Isnin, 24 Mei 2010

"TiGa GoLoNgAn YaNg BeRbEzA..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Apabila kita mengadakan kenduri kahwin, terdapat 3 golongan manusia yang akan menghadiri kenduri kita...

Golongan pertama adalah mereka yang dijemput dengan panggilan melalui mulut atau hebahan daripada jiran-jiran sebelah rumah dan mereka ini terdiri daripada sanak-saudara, kawan-kawan kita serta jiran sekampung, mereka tidak perlu diberitahu dengan menggunakan kad jemputan dan mereka datang memang untuk bekerja dan menolong kita semasa kenduri tersebut...

Golongan kedua mereka yang diberitahu dengan menghulurkan kad jemputan kenduri dan golongan ini akan datang pada waktu tengahari, pada masa ini makanan baru sahaja siap dan masih berasap, mereka datang tepat dan terus makan dengan lahap sekali...

Akhirnya golongan ketiga adalah golongan yang datang bersama rombongan pengantin, mereka akan duduk di meja yang paling baik dan makan lauk pengantin. Kadang-kadang selepas makan terus balik, tuan rumah pun mereka tidak sempat hendak bersalaman...



Inilah perumpamaan 3 golongan manusia yang datang ke masjid, apabila azan dilaungkan golongan pertama tadi akan terus menuju ke masjid tanpa dipaksa ataupun disuruh, maka golongan ini adalah golongan yang Allah SWT akan memberi kerja untuk menjaga dan memelihara Islam...

Golongan kedua adalah mereka yang datang ke masjid apabila ada kuliah atau program apatah lagi selepas kuliah itu ada jamuan makanan, jika kuliah tiada maka batang dan lubang hidung pun tiada...

Akhirnya golongan yang ketiga adalah mereka akan ke masjid apabila ada Pembesar dan Menteri datang,maka golongan yang ketiga ini adalah golongan manusia yang paling tidak berguna sekali...!!!

Justeru itu, marilah kita sama-sama menjadi golongan pertama tadi apabila azan dilaungkan terus berlari 100 meter ke masjid tanpa banyak bicara. Maka golongan pertama ini diberi jaminan oleh Allah SWT untuk menjaga dan memelihara agama melalui tangannya.
Mereka ini yang bakal memperjuangkan dan menegakkan agama Allah ini di tingkat teratas. Dunia tidak melalaikan mereka kerana mereka tahu barang yang dikejar adalah benda yang jauh sekali. Akhirat adalah matlamat yang direbut demi mengapai redha dari-Nya...

Cuba kita bayangkan jika kita berhutang dengan orang, maka orang itu sedang mencari kita, pada masa itu apa yang kita rasa? Pastilah kita rasa seolah-olah orang yang cari kita itu berada dekat sangat dengan kita, betul atau tidak??? Tanya diri...~

p/s: Masjid Didahulukan... Solat Jemaah Diutamakan...
Wallahualam...~ (^_^)

2 ulasan:

Werdah berkata...

Salam,

Analogi dan perumpamaan yang menarik. Disebabkan sangat menitikberatkan hal duniawi,seruan Allah untuk ke rumahNya tidak diambil berat. Sangat risau bila memikirkan hal ini. Apa yang boleh dibuat serulah selagi berupaya, jika nasihat diikut al-hamdulillah kerana kita tak berupaya memberi hidayah. Di samping itu berdoalah banyak2 untuk saudara seagama. Mudah2an masjid dimakmurkan. InsyaAllah.

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid berkata...

W'salam,

Terima kasih mak cik..
Yup, betul tu..
Moga2 saudara2 kita yang lain diberi hidayah sebelum mereka terlambat...
Insya-Allah, ameen...