Isnin, 28 Mac 2011

"MeNgApA 2 BuLaN Mr DeAn MeNyEpi..??

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Alhamdulillah, Mr Dean masih diberi kesempatan untuk menulis kembali. Begitu banyak ingin dicoretkan, ingin diluahkan dan ingin dikongsikan bersama... Tetapi bukan semua yang mampu dizahirkan, cukuplah sekadar secara kiasan saja... Moga ada yang mengerti makna yang tersirat disebalik yang tersurat...~



25 -27 Februari 2011


Sepanjang bulan lepas, saya sangat sibuk dengan program yang telah diamanahkan dari Ketua Jabatan Syariah & Undang-undang untuk saya laksanakan iaitu program 'Tautan Mahabbah' yang telah berjaya dilaksanakan di SMA Maran, Pahang.


Syukur, berkat kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan aktiviti ini, program yang memakan masa selama 3 hari 2 malam itu berjaya disempurnakan setelah lebih 3 bulan merancangnya! Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua jawatankuasa program 'Tautan Mahabbah' yang seramai 43 orang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Pengarah Program iaitu Saudari Khairunnisa Farah Adiba kerana banyak membantu saya selaku Pengarah Program bagi melaksanakan misi yang telah diamanahkan kepada kami ini. Semoga segala jasa baik kalian mendapat ganjaran yang besar disisi-Nya. Insya-Allah..



4 - 6 Mac 2011

Seminggu setelah program 'TAUBAH' selesai, saya diamanahkan untuk pergi mengikuti kem perkhemahan di Air Terjun Jerangkang selama 3 hari 2 malam anjuran Kelab Kembara KIPSAS.


Pada awalnya, saya diberi tugas sebagai pemerhati untuk rekod dalam fail Exco Disiplin di bawah pimpinan saya. Tetapi ketika di sana, nama saya telah dimasukkan sebagai peserta biasa. Hal itu cukup mengecewakan saya kerana apabila nama saya terletak sebagai peserta, maka pergerakan saya terbatas dan saya perlu mengikuti segala aktiviti sebagai seorang peserta! Namun, saya cuba berfikiran positif supaya laporan yang akan saya buat kelak tidak berdasarkan emosi saya semata-mata tetapi biarlah ia telus.


Pada hari kedua di sana, kami mendaki bukit melalui air terjun dan sewaktu aktiviti itu dijalankan, berlaku kemalangan kecil ke atas saya. Entah bagaimana saya boleh tergelincir dan terjatuh ketika melalui satu tempat yang agak licin. Pada ketika itu, saya hanya berfikir tentang mati kerana jika tidak disambut oleh peserta lain, sudah pasti saya terus terjatuh dan hanyut di bawa arus yang sangat deras! Astaghfirullah...~


Alhamdulillah, program itu berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedikit permasalahan yang timbul tetapi berjaya dikawal oleh barisan jawatankuasa program. Moga-moga program itu dapat mendidik nilai ketabahan dalam diri setiap peserta!



12 Mac 2011

Jabatan Syariah dan Undang-undang KIPSAS telah menganjurkan program 'Bengkel Kemahiran Kepeguaman' khusus buat pelajar yang menuntut jurusan Syariah dan Undang-undang dengan kerjasama 'Law Professor' dari Selangor.


Antara institusi lain yang turut menyertai program ini ialah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi itu berakhir sehingga jam 5.30 petang. Dalam program itu, saya diberi tugas sebagai AJK Makanan dan secara tidak langsung terlibat juga sebagai peserta. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya mencari bahan-bahan kes yang telah disembunyikan oleh urusetia program sebagai bukti untuk di bawa ke dalam mahkamah.


Setelah itu, para peserta dibahagikan kumpulan untuk melakonkan aksi seolah-olah melaksanakan perbicaraan di dalam kamar mahkamah. Saya tidak sempat menghabiskan program itu mengikut tentatifnya kerana seawal jam 4 petang saya sudah pun mengundur diri untuk bersiap pulang ke rumah kerana tiket bas yang saya beli untuk ke Kuala Lumpur tepat pada jam 5.30 petang. Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi banyak manfaat buat diri saya dan juga peserta-peserta lain.



17 - 20 Mac 2011

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KIPSAS telah dipilih untuk mengikuti program 'Kursus Bina Negara' anjuran Biro Tata Negara (BTN) di Kem BTN Bukit Sagu selama 4 hari 3 malam. Program yang menghimpunkan seramai 70 peserta itu melibatkan hampir seluruh IPTS di sekitar Pahang yang melibatkan semua perwakilan pelajar dari setiap kolej.


Pada awalnya, saya agak keberatan untuk mengikuti program itu berikutan terlalu penat kerana setiap minggu menghabiskan masa dengan program dan secara kebetulan pada waktu itu saya tidak begitu sihat. Pelbagai alasan sudah diberi untuk mendapatkan pengecualian dari mengikuti program itu namun pihak atasan seboleh-bolehnya mahu semua MPP pergi mengikutinya.


Dalam program itu, kami dapat berkenalan dan saling bertukar pendapat dengan perwakilan pelajar dari kolej yang berlainan. Aktiviti yang dijalankan pun tidak begitu berat tetapi lebih kepada aktiviti di dalam kelas (LDK) dan pengisiannya lebih ditumpukan kepada unsur politik dan kerajaan. Maaf, 'no comment' untuk itu, huhu..~


Di sana, kami tidak dibenarkan langsung membawa kamera dan handphone dan barang-barang itu telah diambil untuk disimpan selama 4 hari. Maka terputuslah hubungan kami dengan dunia luar selama 4 hari, huhu..~ Semoga pertemuan kami dengan barisan kepimpinan perwakilan pelajar yang lain dapat mengeratkan ukhwah antara kami bersama dan memberi manfaat buat warga kolej yang lain.



