Sabtu, 8 Oktober 2011

"SaaT Mr DeAn BeRbiCaRa SoAL KhiTbAh (PeRtUnAnGaN)..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Dup... Dap... Dup... Dap...
Berdebar-debar hati ini saat mencoretkan soal hati...
(^_^)

Dalam meniti usia yang kian merangkak dewasa rasanya tak salah kalau Mr Dean mula berbicara soal hati.. Hal ini bagi sesetengah pihak mengatakan tidak wajar memikirkannya selagimana belum tiba saatnya. Tapi, bohonglah jika langsung tidak terdetik walaupun sedikit perasaan itu dalam hati sanubari setiap insan yang sempurna akal fikirannya.. Hal ini fitrah dan lumrah kita... Huhu... :p

Apa itu 'Khitbah'...?
Khitbah bererti 'peminangan'. Tafsiran lafaz atau perkataan peminangan ini juga dapat dikaitkan dalam adat-istiadat orang Melayu iaitu 'pertunangan'. Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal (ta'aruf) antara satu sama lain sebelum menikah, baik dari segi zahiriah mahupun batiniah.



Dari Mughirah bin Syu'bah berkata; "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda; "Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua." (Hadis Riwayat Nasa'i, Ibn Majah dan Tirmidzi)

1. Jumhur Ulama' berpandangan : Boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat muka dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui tentang kecantikan wanita itu.

2. Ibnu Daud mengatakan : Boleh melihat seluruh anggota.

3. Imam Abu Hanifah berpendapat : Boleh melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.


Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW bersabda; "Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah atau berkahwin, maka lakukanlah!"
Berkata Jabir (perawi hadis ini), "Aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari diri/tubuh badan wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahinya."



Hukum Berkaitan Pertunangan

Imam As-Syafie mengatakan hukum pertunangan adalah 'al-istihbab/sunat' berdasarkan kitab 'Mughni Al-Muhtaj'.


Apabila seorang wanita bersetuju menerima lamaran dari seorang lelaki, maka jatuhlah hukum tunang baginya dan tidak boleh untuk orang lain datang melamarnya lagi berdasarkan hadis dari Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Nasa'i)



Haram hukumnya jika meminang di atas pinangan orang lain. Jika seorang lelaki itu tidak tahu bahawa wanita itu sudah bertunang dan dia datang melamarnya, maka tidak ada dosa baginya melainkan dia mengetahui tentang itu. Namun jika pihak wanita menerima pula tunangan orang lain sedangkan dia dalam tempoh bertunang, maka dosa terletak ke atas tanggungannya.


Adab Dalam Pertunangan

Rasulullah SAW mengingatkan kita;
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkan) perkahwinan."
(Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair ra.)


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-Adawi 'Ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Antara hikmah lain menyembunyikan pertunangan;

1. Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang menentukan).

2. Antara kedua pihak, masih lagi ajnabi maka untuk mengelakkan fitnah dan perbualan umum.

3. Mengelakkan dari niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.

Begitu juga sebagai seorang sahabat yang mengetahui tentang pertunangan sahabatnya yang lain, perlu juga merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan pada orang lain sama ada secara langsung ataupun dalam bentuk kiasan. Pentingnya untuk menjaga kerahsiaan ini, tambahan lagi ia suatu hal yang privasi dalam kehidupan sahabat kita yang telah bertunang.


Begitu juga bagi gambar-gambar yang diambil semasa majlis pertunangan, sekiranya benar-benar ingin menjaga kerahsiaan dalam pertunangan, maka perlu diawasi dari segala aspek sama ada dari sudut diri sendiri, keluarga serta sahabat-sahabat. Sesuatu perkara yang dilakukan atas syariat Islam sememangnya terkandung banyak dugaan dan ujian untuk menguji kekuatan iman kita untuk menanganinya.

Bagi Mr Dean, cukuplah sekadar kita khabarkan pada orang lain yang kita sudah bertunang, tidak perlu rasanya untuk mendedahkan siapa tunangan kita itu. (^_^)


Tempoh Pertunangan

Tempoh masa dalam pertunangan telah disepakati oleh jumhur ulama' iaitu tidak terlalu lama atau panjang masanya. Jumhur ulama' berselisih pandangan dalam menentukan/ mentafsirkan makna 'tempoh panjang' itu. Berapa hari, minggu, bulan, atau tahun??? Maka tempoh itu semua ditentukan berdasarkan urf' (adat) setempat. Bergantung pada keselesaan masing-masing.


Bold
Hikmah Pertunangan

Antara hikmah pertunangan ialah untuk pasangan itu saling kenal-mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Tidak salah untuk berhubung selagimana ia tidak terdorong ke arah maksiat, bahkan harus untuk berhubung untuk kita saling bertanya khabar supaya lebih mendapat ketetapan hati dengan syarat tidak melanggar hukum-hukum dan batas-batas yang digariskan oleh syarak.


Matlamat pertunangan adalah pernikahan, maka hikmah pertunangan ini adalah supaya pasangan itu saling bersedia untuk menerima segala kelebihan dan kelemahan bakal pasangan hidup masing-masing. Jika sudah ada persamaan dan keserasian maka harmonilah rumah tangga yang bakal dibina itu, insya-Allah...


Kalau diikutkan, pertunangan ini sebenarnya sangat mudah pada dasarnya. Cukuplah dengan kata-kata 'penerimaan/persetujuan' pihak wanita apabila pihak lelaki datang melamarnya, maka terikatlah pertunangan. Tidak perlu diadakan majlis besar-besaran. Untuk apa dihebahkan sedangkan belum pasti 'si dia' itu milik kita. Hanya Dia yang menentukan...



Secara kesimpulannya, pertunangan itu adalah salah satu dari syariat Islam. Jika inginkan keharmonian dalam rumah tangga yang bakal dibina... Maka bersederhanalah dalam majlisnya. Usah ada unsur riak atau tabarruj dalam berbelanja..Carilah keredhaan Allah, bukan kemurkaan-Nya... Rahsiakan pertunanganmu kerana dalam pertunangan pelbagai onak dan duri akan ditempuhi sebelum melangkah ke alam perkahwinan pula... (^_^)


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menjadikan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir..."
(Ar-Ruum : 21)

Wallahualam...~


p/s: Ada yang bertanya; "Mr Dean dah bertunang ke?" "Err..rahsiakan pertunangan..." jawab Mr Dean.. Kuikuikui... :p

7 ulasan:

Unknown berkata...

salam 'alayka...well written and explained....org skrg hanya tahu bertunang saja, tapi xtahu perkara2 yg perlu dijaga dalam tempoh sebelum/semasa pertunangan tu...smoga terkesan pada hati2 yg membaca insyaALLAH...

Mr Dean berkata...

wassalam ilaik...
ya, moga ini merupakan satu titik tolak tuk kita berubah.. pertunangan tidak menghalalkan perkara yg halal selepas perkahwinan.. ia sekadar tempoh tuk kita berkenal-kenalan namun masih dalam batasan syarak...
Jazakallah a'la ziarah...

BuDin berkata...

MrDean dah bertunang ke?

Mr Dean berkata...

Budin : "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkan) perkahwinan."
(^_^)

Nurul Atika Rosli berkata...

amboi2....=)

Hana berkata...

Wah-wah artikel yg mnrik,huhu...


P/s:mudah-mudhan kekal sehingga
diijabkabulkan,ameen...

Mr Dean berkata...

Nurul Islam:
apa 'amboi2' kak?? hehehe.. :P

Jiha: Insya-Allah.. Allahuma ameen.. :)