"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."
Pada entri kali ini, saya ingin membawa perbahasan mengenai hukum doa Qunut dalam solat yang menjadi pertikaian sesetengah pihak yang mengatakannya sesuatu amalan yang bida'ah.
Di dalam mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam sembahyang Subuh, pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dalam erti diberi pahala bagi orang yang mengerjakannnya dan bagi yang lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan untuk menggantikannya dengan sujud sahwi.
Tersebut dalam kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab, jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulama' salaf dan orang-orang yang sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua.
Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad-sanad yang sahih. Ramai orang yang termasuk tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."
Tersebut dalam kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata, maksudnya:
"Tak ada qunut dalam sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"
Tersebut dalam kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:
"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua daripada solat subuh dengan doa, Allahumahdini hingga akhirnya"
Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.
Ada orang yang berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan sahaja berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:
"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Kita menjawab:
Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagai hadith yang sahih kerana terdapat dalam kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yang menjadi permasalahan sekarang adalah kata: (thumma tarakahu = Kemudian Nabi meninggalkannya).
Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?
Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yang mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?
Untuk menjawab permasalahan inilah kita perhatikan baik-baik penjelasan Imam Nawawi dalam Al-Majmu' jilid3, hlm.505 maksudnya:
"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dalam ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang-orang kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka sahaja. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran seperti ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dalam ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia' adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."
Imam Baihaqi meriwayatkan dari Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:
"Hanyalah yang ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."
Tambahan lagi pentafsiran seperti ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah r.a yang berbunyi, maksudnya:
"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."
Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yang satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat Subuh!
2. Ada juga orang-orang yang tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:
"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada bapaku, wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di Kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut? Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bida'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.
Kita jawab:
Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith-hadith tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dalam kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.
Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dalam mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.
Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang sahaja yang mengatakan qunut itu sebagai amalan bida'ah.
Maka dalam kes ini berlakulah kaedah Usul Fiqh iaitu:
"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"
Maksudnya: “Orang yang menetapkan lebih didahulukan atas orang yang menafikan.”
Tambahan lagi orang yang mengatakan ADA jauh lebih banyak daripada orang yang mengatakan TIDAK ADA.
Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:
"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang-orang yang menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"
Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yang sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:
"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dalam solat Subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat, telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jangan pula ambil perhatian terhadap ucapan yang lain daripada itu."
Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dalam kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:
"Sudah terang qunut itu bukan bida'ah menurut segala riwayat yang ada, maka yang bida'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula"
Dengan demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dalam masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)
3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Mas'ud yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dalam solat apa pun."
Kita jawab:
Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yang ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahl-ahli2 hadith. Tersebut dalam kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yang dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.
Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"
Imam Abu Hatim mengatakan: "Dalam waktu yang akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang." (Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)
Kita juga boleh mengatakan dengan jawapan terdahulu bahawa orang yang mengatakan ADA lebih didahulukan daripada orang yang mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-
"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi"
maksudnya: Orang yang menetapkan lebih didahulukan atas orang yang menafikan.
4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:
"Qunut pada solat subuh itu bida'ah"
Kita jawab:
Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk (orang yang ditinggalkan hadithnya).
Tambahan lagi pada hadith yang lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."
5. Ada juga yang membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:
"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."
Kita jawab:
Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.
Berkata Daruqutni: Ketiga-tiga orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.
Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70).
Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)
1. Mazhab Hanafi
Disunatkan Qunut pada solat witir dan tempatnya sebelum rukuk. Adapun Qunut pada solat Subuh tidak disunatkan. Sedangkan Qunut Nazilah disunatkan tetapi ada solat jahriyah saja.
2. Mazhab Maliki
Disunatkan Qunut pada solat Subuh dan tempatnya yang lebih utama adalah sebelum rukuk, tetapi boleh juga dilakukan setelah rukuk. Adapun Qunut selain Subuh yakni Qunut Witir dan Nazilah, maka keduanya dimakruhkan.
3. Mazhab Syafie
Disunatkan Qunut pada waktu Subuh dan tempatnya sesudah rukuk. Begitu juga disunatkan Qunut Nazilah dan Qunut Witir pada pertengahan bulan Ramadhan.
4. Mazhab Hambali
Disunatkan Qunut pada solat Witir dan tempatnya sesudah rukuk. Adapun Qunut Subuh tidak disunnahkan. Sedangkan Qunut Nazilah disunatkan dan dilakukan pada waktu Subuh saja.
( http://www.scribd.com/Dalil-Shahih-Sunnah-Membaca-Qunut-Subuh/d/15886307 )
p/s: Kalau difikir secara logik akal, jika betul amalan doa Qunut itu suatu bida'ah.. Maka bagaimana pula dengan nasib sekalian kita termasuklah Imam-Imam kita? Bukankah amalan bida'ah itu dibenci Rasulullah???
Fikirkan sebelum berhujah jika anda masih tidak yakin dengan hujah-hujah yang dikemukakan di atas... Wallahualam...~

"ALASAN ORANG-ORANG YANG MENOLAK QUNUT"

"PENDAPAT IMAM 4 MAZHAB MENGENAI QUNUT"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan