"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."
Dewasa ini, kita sering mendengar dan melihat orang meraikan 'Sambutan Hari Ibu'...
Namun, ada pendapat mengatakan ia adalah HARAM!
"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut."
Namun disebalik pengharaman itu wujudnya HARUS...
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.
Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.
Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.
*********************************************************************
Namun, bila dikatakan harus, bukan bermakna mesti buat atau afdal dibuat...
Dalam Islam memanglah wajib berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan dan seorang Muslim yang baik sepatutnya tak memerlukan Hari Ibu untuk berbakti pada ibunya kerna cukup Al-Quran dan Hadis nabi sebagai sumber motivasi.
Tapi adakah bermakna jika seorang itu hendak menghargai ibunya pada Hari Ibu, salah dalam Islam atau haram? Bagi saya tidak kerna hukumnya HARUS. Alasannya telah dijelaskan tadi...
Hanya kerna sesuatu itu dimulakan oleh orang bukan Islam tak bermakna semestinya ia adalah dilarang. Dari manakah bermulanya sambutan Hari Asyura? Tidakkah ia bermula dari tradisi orang yahudi yang kemudiannya diendorse oleh nabi? (sila lihat dakwah@sunnah)
Kalau hendak buat hari lain, itu terserah masing-masing.
Kaedah Fiqh mengatakan "Al-umur bimaqasidiha" - hukum sesuatu perkara bergantung pada niat dan tujuannya.. kira macam tepuk dada tanya imanlah :) dan kaedah ni, pada saya, sesuai bagi persoalan ini...
*****************************************************************************
Tak perlu untuk kita semua bersepakat dalam hal ini dan tak perlu juga nak berkeras untuk tidak bersetuju.
Jika asal usul sahaja menjadi sandaran tentang boleh dan tak boleh, lihat hadits di bawah.
Rasulullah membaik dan menyesuaikan, dan bukan meninggalkan.
Dari Ibnu ‘Abbas, ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah dia melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Nabi saw bertanya: ‘Apakah ini?’
Orang-orang Yahudi berkata: ‘Ini hari yang baik. Pada hari inilah Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa a.s. berpuasa pada hari itu.’
Kata Nabi saw.: ‘Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.’ Maka Nabi pun melakukan puasa dan menyuruh orang untuk melakukannya juga.” (Riwayat Al-Bukhari)
Maksudnya : “Ketika mana Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.
Para sahabat berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
Lalu Nabi saw bersabda : “Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan.”
Seterusnya Ibn ‘Abbas menceritakan : “Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)
WALLAHUALAM BI SAWAB...
*Sekadar berkongsi ilmu...
('SAYA' di atas ialah USTAZ MUHAMMAD HANIFF HASSAN)
10 ulasan:
Salam,
Hari ibu nnti,bg apa?hehe..saje jer nk thu :P.Sudah smstinyer,hari ibu hari,hari yang sungguh istimwa buat insan yang telh mmpetruhkn nyawanya demi seorang ank.Tnpa ibu,tidaklah seseorang ank,lhir di muka bumi ini?fkirkn dan renungkn..Maka itu,hargai dan sayangi ibu ketika dy masih hidup..
Wasalam.
W'salam...
Cadang nak bagi jubah, tapi takut mak x berminat pulak sebab dia x pernah pakai jubah..
Yup! Nabi SAW pun pernah kata, utamakan ibu 3 kali ganda berbanding ayah..
Besarnya tahap seorang ibu itu!
Cubalah bg,manalah thu klau dy suka,belum cuba,belum thu.Klau jiha ada idea nnti,jiha akn fikirkn,insyallah :P
Salam.
Setiap hari adalah hari ibu, Allah membuka peluang yang luas untuk menuju ke syurga dengan berbuat baik kepada ibu, bila berhadapan dengan dua kepentingan, contoh berperng fi sabilillah, Allah menyuruh memilih untuk menjaga ibu. MasyaAllah, sungguh tinggi kedudukan ibu. Berbaktilah kepada ibu setiap hari dengan syarat suruhan ibu bukanlah yang terkeluardaripada syari'at.
JIha rasa,klau x nk bg jubah belikan dy kek kgmrnya ataupun blnja dy g tmpt mmbeli belah ker atau makn..Entahlah,susah nk cakp.
Klau jiha g kedai cndermta,jiha beli jelah apa yang ada kat depn mata jiha.Yang jiha thu,prmpuan ni suka mmbeli belah seperti bju,kasut dan lain-lain,termsuk jihalah,hihi..
Nnti jihah cuba fikirkn lagi sebb x ada idea pula,hehe.. :P Klau jiha fikir tak dapt gak,sorylah yer.
Terima kasih atas perkongsian ilmu.....
Sbenarnya ulama terdahulu mengatakan perkara yang disambut selain Hari Raya AidilFitri dan AidilAdha adalah bid'ah.
Tapi ain masih mencari jawapan berkenaan penyambutan Hari Jadi, maulidur rasul,berzanji,tahlil dan sewaktu dengannya(iaitu nabi x pernah meraikannya..Sekiranya dapat maklumat mengenai ini, sudila2 meletakkan artikel ini di sini untuuk menjadi rujukan umum...
Salam,
Najihah: Terima kasih ye sebab bagi cadangan2 tu..abg rafi x jadi beli jubah,tadi beli selendang saja... Alhamdulillah, ibu abg rafi suka...
Mak Cik Werdah: Yup! Betul tu mak cik.. Itulah yg cuba sy sampaikan.. Cuma di sini sy nak jelaskan mengenai hukum sambutan 'Hari Ibu' yg menjadi pertikaian sesetengah orang sekarang ni..
Asal hukum memanglah Haram, namun jika kita mengikut kaedah Fiqh ada pecahannya maka terjatuhlah ia kepada hukum Harus...
Wallahualam...
Ain: Benar kata2 ulama' terdahulu itu... Namun kini, ulama' kini mengharuskannya kerna ada qias2 yg berkaitan...
Mengenai hukum hari jadi, abg rafi dah masukkan artikel tu sebelum ni.. Cuba tengok balik entri2 dalam blog abg rafi yg sebelum ni..
Terima kasih ye kerna sudi memberi komen dalam blog ni...
Sekadar berkongsi ilmu sesama kita...
(^_^)
Hemm..beli selendg mak kat care4 eh?wrna apa tu?ckp semlm nk hntr kat jiha email?tak dapt pun lagi?Nnt hntr kat email yer :P
Yup! warna brown campur grey.. nanti abg rafi send, lupa pulak..sorry ye,hehe..
it's ok :P
Catat Ulasan