan pasangannya masing-masing. Jadi buat apa mencari, 'si dia' pasti datang sendiri dengan bantuan Allah.. :)

5. Siapa yang ber'couple', masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan kerana nikmat kemanisan perkahwinan akan hilang dan pudar jika berpacar sebelumnya.. :)

-Cukup sekadar itu bagi tajuk 'Married'-


Kisah yang kedua mengenai 'Wataniah'...
Semalam (16/01/2011), saya menyertai aktiviti 'Ekspedisi Mendaki Bukit Pelindung' di Kuantan anjuran kelab Wataniah KIPSAS. Tujuan penyertaan saya dalam aktiviti itu adalah sebagai 'Pemerhati' untuk dimasukkan ke dalam laporan tugasan saya sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan, MPP KIPSAS.

(Saya kat belakang, sebelah AAC.. Haha..)

(sebelum ambil gambar ni, saya seorang diri saja.. entah macam mana boleh terselit dua orang pula kat sebelah tu.. Haha!)


Pendakian yang mengambil masa hampir satu jam setengah itu cukup memenatkan dan melenguhkan saya! Huh~ Tak mampu nak daki bukit itu lagi.. Huhu..~

(Kepenatan, huhu~)


Kami hanya diberi makan sepotong roti setiap orang dan sebotol air mineral. Selepas selesai pendakian, kami berehat sementara menunggu ketibaan bas di Teluk Chempedak.

(ambil gambar sendiri saja, huhu..~)


Sementara menunggu ketibaan bas, peserta-peserta Wataniah ini melakukan 'tarian perang' yang menarik perhatian pengunjung-pengunjung di Teluk Chempedak itu! Huhu..~
Saya yang langsung tidak ada kena-mengena dengan Wataniah pun di'paksa' untuk menyertai tarian mereka.. Haha! Menarik juga!

(Sewaktu menurun bukit..)

(Seramai 37 orang peserta dan 17 AJK Wataniah turut serta..)


Pada awalnya, saya rasa keseorangan sebab kebanyakkan sahabat-sahabat saya yang menjadi AJK Wataniah mempunyai tugasan dan sibuk menguruskan peserta-peserta itu. Rupa-rupanya ada seorang lagi peserta pendakian itu yang juga bukan ahli Wataniah, tetapi Taekwondo!
Saya tabik dengan kegigihan dia (AAC) walaupun dalam keadaan yang lemah kerana tidak pernah menyertai aktiviti lasak, dia sanggup menghabiskan aktiviti itu!
p/s: Harap anda yang saya sebutkan di atas berbangga dengan kemampuan diri anda! Hehe..

(Barisan peserta2 wanita..)

(Barisan peserta2 lelaki..)


Kami bertolak pulang hampir jam 12 tengahari dan tiba di KIPSAS dalam jam 12.30 tengahari.. Usai itu, saya diberi peluang untuk berucap dan membentangkan hasil laporan sepanjang pemerhatian saya..

(Sewaktu perjalanan pulang..)


-Cukup sekadar itu bagi tajuk 'Wataniah'-


Kisah yang ketiga mengenai 'Irene'...
Kalau ada yang masih ingat tentang Irene, kucing kesayangan saya yang telah dibuang oleh seseorang yang 'jahat'! Irene mempunyai beberapa ekor anak yang baru saja lahir tetapi telah dipisahkan oleh seseorang yang tidak berperi'kebinatangan'! Geram ni..!!! Huh~

-Irene, tinggal kenangan.. :'( -


Malam semalam ( 16/01/2011), saya termimpi berjumpa dengan Irene di pondok 'guard' di hadapan kolej.. Keadaannya cukup kurus! Saya baru hendak menyentuhnya, tiba-tiba saya dikejutkan dengan laungan azan Subuh dari Masjid KIPSAS.. :'(


Usai pulang dari aktiviti Wataniah semalam, saya pergi meninjau keadaan anak-anak Irene yang dijaga oleh Anne, seekor ibu kucing yang baru saya jumpa dan juga baru melahirkan anak.. Sayu hati saya tatkala melihat salah seekor anak Irene sudah kaku keras tidak bernyawa..
Petang itu juga sebelum azan Maghrib, saya menguburkan bangkainya... :'(

(Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti merasai mati!)


Demikianlah sebahagian dari kisah-kisah aktiviti yang saya sertai.. Moga-moga setiap aktiviti yang saya sertai itu memberi manfaat dan kesan buat diri ini.. Kepada semua yang terlibat dalam segala kisah di atas, kenangan bersama kalian insya-Allah, akan sentiasa tersemat rapi di hati ini.. :)

Wallahualam...~


p/s: Maaf, entri kali ini mungkin terlalu panjang.. Saya sekadar hendak berkongsi.. He.he..~

8 ulasan:

::nuRuLaDHar:: berkata...

kucen sangat cumil! huhu

Hana berkata...

Assalamualaikumma,akhi...


"Berjuanglah berbekalkan takwa utk mghargai epilog sebuah cinta hingga terkecap syurga dunia.Berjuanglah smpai mengcap bhagia perjuangan,rumhku syurgaku


Dipetik daripada pmbacaan:

"BERCINTA SAMPAI KE SYURGA"



Klau berminat bab-bab perkahwinan,
jihah sarankan,bacalah tjukk buku


1)Aku terima Nikahnya
2)bercinta Smpai ke syurga
3)murabbi cintaa...



P/S:Wah,dah tak sbar nk khwin ker??haha...Nnti,jangan lupa jmputt utk
jihh mkan nasi minyak ye?? :)

Mr Dean berkata...

Nurul: yup! tersangatlah comelnya.........hehe

Jihah: Waalaikumussalam.. Amboi..bab kahwin saja yang jiha sentuh..lagi dua kisah tu tak sentuh pula? Hehe..
Insya-Allah, tengok la kalau ada mood abg rafi baca la buku tu..hehe

p/s: mana ada tak sabar la..haha! insya-Allah, tak lupa punya... hehe (^_^)

Hana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Dean berkata...

Tengok la nanti, kalau abg rafi ada mood..abg rafi baca la ye..hehe

apa da..jiha ni tahu komen pasal kahwin je...hahaha!

Hana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Rafi...ko x boleh kawin selagi ko x khatamkan 3 kitab tu....hehe....

p/s : jadi 'Pemerhati' pun penat ke...huhu....

Mr Dean berkata...

Jihah: owh..awak ejen buku tu ke? hahaha
AAC..yup! dia sorang je..lagipun dia pun pemerhati juga...sama mcm abg rafi..hehe..

Redz: haha! susah la kalau macam tu! hahaha...
kalau setakat jadi 'Pemerhati' saja memang la tak penat, tapi masalahnya kena join sekali aktiviti, ya Allah.. penat gila tau! hahahaa