Secara Umum...


Itulah jawapan bagi tajuk entri di atas. Menggalas jawatan sebagai Exco Disiplin dan Kepimpinan di bawah MPP KIPSAS ini cukup berat!


Pelbagai dugaan, rintangan dan halangan yang telah saya lalui sehingga ada ketikanya ingin sekali melepaskan segala jawatan yang disandang! Tetapi berkat doa kedua ayah ibu dan kata-kata semangat dari sahabat-sahabat menguatkan diri ini untuk melawan segala bentuk ujian.


Saya pernah diugut, difitnah, dicemuh, dihina dan pelbagai lagi tetapi disebalik semua itu ada kekuatan yang sentiasa menyokong saya supaya sentiasa berdiri teguh! Kekuatan itu tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kekuasan Allah yang sentiasa membantu hamba-Nya yang sentiasa sabar menghadapi ujian-Nya. Segala masalah yang terkandung dalam diri ini telah diluahkan kepada ibu yang sentiasa setia mendengar dan tidak luak memberikan kata-kata azimat dan semangat.


Disebalik segala permasalahan itu, saya juga meluahkan isi hati saya yang tersirat kepada ibu dan ternyata pemilihan ibu itu adalah yang terbaik. Semoga diri ini tidak tersilap langkah!


"Menunggu khabar pelangi di waktu tengahari yang terik..."

-3 March 2011; 07:17-


"Pelangi masih belum memberi khabar... Mungkin kerana mendung yang mendatang..."

-3 March 2011; 14:18-


"Matahari pagi merangkak perlahan dek dilindungi awan yang mendung.. Adakah sang pelangi akan menjelmakan diri di waktu tengahari yang hening nanti..? Hurm.."

-8 March 2011; 08:57-


"Bintang sudah mula memberi cahaya.. Tetapi sang pelangi seolah tidak mahu muncul kembali... Mungkin kerana awan tebal menyelubungi dirinya..."

-15 March 2011; 13:11-


"Pagi yang tenang ini cukup mendung.. Adakah itu petandanya pelangi tidak mahu muncul kembali?? Hurm.."

-21 March 2011; 09:14-



Ayat-ayat di atas adalah kiasan kepada sesuatu, hanya yang benar-benar memahami saja yang mengerti makna yang tersirat disebaliknya.

Cukuplah sekadar itu buat coretan kali ini, moga-moga diri ini sentiasa tabah mengharungi sisa-sisa kehidupan yang tidak pasti bila akan menemui 'nokhtahnya'. Mohon kepada semua yang membaca entri kali ini mendoakan saya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini yang akan bermula minggu ini.


Syukran kathir... Wallahualam bi sawab...~



p/s: Ternyata 'sang pelangi' tidak mahu muncul kembali kerana cuba menghilangkan diri..."

12 ulasan:

Redz91 berkata...

Salam Rafie,

Tersirat sungguh setiap bait kata2 yang diungkap...walaupun ana x faham maksud disebalik pelangi2 semua ni, tapi ana doakan agar "pelangi" yang dimaksudkan tu muncul kembali dengan membawa spektrum cahaya kebahagiaan....

Apa pun, lupakan dulu soal pelangi nih, fokuskan pada hal yg lebih penting yakni peperiksaan...

Rena Afrinaz berkata...

Salam akhi,

Wah,penuh betul jadual aktiviti,mesti trlalu sgat sibuk & penat..Apapun,smoga brjya tabah mghdpinya..


P/S:Ana doakan,smoga bertemu jodoh dengan seseorang yang anda harpkan :)Smua bhsa kiasan yg anda gunakan,ana sgat memhmi mksdnya,hehe..

dan smoga berjya dalm menmpuhi ppriksaan akhir semester bukan alam semesta,huhu...

^_____^

Mr Dean berkata...

W'salam, Redz..

Hehe..yup, sangat tersirat!
Pelangi yang dimaksudkan bukan sebarang pelangi...dan bukan pelangi yang seperti awak fikir dan maksudkan..
tetapi pelangi yang telah menerangi diri ini..huhu..
Syukran atas doanya.. :)

Mr Dean berkata...

W'salam Rena..

Puas abg rafi fikir siapa la 'minah' ni..rupanya jiha, haha..

yup, sangat sibuk dan sekarang sibuk dengan imtihan pula.. :)

apa yang jihah faham tak semestinya betul dan tepat..hanya diri ni saja yang benar2 mengerti..huhu..

p/s: masih terkena dengan 'alam semsta'..haha!

Rena Afrinaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Dean berkata...

haha..merajuk la pula..hehe..
faham pun tak semestinya betul..huhu..

owh..salah eja ke...hehehee.. ;P

Rena Afrinaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Dean berkata...

sorry ya..huhu..
tak payah padam la...
gurau2 je pun...hehe..

Senyum sokmo ye jihah..
(^_^)

Rena Afrinaz berkata...

Masti-masti,LOL :)

Do u understand that meaning

"masti-masti"??hehe..I like use this word ^_^

Mr Dean berkata...

masti-masti??
apa kejadah kah itu? hehehe..
moshi-moshi tahu la..hehhe

Rena Afrinaz berkata...

masti-masti =Fun-fun,urdu language (pakistan)


moshi-moshi,bhsa apa tu??LOL..
pe mksdnya???bhsa jepun ker??

Mr Dean berkata...

owhh..dah pandai belajar bahasa urdu pula ya..haha..

moshi-moshi tu bahasa mr dean la..
hanya mr dean yg faham..
huhuhu.. :p