Dulu...
Masa kecilku, kawan-kawan pernah mengejekku..
Aku menangis pulang ke rumah..
Tapi bila petang aku kembali bermain bersama mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi kerana..
Aku dilahirkan bukan untuk membenci...
Sewaktu di sekolah rendah..
Aku pernah dipukul oleh budak-budak nakal..
Tapi beberapa minggu kemudian, kami menjadi kawan baik sehingga kini kerana..
Aku dilahirkan bukan untuk membenci...
Ketika aku menuntut di sekolah menengah..
Aku pernah dimalukan di hadapan orang ramai,
Aku difitnah!
Aku menangis walaupun orang tak nampak aku menangis..
Kerana aku menangis di dalam hati kecilku...
Tapi dalam masa sebulan, aku sudah boleh berbaik-baik dengan orang yang memalukan aku dan pernah memfitnahku dulu kerana..
Aku dilahirkan bukan untuk membenci...
Kini,
Aku mendengar ada insan yang membenciku..
Mereka lebih suka mendengar buah mulut orang lain dari mendengar penjelasan atau bertanya padaku sendiri...
Aku tak tahu adakah kesalahan yang dikatakan mereka itu perkara yang besar..?
Atau mungkin juga mereka lebih pandai menilai tentang diriku daripada diriku sendiri..
Tapi biarlah walau seribu orang pun yang mengatakan yang mereka membenciku sama sekali,
Aku tidak akan pernah membenci mereka walaupun sekali kerana...
Aku dilahirkan bukan untuk membenci..!!!
Mohon maaf kepada sahabat-sahabatku andai diri ini memang pernah melakukan kekhilafan padamu..
Aku akan menjauhkan diri ini dari hidupmu kerana aku tidak mahu menambahkan kalam dosa di antara kita bersama...
Insya-Allah, akan aku lakukannya..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan