Ahad, 2 Mei 2010

"HaRi JaDi, BoLeHkAh...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."



Dewasa ini, jika ada saja ulangtahun kelahiran seseorang pasti adanya sambutan...
Namun, adakan sambutan ulangtahun kelahiran ini dibenarkan dalam Islam..?

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad SAW. Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Pun begitu, hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama Kristian.
"Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu."

Sesetengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
"Sesiapa yang berselawat ke atasku (Nabi Muhammad SAW) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.."


Siapa yang wajar untuk diraikan..???

Kalau diikutkan logik akal, pastilah tuan empunya diri yang wajar diraikan kerana hari itu ialah hari ulangtahun kelahirannya...

Namun hakikatnya tidak! Bukan tuan empunya diri yang wajar diraikan...
Tetapi IBUnya!

Kerana ibunya yang telah melahirkannya pada tarikh keramat tersebut...
Ibunya yang telah bergadai nyawa demi melahirkannya...
dan ibunya yang telah membesarkannya sehingga ke tarikh keramat ini!

Setujukah anda dengan pendapat saya ini..???

Jika setuju, maka seharusnya untuk kita menghiburkan hatinya pada hari ulangtahun kelahiran kita.. Hal ini wajar dilakukan setiap masa dan bukan khusus pada hari ulangtahun kelahiran saja, cuma kita lebihkan sedikit masa kita untuk menghiburkan hati bonda kesayangan kita..!

Dengan cara ini, barulah benar etika menyambut ulangtahun kelahiran kita...
Bukan kita yang diraikan, tetapi bonda kita yang harus diraikan!

p/s: Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Renung-renungkanlah...~


"Selamat Ulangtahun Kelahiran khusus untuk temanku pada hari ini..."

4 ulasan:

Hana berkata...

Salam,

Yep,betul tu,SEsungguhnya hari kelhiran seseorang ank,hari yang wajar utk mgucpkan terima kasih kpda ibunya sbgai tnda mghrgai jasanya kpd kita.

Mr Dean berkata...

W'salam..

Betul tu jiha..
Moga hari kelahiran kita nanti dapat menghiburkan hati ibu kita..
Insya-Allah...

Hana berkata...

KIta?haha..Walpun trikh lhir Sma(secra kbtuln shja)tapi thun dan pkul brper lhir x sma ye,hihi..JIha thu,semlm brthdy siapa?start huruf N lpz tu ada seblh prktaan dy ada F&Z?hehe..BRumur 16 thun ye :P..Tua sethun drpda jiha je.

Mr Dean berkata...

'Kita' di sini bukan bermaksud abg rafi n jiha saja..tapi untuk umum atau sesiapa saja yg menyambut ulangtahun kelahirannya wajar menghiburkan hati ibu...

Maaf, jangan timbulkan spekulasi di sini..
Entri ini bertujuan menyedarkan kita cara sebenar menyambut ulangtahun kelahiran..dan secara x langsung abg rafi selitkan ucapan pada seorang teman..harap jangan ambil berat tentang itu..ambillah isi yg ada dalam entri di atas..
Itu saja...