Sabtu, 15 Mei 2010

"MaDaH BuAt GuRu..."

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah di Hujung Desa
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Buat tatapan guru-guru sepanjang hayatku ini;

SK Wangsa Maju, Seksyen 2 (1998-2001)
Darjah 1 : Puan Jamaliah
Darjah 2 : Puan Kuntum
Darjah 3 : Cik/Puan Atnawati
Darjah 4 : Puan Rokiah

SK Taman Seri Pagi, Senawang (2002-2003)
Darjah 5 : Puan Azieda
Darjah 6 : Puan Rohimah

SMK Taman Melati, Setapak (2004-2008)
Tingkatan 1 : Puan Dayang Norhaida
Tingkatan 2 : Puan Aida
Tingkatan 3 : Ustaz Ramli
Tingkatan 4 : Puan Awatif
Tingkatan 5 : Puan Hasni
Sejarah : Encik Mansur
K. Hidup : Cik Farah
B. Malaysia : Puan Suhiliah
Pend. Seni : Puan Azizah Kasmuri
Biologi : Puan Marhamah
PK HEM : Puan Majidah
Sains : Cik Mariam
B. Malaysia : Cik Najayati
Kimia : Puan Afifah
Sains : Nik Kalsom
G. Disiplin : Puan Shamsiah
Pend. Islam : Ustazah Zamani Halili
Pend. Islam : Ustazah Sharimah
Pend. Islam : Ustaz Fauzi
P. Jasmani : Encik Faisal
Matematik : Puan Noryati
Matematik T.: Encik Vijayan
B. Malaysia : Puan Amnah
*serta ramai lagi........



Kolej Islam Pahang (2009-Kini)
Ustaz Sapawi Hamdan : Fiqh Semasa
Ustaz Nizam Jamaludin : Fiqh
Ustaz Salman : Tahfiz
Ustaz Haizuran : Tahfiz
Ustaz Nazri : Aqidah Islam
Ustaz Hanif : Bahasa Arab
Encik Hishamudin : Aplikasi Komputer
Sir Nazha : English
Ustazah Hasiah : Qawaid Fiqhiyyah
Ustazah Hidayah : Pengantar Fiqh
Madam Shuhada : English
Madam Azriana : Pengantar Undang2 Islam Malaysia
Madam Yusliha : Pengantar Undang2 Islam Malaysia
Cik Dina : Aplikasi Komputer
Puan Mariam : Asas Pengurusan
Puan Azrianie : Pustakawan
*serta ramai lagi.........

Puan Werdah : Guru Motivasi*

Sepanjang Hayat
Ibu : Puan Noraini bt Itam
Ayah: Encik Zainal Rasid bin Abdul Wahab


" Jika Hari Ini Sultan Membisu Tak Bersuara,
Jika Hari Ini Pemimpin Gila Kuasa,
Jika Hari Ini Hakim Buat Kerja Macam Orang Gila........
Semua Ini Bukan Salah Guru Semata,
Tapi Dia Orang Tak Dengar Apa Yang Guru Kata "

SELAMAT HARI GURU...........
Guru Pembina Negara Bangsa.......
Terima Kasih Cikgu.......
Jasamu Tak Pernah Ku Lupakan....


p/s: "Tugas guru itu menyamai tugas para Anbia..." (^_^)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Syabas kerana sentiasa mengingati guru. InsyaAllah berkat ilmu yang diajarkan.

Werdah berkata...

Salam Rafie.

Terima kasih atas penghargaan ini. Semoga Allah memberimu kebaikan yang banyak, berjaya di dunia dan akhirat.

Ambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Guru dan selamat Hari Ibu kepada yang bergelar guru dan ibu.

Mr Dean berkata...

Encik Hisyam:
W'salam..
Terima kasih.. Insya-Allah dengan keberkatan itu saya mampu beramal dengan ikhlas...
Terima kasih sekali lagi kerana sudi ziarah, komen, dan follow blog saya...
(^_^)

Mr Dean berkata...

Puan werdah:

W'salam...
Sama-sama... Insya-Allah, Ameen ya Rabbal A'lameen...
Syukran atas segala info selama ini dan sudi memberi komen...
(^_^)