Selasa, 4 Mei 2010

"ImBaSaN SiLaM..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Semalam (4/5/10) aku pergi ke sekolah setelah agak sekian lama meninggalkannya..


Masih segar dalam ingatanku bagaikan baru kelmarin aku masuk ke sekolah menengah...
Masih tajam dalam ingatanku kala mengenangkan detik pertama berkenalan dengan rakan kelas...
Masih kukuh dalam ingatanku pabila mengingatkan hal-hal persekolahan...
Ehm..2 tahun.. Masa pantas berlalu..


Tujuan utamaku pergi ke sekolah untuk mengambil sijil SPM...
Sambil itu meninjau sekitar sekolah melihat perubahan dan berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mendidikku...
Aku ke sana dengan Redzuan dan Safwan...

Usai mengambil sijil SPM, aku dan yang lain sengaja melintas di hadapan kamar guru...
Dari atas,jelas kedengaran suara Cikgu Marhamah (Guru Biologi) mengajar di makmal Bio di tingkat bawah dengan menggunakan mikrofonnya..

Terimbas kembali zamanku dulu, kelas inilah antara yang aku paling minat kerana cikgunya amat prihatin terhadap masalah pembelajaranku...


Kami singgah ke Makmal Bio setelah minum di kantin...
Cikgu Marhamah menjemput aku dan Redzuan masuk dan menunjukkan tempat duduk aku dan Redzuan dahulu...
"Ha..sila duduk, itu tempat Rafie..sebelah tu tempat Redzuan..."

Perasaan aku ketika itu terharu dan sedikit sebak...
Terharu dek kerana cikgu masih mengingatinya walaupun sudah lama tak mengajarku..
Sebak disebabkan terkenang waktu kelasku dulu, bagai baru semalam ia berlaku...

Agak lama bersembang, kami ke Makmal Kimia pula berjumpa Cikgu Afifah, Guru Kimia kami dan juga merupakan Guru Pusat Sumber yang amat rapat dengan kami...


Puas berbual dengan cikgu, kami meminta diri...
"Nanti apa-apa bagitau la cikgu, kalau kahwin nanti jangan lupa ajak..."
Hehe.. Cikgu Afifah sempat berseloroh sebelum kami meninggalkan makmal Kimia...

Sungguh, aku amat rindu zaman sekolahku...
Benar kata-kata orang dahulu, zaman sekolahlah yang paling indah!
Ya, aku akuinya!
Maka, kepada yang masih dibangku sekolah.. Nikmatilah zaman ini sepuasnya dengan sebaik mungkin! Zaman ini mustahil tuk berulang kembali...

Dan nikmat yang terbaik ialah persahabatan di zaman persekolahan...


p/s: Gembira dapat berjumpa dengan ahli-ahli PMR setelah sekian lama tidak bersua..
Huhu... (^_^)

2 ulasan:

Werdah berkata...

Salam.

Nostalgia jadi cikgu dulu. Ramai pelajar datang berjumpa dan ada yg ke rumah dan bila mendirikan masjid ada juga yg menjemput. Alhamdulillah.

Mr Dean berkata...

Salam..

Untung menjadi cikgu ya..
"Sesungguhnya tugas para guru menyamai tugas para Anbia..."

Pasti mak cik banyak pengalaman waktu bergelar guru! Moga ada manfaatnya dibelakang hari...