Sabtu, 1 Mei 2010

"ApA MaKsUd-NyA...???"

"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..."

Baru-baru ini pada pagi Isnin dalam jam antara 3 hingga 5 pagi (26/4/10), aku bermimpikan sesuatu hal yang aneh.. Dalam mimpiku, aku berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan sempat berbual mesra dengannya...


Dalam mimpi tu, lepas bersembang aku tengok Tuan Guru mengajar budak-budak mengaji sambil duduk di kerusi rotan..
Tiba-tiba, ada bom meletup kat rumah dia..
Bom tu meletup dan terkena Tuan Guru..
Beliau mati serta-merta! Aku menangis sepuas hati..
Yelah, baru saja berjumpa dah meninggal dunia...
Satu Malaysia meratap kesedihan atas pemergian beliau...

Aku dapat tahu, bom itu ialah bom tinggalan zaman perang Jepun dulu...
Rumah Tuan Guru kan rumah kampung, maka bom itu ada di bawah rumahnya...
Tapi itu sekadar igauan ngeri... Nauzubillah!

Baru-baru ini pula, ada berita mengenai ugutan bunuh ke atas Tuan Guru dalam laman 'Facebook' oleh Mohd Safuan Hilmi!


Manusia ini tidak menghormati Tuan Guru sebagai Ulama'!
Dia kata, sanggup digantung sekiranya dapat bunuh NIk Aziz!
Huh! Biadap sungguh!


Inilah yang terjadi di akhir zaman apabila ulama' tidak dihormati lagi..
Ini bukan soal politik! Ini soal agama!
"Para Ulama' itu adalah pewaris Nabi!"

Aku tidak tahu sama ada perkara ini ada kena-mengena dengan igauan ngeri itu atau tidak...
Moga Allah melindungi Tuan Guru Nik Aziz!
Allahuakbar!

Wallahualam...

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,
inilah petanda dunia kini makin menghampiri penghujungnya.....ulama' sudah x dihormati, malah diugut utk dibunuh......bukankah perlakuan sebegini menyerupai kaum Yahudi Nasrani ?

moga-moga Allah melindungi Tuan Guru drpd ancaman sebegini, DAN semoga Allah melindungi UMAT ISLAM keseluruhannya, drpd ancaman musuh2 Islam...amin

ALLAHUAKBAR !!

Mr Dean berkata...

W'salam...
Yup! Betul itu, sedangkan di zaman Rasulullah SAW sendiri baginda telah diancam bunuh! Inikan pula zaman kita...

Moga pemuda biadap itu diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.. Insya-Allah..
Amin...

Allahuakbar!