Sabtu, 24 April 2010

"JaUh PeRjALaNaN... LuAs PeNgALaMaN..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..."


Baru beberapa hari lepas (22 April 2010), aku, ibu dan ayah ke Jerteh, Terengganu...


Tujuan ke sana untuk pergi ke majlis 'Walimatul Urus' anak Pak Uda...
Aku pula ikut sebab hendak meninjau bagaimana adat budaya di sana...

(Gambar ini waktu baru sampai kat rumah Pak Uda...sampai awal pagi sangat, bosan!)


Memang cara di sini berlainan, pagi-pagi kami disambut mesra walaupun kami tak berapa kenal keluarga sebelah Pak Uda... Kemudian, kami dijamu dengan
Pulut + Ayam Goreng + Kelapa + Ikan Masin = ???(tak tahu apa nama spesifiknya,hehe..)

Masa pengantin bersanding, kat sini tak ada 'tepung tawar'..
Majlis itu diganti dengan memberi pengantin makan
Pulut + Garam + Telur + Asam Jawa = ???(tak tahu apa namanya,huhu~)

(Tujuannya sebagai simbolik asam garam dalam perkahwinan...)


(Ayah menyuap pengantin dengan hidangan simbolik itu...)


(Ibu dan ayah... Aku tak ada sebab tangkap gambar, huhu~)


Kat Terengganu ni, kebanyakkan majlis persandingan kurang unsur hiburan...
Mereka hanya bermain alat muzik tradisional dan membuat pertunjukkan seperti silat dan 'Tomoi' dari Siam...

(Menarik persembahan ni! 'First time' aku tengok,hehe..)


Majlis ni memang berbeza dari majlis lain yang pernah aku pergi sebelum ni..
Satu lagi kelainannya, adat di sini kebiasaannya mereka akan mengadakan majlis pada hari Khamis dari jam 12 tengahari sehingga jam 10 malam!
Dan orang yang tak sempat datang pada hari tu akan datang pada hari Jumaat sama ada masih ada makanan atau tidak... Huhu..menarik!

Kalau ada yang tak dapat datang juga pada hari Khamis dan Jumaat tu, sekiranya mereka bertembung dengan keluarga pengantin pada hari lain, mereka pasti memberi hadiah sebagai tanda maaf sebab tidak hadir ke majlis itu..!
Wow! Budaya di sini memang penuh dengan adab..!

Semoga kedua mempelai terus makmur dengan rahmat-Nya di dunia hingga akhirat!
Ameen...

p/s: Maka benarlah kata pepatah, 'Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman/Pemandangan'..
Banyak perkara baru yang aku jumpa kat sini, jadi memang tak sia-sia la aku ikut walaupun perjalanannya memang memenatkan! huhu..~

(^_^)

8 ulasan:

Hana berkata...

salam,

Pulut + Ayam Goreng + Kelapa + Ikan Masin..peliknya,mknn yang disediakn..hehe..Tmbh nsi,bnyk ker?

Minggu depan pun,jiha akn g kenduri khwin kat shah Alam tp x adalh sejauh kat Trggnu.

Mr Dean berkata...

W'salam..

Itulah..kalau kita x berjalan ke tempat orang macam ni, kita x kan tau punya! hehe..
x tambah pun..tp untuk hari tu je abg rafi makan 4 kali! Huhu~

Kenduri kahwin kat Shah Alam..? Siapa yg kahwin..?
Cuba jiha tinjau budaya dan adat kat sana pulak..lepas tu cerita la dalam blog..
(^_^)

Unknown berkata...

Salam,
gambar lelaki kt atas yg pakai crmin mata tu gmbar pakcik ko ke ?
muka dia sebijik mcm muka ko.....mcm kembar pulak....haha....

ko kawin nanti nk pakai adat negeri smbilan ke ?
ceritalah pasal adat negeri 9 pulak....

p/s: ingat x kursus kepimpinan pengawas masa form 5, rasanya ada kena wat persembahan pasal adat kawin ni.....ingat x ??

Mr Dean berkata...

W'salam...
Cis! Yela aku nampak matang kan, so sebab tulah kau kata macam pakcik..hehe..

aku kahwin nanti pakai adat Islam cukup..

mestilah ingat, masa tu kan kita buat persembahan adat kahwin minangkabau n itu la kali pertama n terakhir kau join kursus pengawas! haha!

Werdah berkata...

Salam Rafie.

Alhamdulillah dapat berjalan. Dapat bersilaturrahim. Sambil berjalan dapat lihat keindahan alam ciptaanNya sambil berfikir dan bersyukur bahawa Allah SWT tak jadikan semua tu sia-sia.

Mr Dean berkata...

W'salam...

Yup! Setiap ciptaan-Nya ada hikmah disebaliknya!
terima kasih sudi ziarah blog sy yg daif ni..
hihi~

Hana berkata...

Sepupu lelki yang khwin..Rsanya,budya dan adt kat sner,seperi biase je kut,entahlah..(mmbuat andaian dan firast sendiri)hehe..

JIhah,blum pernh g knduri yang mcm abg rafie seperti itu..Tak prnh lak makn kat kenduri,mkan yang pelik 2,hehe..

Mr Dean berkata...

owh..ehm..kalau shah alam rasanya biasa saja macam kat tempat kita ni..

xpe, nanti jiha cuba pergi tempat2 lain pulak bila ada kesempatan...abg rafie pun pernah pergi kenduri kahwin orang india(jiran)..
pergi sana sebagai menghormati dia dan makan pun sekadar mana yg boleh je..

itu pun pengalaman jugak, huhu..